Thursday, January 04, 2007

2007 menjenguk..


Sudah masuk 4 hari ke tahun 2007, tahun 2006 adalah tahun yang penuh kedukaan..adik bongsu aku meninggal dunia, abah & emak pulak tak sihat..namun begitu ada juga sedikit senyuman di tahun 2006 itu..aku bertemu (selalunya terserempak aje) bapa mentua aku & keluarganya..selepas 13 tahun mendirikan rumahtangga.

Tahun 2007 ini..aku mendoakan kebahagiaan pada keluarga aku, mungkin masuk rumah baru pada hujung tahun ini, harap-harap business masih berjalan lancar, abah & emak sihat wal'afiat dan lebih gembira, adik-beradik aku sihat & happy.

Aku juga berangan-angan nak siapkan beberapa lukisan untuk rumah baru aku nanti..kalau lukisan aku lawa..aku gantung kat ruang tamu..kalau tak lawa sangat aku gantung kat bilik opis aku aje.

Selamat tahun baru pada sesiapa yang membaca blog aku ni.

2 comments:

HLiza said...

Semoga semuanya tercapai! Amin..

abe jol said...

mmm..rasa dapat bernafas semula baca cerita-cerita blog ni..selamat tahun baru