Friday, December 29, 2006
anak saudara aku dah besar
Masa kau kat KL minggu lepas. aku bertemu dengan anak saudara aku. Anak pada kakak aku. Dia dah berumur 23 tahun dan seorang leftenan di TUDM. Kami mempunyai hubungan istimewa kerana aku melihat dia membesar depan mata aku..sebab aku duduk rumah emak dia. Aku yang bertanggungjawab menghantar dia ke sekolah tadika tiap-tiap pagi dan tunggu sampai dia balik tadika.
Dia sangat rapat dengan aku..sebab aku selalu lukis robot dan jet fighter untuk dia masa dia budak-budak. Dia obsess dengn jet fighter..tu pasal kerja dgn TUDM. Emak bapak dia bangga kerana dia antara leftenan termuda di TUDM.
Aku jarang sangat jumpa dia sekarang..mungkin 2, 3 kali selepas dia tamat SPM. Kerjayanya penuh rahsia..pergi kursus kat mana pun emak bapak tak tahu..macam spy pulak. Sekarang dia posting kat johor tapi sekali pun tak pernah jumpa aku tapi dia ada SMS aku sekali sekala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment