Thursday, January 25, 2007

nobody made me angry..no more


come on..give your best, make me sad..

Keadaan agak tight lately..late payment & billing problems..tapi aku cuba sedaya upaya untuk memastikan masalah ini tidak menganggu kehidupan seharian aku. Aku mesti terus gembira demi memastikan anak aku terus gembira..orang rumah aku faham semua masalah-masalah kecil dalam hidup aku ini.

Sepanjang perjalanan hidup aku ini dah berkali-kali aku di timpa masalah. Selalunya masalah yang menimpa kehidupan seharian aku datangnya dari orang yang rapat dengan aku..keluarga & kawan-kawan.

Aku dah beberapa kali ditipu oleh kawan-kawan aku..kalau wang ringgit, dah berpuluh ribu kot..tapi bila aku renungkan semula..aku sering tersenyum sendiri kerana aku tak marah atau berkecil hati dengan mereka..kerana yang menipu & mengambil kesempatan adalah mereka dan bukannya aku.. aku anggap semua ini sebagai instalment untuk kehidupan yang lebih baik (bukan sempurna).

Masalah yang ditimbulkan keluarga..bukan masalah bagi aku, aku tak pernah mengeluh..boleh tolong aku tolong..no problemo!

Aku dah pernah merasa hidup susah bersama anak isteri aku..kais pagi makan pagi, naik turun bas, meminjam kereta orang, duit cukup-cukup untuk susu & pampers aje...jadi takde masalah yang dapat membuat aku sedih sekarang..hidup mesti diteruskan.

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

No comments: