Friday, December 29, 2006

anak saudara aku dah besar


Masa kau kat KL minggu lepas. aku bertemu dengan anak saudara aku. Anak pada kakak aku. Dia dah berumur 23 tahun dan seorang leftenan di TUDM. Kami mempunyai hubungan istimewa kerana aku melihat dia membesar depan mata aku..sebab aku duduk rumah emak dia. Aku yang bertanggungjawab menghantar dia ke sekolah tadika tiap-tiap pagi dan tunggu sampai dia balik tadika.

Dia sangat rapat dengan aku..sebab aku selalu lukis robot dan jet fighter untuk dia masa dia budak-budak. Dia obsess dengn jet fighter..tu pasal kerja dgn TUDM. Emak bapak dia bangga kerana dia antara leftenan termuda di TUDM.

Aku jarang sangat jumpa dia sekarang..mungkin 2, 3 kali selepas dia tamat SPM. Kerjayanya penuh rahsia..pergi kursus kat mana pun emak bapak tak tahu..macam spy pulak. Sekarang dia posting kat johor tapi sekali pun tak pernah jumpa aku tapi dia ada SMS aku sekali sekala.

Wednesday, December 27, 2006

cuti dah habis..duit pun dah nak habis..


1. macam filem ET..temu jari
2. 3 dara pingitan tolak kereta...tak jalan-jalan pun


1. "mama ada duit nak bayar ni"...."takpe nanti mama minta duit abah"
2. pakcik tu termenung, duit dia orang sebelah minta..makcik tu happy aje..


1. orang lain makan..aku kena jaga anak saudara
2. "nabilah nak 2 pinggan nasi lagi"


1. posing sebelum jalan-jalan
2. posing selepas jalan-jalan, penat


1. bestnya..pegang anak ikan jerung
2. besornye gigi makcik tu..macam jaws


ambik rambutan opah


lepak kat rumah tok

dah 3 hari aku mula kerja semula...akhir-akhir tahun ni kerja agak kurang, company banyak pokai..bayar bonus, krismas, company dinner, nak gong xi fa cai dan macam-macam lagi..so tak banyak company invest untuk advertisement..aku dapat jugak relax sikit.

Sepanjang cuti krismas tempoh hari..tak banyak benda yang dapat dibuat..aku balik ipoh sekejap tengok emak & abah..isteri aku sempat jenguk adik dia di jelapang. lepas tu balik semula ke KL, ziarah kakak aku lepas operation kat ampang puteri..kesian dia, jumpa adik-adik aku..donate apa yang patut.

Sempat pergi aquaria..beramai-ramai dengan adik-beradik isteri aku, okey jugak sebab nabilah happy. Sebelah malam pergi tengok teater alibaba di istana budaya, best jugak teater tersebut..kelakar.

Sekarang ni aku tengah kira duit-duit syiling aku yang tinggal..untuk pakai raya haji..aku ingat buat nasi goreng kampung aje raya ni, beras banyak lagi tu, duit aku dah habis..apa ada hal..yang penting happyyyy!!!alhamdullilah..nanti ada duit enjoy lagiii..

Thursday, December 21, 2006

yahooo..pegi KL


Esok..gua nak bawa famili gua jalan-jalan kat KL. Sempena hari krismas ni dapatlah cabut sekejap dari kerja-kerja. Client cakap jangan jalan jauh-jauh..nanti senang nak cari..boleh belah dengan diaorang. Tak tahu nak pergi mana lagi..KLCC..aquaria & petrosains kot..dah pergi tapi nak pergi lagi, anak aku nak tengok teater alibaba kat istana budaya..isteri aku sure nak shopping kat KLCC & Mid Valley.

Sebentar tadi emak aku kat ipoh telefon..dia risaukan pasal banjir kat johor. Dia risau tentang aku dan abang aku kat sini. Mungkin aku jengok emak aku sekejap kat ipoh..bagi dia senang hati sikit..tengok abah aku sekali.

Kerja-kerja aku pikul sekali..nanti boleh buat kat mana-mana..kerja memang tak habis-habis tapi nak kena enjoy jugak sekali sekala..balik dari percutian ini..yang pasti..AKU AKAN POKAI..YAHOOOOOO.. JANJI HEPPIIIII...DUIT BANYAK MANA PUN TAKKAN CUKUP!!!!

Tuesday, December 19, 2006

anugerah 100 tahun sekali...

Johor di landa banjir. Dah hampir 4 hari Johor ditimpa hujan lebat dan hari ini hujan turun tanpa henti sehari suntuk. Banjir kilat berlaku di mana-mana. Jalanraya sesak gila..macam-macam hal berlaku di jalanraya..motor tergolek, kereta terkandas dalam air, driver hilang pedoman cuba memotong sini sana tapi tetap tak boleh bergerak.

Aku antara mereka mereka yang sangkut kat jalanraya..berjam-jam lamanya..selalunya 20 minit dah boleh sampai opis, ini kali lebih dari 2 jam..baru sampai opis. Kawan yang naik bas pergi kerja..sampai 4 jam sangkut..kalau bas tu naik highway dan menuju utara, dah boleh sampai KL.

Tadi tengok berita TV3..pakar cuaca cakap hujan yang menimpa Johor sekarang ni..berlaku 100 tahun sekali..terpegun aku dengar..rupa-rupa bukannya musibah yang turun tapi rahmat sebenarnya..berapa kerat sangat orang boleh hidup lebih 100 tahun..jadi aku antara yang bernasib baik dapat merasai fenomena yang hanya berlaku 100 tahun sekali ini.

Hujan tanpa henti ini menyusahkan ramai manusia tapi aku juga yakin ada manusia yang melompat kegirangan menerima hujan 100 tahun ini…perigi kontang kembali bertakung, sungai kering kembali mengalir, kebun gersang kembali subur, daun kuning kembali menghijau, empangan kering kembali penuh..dan pada masa yang sama dewan orangramai jugak penuh dengan manusia yang kediamannya tenggelam, namun hidup ini adil, dalam susah pasti ada senang.

Hujan masih turun dengan lebat kat luar…aku bercita-cita untuk off handphone dan tidur sampai tengahari kalau esok pagi masih hujan lagi…biar client aku kecoh cari aku..aku tak mahu lagi baca suratkhabar kat tengah-tengah jalanraya sementara menunggu air surut..yang tak surut-surut pun.

Monday, December 18, 2006

abg ipar paling best & pesanan abah


Dua hari lepas..sabtu..adik isteri aku di Ipoh menyambut harijadinya yang….entah yang keberapa..tapi dah tua le…hehehe..aku sekeluarga jauh..jadi tak dapat menyambut bersama-samanya atau bagi apa-apa.

Aku utuskan sepotong dua doa semoga dia sihat & gembira….adik ipar aku ini mengucapkan terima kasih untuk doa tersebut..dan cakap aku abang iparnya yang paling best setakat ni…aku tersengih sambil berfikir..perli aku ni…memangle aku abang iparnya yang paling best..sebab setahu aku..dia mana ada abang ipar lain selain aku..disebelah adik-beradik dia le..sure aku paling best..paling teruk pun aku…sebab aku takde saingan.. walaupun rating aku 1 star tapi aku masih terbaik…kalau dia ada 2, 3 orang abang ipar, sure aku abang ipar paling cokia…aku selalu serabai.. janggut tak bercukur… sering berseluar jeans lusuh…dimana-mana sahaja..aku ada 2 seluar bukan jeans..satu untuk pakai meeting dgn VIP…satu untuk pakai hari jumaat..so bila aku solat jumaat..takle serabai sangat…

Cerita lain pulak..selepas aku mendirikan rumahtangga dengan isteri aku..abah aku tak henti-henti berpesan dan bertanya pada aku samada aku dah jumpa pak mentua aku..iaitu ayah kandung orang rumah aku..abah aku berpesan agar aku berjumpa dia dan menjalin hubungan yang baik dgn pak mentua aku ni..bertahun-tahun abah tanya soalan ini.

Selepas 13 tahun..abah aku dah berhenti bertanya hal ini..sebab aku dah berkunjung ke rumah pak mentua aku hari raya puasa yang lepas..sebelum ini aku ada terjumpa dengan pak mentua aku..tetapi hanya sempat bersalam dan bertanya khabar sahaja...dan mungkin aku masih belum kenal pak mentua aku betul-betul lagi…tapi at least..banyak perkara semakin okey..

Apa apa pun...aku masih abang ipar yang paling best…tak kira apa berlaku dalam dunia hari ini.

Tuesday, December 12, 2006

terlepas kapal terbang....


cita-cita nak holiday kat sarawak..hancussss..tiket habeh!! nabilah kecewa sikit..tapi bila cakap nak pergi KL..happy le dia..nabilah memang suka ke KL..berpuluh-puluh kali pergi pun takpe...mungkin nak pergi aquaria..aquaria lagi!

di KL saudara mara ramai..mungkin ziarah diaorang...

Nabilah..cuti sekolah tahun depan, abah bawa nabilah pergi sarawak ok!

Saturday, December 09, 2006

changes...


"It's been said that love forces people to change. That to be loved we must become what those who love us want us to be. Dutiful child, best friend, faithful lover, loyal protector - it must be difficult for people to remember that they're supposed to be all of those things. Especially if in their desperation to be loved they're forced to change into someone completely different."

Thursday, December 07, 2006

Sunday, December 03, 2006

you're not going anywhere....


mana mau pigi??

Seperti biasa aku akan datang ke office NST lewat pagi untuk mengambil job-job yang aku kena buat, pagi tu aku tengok boss NST tgh kasi memo kat sales team dia..lepas dia orang dapat memo tu..terdengar suara rungutan dari dia orang..rupa-rupanya dia orang tak dibenarkan cuti sepanjang cuti sekolah ni..tension semua orang..

Aku yang kebetulan ada kat situ pun dapat memo tu.....

aku : ooi apa ni? aku bukan staff NST..mana boleh dapat memo takleh cuti ni!!!?

boss : memangle kau bukan staff, tapi kalau sales team aku bawa balik jobs nanti siapa yang nak buat design kalau kau takde?..kau tu kan ke designer yang dilantik NST..nanti aku nak bagi sape buat?.. KL sure tak nak buat punye!

aku : aku pun nak holiday jugak!! aku tengah tension ni!!..hari tu artwork banyak salah!!

boss : habis aku nak cakap apa..ini arahan CEO..Datuk..

aku : nanti aku suruh bini aku call kau..

boss : aku nak cakap apa dengan dia?? haha haha

So nampak gayanye..aku boleh jalan-jalan lama sikit bila krismas aje..hari lain tak dapat le..sales team NST tu dijanjikan trip ke Paris kalau dapat hit target..macam mission imposible je aku tengok targetnye..berjuta-juta..tapi tak mustahil!! dia orang pun selalu dapat pegi overseas, aku aje yang tinggal!! nasib badan..tapi kalau dilihat dari sudut yang positif..MEREKA MASIH PERLUKAN AKU!! itu penting..untuk usahawan kecil macam aku..masih boleh cari makan.

Mungkin tiap-tiap hujung minggu aku bawa keluarga aku ke tempat special..tak le diaorang boring sgt sementara menunggu krismas tiba.

Tuesday, November 28, 2006

monday blues


what have you done?

minggu ini bermula dengan langkah kiri…ada 2 major advertisement telah didapati ada kesilapan…walau typo error, salah tetap salah dan 2 ad itu bernilai 70k lebih, dan kesalahan itu semuanya menuding kearah aku, sebagai designer yang bertanggungjawab kepada dua-dua ad ini.

pagi-pagi isnin aku dah mengadap boss nst..trying all my best to explain what when wrong, technical error kata aku…tapi clients demand compensation, dan akhirnya setelah bertegang urat dgn client, nst mengaku kesilapan dan client dapat diskaun yang diaorang hendak..suasana agak kelam kabut..terpaksa buat surat apology kat client nst tu & explain kat KL office.

aku minta maaf kat salesperson yang incharge ad tu, sales dia terjejas sikit..salesperson tu senyum aje..."jom aku belanja semua orang makan"..semua tersengih..JOMMMMM MAKANNN ADAN BELANJAAA!!!!..memang aku yg selalu kena ketuk pun..silap atau tidak!!!

memang agak merisaukan bila client & nst meletakkan trust 100% kepada aku, aku lebih selesa kalau client tengok dan confirmkan artwork yang aku buat..tambah-tambah lagi ad yang bernilai berpuluh-puluh ribu ni….bila client cakap "its okay..we trust you..go ahead" ada aje yang tak kena!...setakat ini boss-boss nst JB & KL masih percaya kat aku..tapi accidents macam ini menyedarkan aku..aku tak boleh take things for granted!!

Monday, November 27, 2006

cuti-cuti malaysia


artist impression danga bay festive mall

mana nak pergi cuti sekolah ni...orang rumah & aku ada buat plan nak pergi kucing atau kota kinabalu..tapi percutian ini banyak bergantung pada budget aku..kalau ada rezeki dapat payment dari nst dalam seminggu dua ini..maka fly le aku sekeluarga ke malaysia timur..anak aku nabilah beriya-iya nak pergi sana sebab dia nak rasa nak flight.

percutian kat semenanjung ni best jugak..tapi kalau nak pegi jauh-jauh sikit, kos pun lebih kurang macam pegi sabah sarawak jugak..so hopefully dapatle aku bawa anak aku terbang nanti.

di johor bahru, tempat tumpuan sekarang ialah di danga bay..danga bay terletak di tepi laut pantai lido dan telah dibangunkan dengan pesat sekali..ada festive mall - macam central market kl sikit - italian restaurant, open space for concert & event, green area untuk kanak-kanak menendang bola, x games area, makan-makan banyak, tram, boat ride, rent a bicycle dan macam-macam le..so aku sekeluarga selalu habiskan weekend kat sini.

tapi yang aku paling frust sekali bila danga bay ini dibangunkan ialah gelanggang tenis kat situ telah dimusnahkan..terdapat lebih sepuluh tennis court kat situ dulu..situ le tempat aku riadah hampir tiap-tiap petang dulu...main tennis dengan member kerja...sekarang ni dah takde sport & exercise..masalah perut!!

Wednesday, November 22, 2006

jennifer batten live in JB


Jennifer Batten & Michael Jackson Tour 1987


Jennifer Batten live in JB 2006


ramli muhalim sweet charity & group..old school rock


samad lefthanded..dasyat

Baru balik dari tengok live performance oleh Jennifer Batten. Jennifer Batten adalah gitaris kepada king of pop Michael Jackson..bagi peminat Michael Jackson (macam orang jelapang tu) mungkin familiar dengan aksi Jennifer Batten dalam video clip Michael Jackson tour...memang terror gila Jennifer Batten ni..semua lagu dia main..blues, metal, ballad, rock..dia perform sorang aje..tapi sound macam 10 orang...dasyat!!. Konsert Jennifer Batten ni tak ramai mat rock datang sebab banyak yang datang by invitation..tiket pun mahal. jadi yang datang banyak yang professional musician & orang-orang mat smart aje.

Aku dapat VIP Pass..sebab organiser ni regular client NST..dan banyak graphic works dia orang aku yang buat..jadi boss dia hulurlah pass tu satu kat aku..kena duduk dengan VIP..tapi tak comfortable..lalu aku bawa diri duduk kat belakang-belakang sikit..nanti kalau nak head banging tak malu sangat.

Sebelum Jennifer Batten muncul..Ramli Muhalim (Sweet Charity) dgn group dia..buat persembahan..lagu deep purple pulak..apa lagi..bolehla nyanyi sekali..old school rock ni banyak lagu yang aku hafal. Samad (lefthanded) & group pun ada buat show..3 lagu instrumental..dasyatttt.

Aku tengok show ni sorang-sorang aje..jadi terkawal sikit, member nak rocking bersama takde..apa-apa pun Jennifer Batten Best Giler...

Monday, November 20, 2006

nak belajar buat blog...


anak aku nabilah beriya-riya minta ku ajar dia buat blog..memandangkan sekarang cuti sekolah, takde masalah untuk aku ajar dia..setidak-tidaknya ada tempat dia untuk mengarang..tak kisah apale dia nak tulis..stail tulisan dia aku tengok macam dia berbual dengan makcik-makcik dia..bahasa pasar...bahasa inggeris..lagi kelakar.

tak kisahlah, asalkan dia tak buang masa kat luar rumah.

Thursday, November 16, 2006

keluarga ku


Ini adalah hasil lukisan anak aku semalam, aku nampak dia lukis malam tadi..lepas siap lukisan tu dia datang kat aku & cakap "abah masukkan lukisan ni dalam blog abah"..ok...jawab aku.

Nabilah ada minat melukis & menulis..tapi dia lebih banyak habiskan masa menulis..aku tengok dia mesti bawa satu buku untuk menulis ke mana-mana..asyik nak beli buku tulis aje..tapi dia ada juga minat untuk melukis..lukisan dia masih tak berapa cun sebab semasa aku berumur 10 tahun mcm dia..aku dah boleh melukis dengan baik..aku masih ingat kawan-kawan aku selalu datang rumah minta aku lukiskan sesuatu untuk mereka..aksi kung fu paling favorit!

Nabilah ada minat minat nak jadi graphic artist macam abah dia..tapi bila dia tengok abah dia asyik tak tidur aje..berpikir banyak kali jugak dia...apa-apa pun aku biarkan dia buat apa yang dia hendak..tapi aku berharap dia buat sesuatu yang kreatif & berguna..bila dia tingkatan satu nanti mungkin aku ajar dia art & design.

Sunday, November 12, 2006

tanjung piai in color


baru sampai..


tempat nelayan bawak balik ikan


restoren terapung..takde duit terjun


tanjung piai resort


boleh overnight kat sini..ada sikit mahal


beauty & the beast..beast yang kena bayar makan


belum makan..gaduh


dah makan..kawan


taman negara johor


PATI baru turun kapal


jeti menuju ke laut


indah..tanda kebesaran tuhan


dalam maknanye tu!


tempat memerhati burung-burung..
ada couple indon tgh tengok burung..lain macam aje bunyinye!


jalan dalam hutan belukar


on the way..apasal bini aku ada tanduk?


dah sampai..tanah keselatan di benua asia


mercu tanda hujung benua asia


dah sampai hujung benua dapat ijazah..boleh cari kerja ni


jom balik...esok nak menoreh

Tadi pegi jalan jalan cari makan kat tanjung piai..yang dikenali sebagai tempat yang paling ke selatan di benua asia..makan seafood di tanjung piai resort...makanan sedap tapi servis lambat sikit..orang ramai..harga okey, macam tempat lain jugak.

jalan kat taman negara johor..tanjung piai..boleh tahan penat..jetinya jauh ke tengah laut tapi dah sampai okey..nyaman, patah balik masuk hutan belukar pulak..perlu melalui hutan belukar untuk sampai ke titik terakhir yg paling ke selatan benua asia..hutan belukar memang best..penuh dengan pokok-pokok unik..sedikit menakutkan sebab ada binatang-binatang liar..tapi tak jumpa pun..banyak burung-burung yang unik di sini..

tanjung piai tak jauh sangat..sejam lebih sikit dari senai..anak aku komplen penat..dia budak bandar..memang tak berapa suka sangat masuk hutan..aku & isteri..sangat menyukainya..tapi kalau duduk lama-lama kat area hutan ni..insan seni pun boleh pening..asyik tengok monyet aje.."best duduk bandar lagi kata wife aku"..confirmed anak bini aku orang bandar!..aku ikutkan aje..duduk kat mana-mana pun takpe..asalkan diaorang happy.

Wednesday, November 08, 2006

be generous..


I been experiencing few accidents lately with my proton waja car, couple months ago a bus rammed into the side of my car, then brats do a series of painting on my front bonnet and yesterday a stone falling from the sky and smashed my front mirror…the first things came across my mind when my mirror fall into pieces was..there goes my arts exhibition budget ..i’ve plan to take my family to Asian arts exhibition in Malacca this weekend…now everything turned into smoke..i have to replaced the front mirror immediately.. no such things as end of the month, wait for salary or whatever…have to use the exhibition money.

Why are this accidents happening to me? I got myself thinking, maybe this is god way of telling me…i did something wrong somewhere without realizing it.. maybe I have little extra money now but I forgot about ‘sedekah’...or maybe this is pay-off for the small sins that I have done..past and present..if this is the punishment for my misdemeanour, I'm accepting it with open heart and syukur ‘Alhamdulillah’.

Another theory..I think my car is upset with me..maybe I didn’t show enough care and love..I washed my car once a month..my interior dust-covered..floor carpet full with sands..bodyworks terrible..impact from the accidents still prominent..maybe just maybe, this is why my car involved in mishap time to time...just to show displeasure… when I drive a BMW then I will show unconditional love to my car…BMW??..ahhh mimpi la lu mat!! still loved my waja though, no matter how shabby the cars look.

I’m still planning on taking my family somewhere this weekend..maybe for seafood at tanjung piai..pontian..or duduk rumah makan kuih raya..lowcost pastime!!

Wednesday, November 01, 2006

kerja..tapi mood raya


Dah 3 hari aku mula kerja semula selepas cuti raya yang panjang...motivasi masih kurang, buat kerja pun slow sikit...nak kena pick up balik speed kerja aku...kesan nasi impit masih ada kot.

Raya tahun ini..antara yang terbaik, emak abah sihat..walaupun tak ramai adik-beradik aku balik raya tapi suasana masih meriah..aku singgah dan dapat berjumpa dengan adik beradik aku kat taiping dan KL..walaupun tak dapat jumpa semua tapi thats ok!! masing-masing ada tanggungjawab & keluarga...dapat juga lepak dengan kawan-kawan sebelum balik semula ke JB.

Raya tahun ni juga...dapat beraya dengan keluarga orang rumah aku di sebelah abahnya..di melaka dan ipoh, perhubungan bertambah baik dan mesra..hopefully lepas ni boleh jumpa lagi. Plan nak ajak keluarga abahnya makan-makan minum-minum kat umbai..ikan bakar..tapi langit gelap semacam..kilat petir macam bunga api..so cancel..lain kali kot.

Abah mertua aku & sebahagian keluarganya juga sempat beraya di rumah kami di senai..aku happy, isteri aku happy & anak aku juga happy...so senang cerita semua happy le..kami cuba memberi layanan yang terbaik sebagaimana abah & keluarganya memberi yang terbaik semasa menerima kunjungan kami di melaka.. dan di ipoh emak aku gembira berkunjung ke rumah adik orang rumah aku..syok cerita pasal mawi..kat metro mawi kena hentam aje!

Staff kat NST sibuk suruh aku buat open house..depa nak datang raya & pungut duit raya untuk anak-anak depa, ahhhh nak kena buat ni...anak murid orang rumah aku jugak sibuk nak beraya.

Nak sambung buat kerja..ahhh malasnyeeeee....

Monday, October 16, 2006

Jangan cuti lama-lama...


Minggu depan cuti…at least dpt jugak aku tenangkan fikiran sekejap..namun begitu client aku dah standby dengan macam-macam job untuk aku settlekan walaupun aku cakap aku nak balik kampung..lepak.

Jangan cuti lama-lama….itu yang boss nst tu cakap kat aku..walaupun bunyi macam takde apa-apa..tapi dalam business ianya bunyi macam satu ugutan pada aku…so kena make sure semua kerja-kerja aku settle walaupun aku berada di kampung.

Aku rasa raya tahun ni pasti okey..anak aku happy..isteri aku seem happy..orang tua aku juga sound happy..aku juga happy…adik-beradik aku mungkin ada beberapa isu yang perlu dikongsi bersama dan diselesaikan bersama...biasalah tu.

So aku looking forward untuk balik kampung dengan gambira walaupun diiringi dengan kerja yang berlambak-lambak.

Wednesday, October 11, 2006

hari raya.....regular day for regular folk


Aku cuba mengimbau semula hari-hari raya aku yg lepas..strangely takde apa-apa pun indah yang terlintas di kepala aku..zaman kanak-kanak aku tak indah, dtg dari broken family..takde apa yang best..ibubapa berpisah semasa aku masih kecil lagi..aku & abang-abang aku stay dengan abah, aku tak kenal emak kandung aku sehingga aku berumur 10 tahun..aku lari apabila emak aku dtg semula mencari aku..aku tak kenal dia mcm nak aku nak dekat dia..emak tiri aku..terlalu perit untuk diceritakan disini..aku hanya berani duduk rumah kalau abah aku ada...abah aku amat penyayang pd anak-anaknya..tapi dia kena keluar jugak utk cari rezeki...tapi itu semua cerita lama..aku dah lama maafkan emak tiri aku.

Hari raya aku semakin okey...bila aku meningkat dewasa..dah duduk dengan emak kandung aku dan semakin indah dan ceria bila berumahtangga dan mempunyai cahayamata...raya tahun ini aku sambut kat senai..kalau ikutkan giliran tahun ini aku balik raya kat ipoh dulu..kampung aku..tapi orang rumah nak raya kat senai dulu..aku tak ada masalah..boleh aje. Aku dah beritahu orang tua aku kat ipoh, mereka tak kisah asalkan aku balik..lambat atau cepat tak kisah.

Biasanya kalau aku balik ipoh..aku di rumah emak aku, lepas sembahyang raya..pergi pulak ke rumah abah..rumah mereka dekat-dekat jadi tak ada masalah utk aku pergi. Tak tahu apa plan aku pada hari raya ni, abah aku kat ipoh ajak pergi tengok sekolah pondok kat utara, dia cakap nak belajar agama..so mungkin itulah yang aku dan abang-abang aku akan buat nanti.

Emak..biasa aje, masak aje kerja dia....yang pasti rumah dia akan porak peranda dikerjakan oleh cucu-cucunya...

Untuk adik-adik ipar aku yang kadang-kadang singgah membaca blog aku..selamat hari raya pada anda semua dan keluarga..terima kasih for everything...orang rumah aku walaupun tak bersuara tapi aku tahu dia gembira apabila dia baca blog adik-adiknya..senyuman dan reaksi matanya aku faham..anda semua mungkin melengkapkan hidupnya.

raya..jangan tak raya....

Monday, October 09, 2006

blogging is not good for my health?


Dalam setahun ada 365 hari..dan sekurang-kurang 300 lebih daripada hari-hari itu aku tidor lewat pagi sebab buat kerja-kerja grafik aku..kerja macam aku ni memang syok buat tengah malam buta..idea mencurah-curah.

Sekarang ni aku ada satu lagi benda nak buat...tak ada paksaan untuk aku buat kerja ni..entah kenapa tiba-tiba benda ni macam dapat membantu aku mereleasekan tension-tension dlm kerja aku..aku gunakan sedikit dari masa terluang aku untuk buat kerja baru aku ini..kerjanye tak susah sangat tapi beri kepuasan yang tak kurang hebatnya..bunyi macam drug pulak!..itulah blogging namanya.

Aku tulis apa-apa sahaja yang terlintas di kepala di dalam ruang blog aku...kalau takde orang baca..no problem! aku baca sendiri..aku senyum sendiri..kalau ada orang baca..pun no problem...

Aku dapat rasakan bahwa blogging ni memberi kesan yang baik pada aku..kepala aku lebih ringan dari masalah..kalau tension kerja..aku stop kejap utk baca blog..lega kepala..sambung kerja semula.

Aku dapat rasakan blog juga memberi kesan pada orang rumah aku, dia kadang-kadang baca blog adik-adiknya..sedikit sebanyak dia tahu apa yg berlaku dalam kehidupan adik-adiknya..

Bagi aku..blog rocks!!

Sunday, October 08, 2006

mari mari..murah murah..barang baik ni encikkkk..

Aku ada cita-cita untuk mengembangkan lagi company aku yang kecil molek ni..ada proper office, ada 2-3 orang designer, better company structure..ada clerk dll le, sekarang ni aku buka opis kat rumah dan selalunya aku spend half a day kat opis NST...kalau aku dapat banyak job.. aku sub kat kawan-kawan. Ada kawan-kawan aku yang punya bisnes yg proper, tapi dunia art & design ni hard to say, unless you got a big accounts macam petronas, shell, syarikat rokok ke, corporate co ke..baru boleh survive, aku tengok byk advertising co. struggling terutama di KL.

Aku memang suka berniaga..art & design always be my first choice sebab memang itu bidang aku, tapi bila tiba bulan ramadan ni aku sebenarnya gian nak buat benda lain, aku pernah berniaga kurma, kuih muih, serunding...kerja-kerja grafik buat jugak...tapi berniaga bulan ramadan buat jugak..3-4 tahun aku berniaga bulan ramadan..pernah untung & rugi beribu ringgit..sebab takde pengalaman..tapi okey sbb aku gembira...dah lama ku tak berniaga bulan ramadan..kecewa sikit!! mungkin tahun depan.

Berbalik pd cerita adveritising co aku tadi..seorang top management NST pernah cakap pada aku.."you taking a very big risks if you want to expand your company..because NST preferred small agency to do all the graphics work outside KL"..macam mana aku nak jawab tu..NST pay me good money untuk buat kerja-kerja grafik dia..so aku takleh ambil risiko ini..nanti kena terminate pulak..NST adalah klien aku yg terbesar..aku ada buat kerja-kerja lain..tapi priority aku remains to NST.

Jadi buat masa ini..cita-cita nak kembangkan syarikat aku pendamkan.

Friday, October 06, 2006

i'm gettin' older?


Aku peminat setia pada lagu-lagu rock...genre muzik ini..tak pernah lekang dari diri aku..muzik terbaik bagi aku semestinya irama yang datang dari sweet charity, deep purple, iron maiden, gun n roses, search, rusty blade, whitesnake, black sabbath, metallica dll yang boleh diterima kepala. Bila ke kedai muzik CD pilihan aku mesti lagu-lagu macam ni...kumpulan rock yg baru-baru ni tak pernah menarik minat aku..

tetapi setahun dua ini..dah ada muzik-muzik lain yang dapat menembusi tembok kepala rock aku ini..aku dah boleh melayan lagu-lagu broery, iwan fals, james blunt, joe cocker dan muzik paling best untuk menemani aku lewat malam bila buat kerja ialah petikan instrumental gitar classic latin...syahdu..itu tandanya aku dah tua kata member-member rock aku yg masih rock..aku mengangguk tanda setuju..anak isteri aku takleh tahan kalau naik kereta dgn aku..sebab mesti pasang cd broery, lagu apa ni? asyik broery aje!..pasang le lagu lain...rungut anak aku...

Aku rasa pendapat kawan-kawan aku ada benarnya..aku rasa jiwa aku dah berdamai dengan dunia..tidak lagi marah pd alam, tidak lagi memberontak macam semua org lain tak betul, CD rock masih bersepah di atas meja kerja aku...tapi dah mula ditemani oleh CD CD ballad dan entah apa-apa lagi..tapi lagu favourite aku masih "one" (live version) by metallica.

Aku terima hakikat memang aku dah semakin tua..pilihan muzik aku sekarang adalah salah satu tanda-tanda tersebut...tapi rock tetap "special"

Thursday, October 05, 2006

hanya satu...satunya


Dia diperkenalkan oleh makciknya kepada aku..makciknya cakap "adan, bawalah filzah jalan-jalan tengok KL", ketika itu dia baru tamat SPM dan sedang menunggu keputusan SPMnya..aku pula sedang bekerja sementara di KL..."okey!" jawab aku..tempat pertama aku bawa dia ialah makan-makan di hotel Pan Pacific di PWTC KL..kopak duit aku, tak banyak cakap masa tu, maklumle tak berapa kenal sangat...lepas dating tu, tak payah suruh lagi, kami pandai-pandai jalan sendiri kat KL tu..

Selepas result SPM keluar..dia sambung belajar di Shah Alam..aku pula sambung belajar buat grafik kat tempat lain...aku ada motor honda buruk..so sekali-sekala bolehle pegi Shah Alam jumpa dia..hubungan aku dgn dia okey dan sangat bahagia..tapi keluarga dia marah sangat dia berkawan dengan aku, maklumle aku grafik designer yang asyik kepokaian & kerja tah apa-apa,..tapi kami terus juga berkawan..selepas hampir 7 tahun ber'kawan'..dia tanya aku bila nak kawin.."alamak kena kahwin ke?" tanya aku..okey!!..jadi aku terpaksa juga jumpa keluarga dia..sebelum ni tak pernah jumpa emak bapak dia, orang tak suka...tapi masa itu aku dah ada kerja yang baik di perbadanan johor...jadi mungkin hati emak dia sejuk sikit..kami bertunang 6 bulan dan kemudian bernikah.

Kami ada banyak kenangan indah semasa zaman bercinta dulu..tapi paling best ialah bila kami ditahan polis masa naik motor bersama..aku lesen L, kelam kabut aku suruh awek aku terjun motor..kelakar.. dia terjun..polis senyum aje tengok aku "siapa punya beg duit dalam bakul motor kau ni?! awek encik! jawab aku..okey aku boleh lepaskan kau tapi kau pegi cari awek lain satu untuk aku..kata polis tu!..aku senyum aje.."okey..jalan" kata polis...lega aku..

Bulan ramadan juga ada kenangan lucu..masa tu berbuka puasa kat mall di depan pwtc KL, lauk aku simple aje..tapi awek punya lauk siap ada udang galah besor..sotong..macam-macam..bila time bayar aku takde duit..berderai duit siling bila aku keluarkan isi perut wallet aku..ngam-ngam duit..masam muka aku sekejap..kami sering bercerita peristiwa ini bila tiba musim puasa dan kami akan ketawa bersama-sama..ahh happynyeee

Sekarang kami dah hidup bahagia sebagai suami isteri lebih 13 tahun..aku masih ingat kali pertama aku tengok muka dia...amat cantik..sampai hari ini aku masih punya perasaan itu..dia tak pernah meninggi suara pada aku..dan aku amat menyayangi dirinya..isteri aku tak pernah merasa kasih sayang seorang ayah dan mungkin itu menyebabkan hubungan kami sangat istimewa..aku curahkan sepenuh kasih sayang aku padanya.

Tuesday, October 03, 2006

puasa....raya......


Dah sepuluh hari umat Islam berpuasa..anak aku nabilah asyik terperap dalam bilik aje dengan air-con 24 jam pasang..orang rumah pulak sibuk dengan tugasannya di sekolah..kena jaga budak-budak periksa PMR..so seminggu dua ni kena makan lauk kedai..kalau tidak orang rumah akan masak kat rumah.

Hari pertama puasa, beli lauk-pauk kat bazar ramadan tapi bila terkena kuih muih keras macam batu..lauk pun semacam aje..tak pegi bazar ramadan lagi..masalah utama bulan ramadhan ni ialah tidur...aku tengok kawan-kawan asyik berdengkur aje kat opis..tapi aku byk kerja jadi tidor bukan agenda utama..apa-apa pun SELAMAT BERPUASA..walaupun lewat sikit ucapan ini...

RAYA DAH DEKAT..YAHOOOOOO..terkenang zaman budak-budak..hehehehehe