Wednesday, May 30, 2007

Wayang free..



Malam tadi pergi tengok wayang Shrek 3, dapat tiket free 5 keping..so bawa wife, nabilah dengan adik ipar gua sekali.
Lawak gila cerita Shrek ni..tapi kalau tak tengok shrek 1 & 2..mungkin boleh confuse sikit. Nabilah seem to enjoyed the movie very very much..aku memang suka cerita-cerita animation ni..takde limitation for creativity.

One good things tempat aku cari makan ni ialah selalu dapat tiket wayang free. Pihak media selalu dapat tengok wayang dulu sebelum orang ramai dapat tengok. Tapi selalunye tiket free cerita melayu..aku ni lemah sikit cerita melayu..kecuali afdlin shauki dan mamat khalid director..ini 2 pengarah yang selalu cuba buat wayang "luar daripada kotak". Cerita-cerita dia orang macam tak masuk akal pun ada..selamba aje. Kalau nak cerita yang biasa tak payah tengok wayang, dalam kehidupan hari-hari berlaku..cerita zombie kg pisang & orang melayu sumo tak berlaku dalam kehidupan yang sebenar hari ini..itu yg kreatifnye.

Next week mungkin aku balik Ipoh sat..tapi tunggu mak aku pulang dari umrah dulu baru aku balik. Apa-apa hal hujung minggu ni gua nak pergi layan Capt Jack Sparrow pulak...sambil-sambil tunggu die hard 4 & transformers berputar di pawagam.

Tuesday, May 08, 2007

berhabuk blog gua..

laa..dah bersawang blog gua...dah naik berhabuk blog ni..maklumle dah lama tak jenguk, asyik memerhatikan dari jauh aje.
Tak banyak perkara yang menarik berlaku untuk diceritakan dalam blog ini. Hampir 50 hari tak menulis kat blog aku ni. Kebanyakkan masa terluang..terutama weekend, aku & keluarga pergi menonton wayang aje..sekarang ni pun tengah banyak cerita-cerita menarik kat panggung. Terbaru spiderman 3..hujung bulan nanti Pirates of the Caribbean pulak..best tu..

Kerja-kerja aku berjalan lancar, walaupun ada selisih faham sana sini, itu normal...masalah bil aku juga dah selesai..client setuju nak bayar..walaupun ada rugi sikit..baik ada dari takde..

Hujung bulan mei..emak nak pergi umrah dengan abang aku yang kat johor ni..dengan isteri dan anak dia yang dapat 12A masa SPM baru-baru ini.. abang aku happy anak dia keluar surat khabar..among top student sekolah dia! aku pokai sikit sebab anak saudara aku ni minta ganjaran RM ratus-ratus dari aku..aku bagi aje. Anak-anak abang aku yang lain mungkin duduk dgn aku sementara emak ayah diaorang takde.

Abah juga sempat datang ke JB semasa konvokesyen adik perempuan aku kat UTM skudai, sempat bawa abah pusing-pusing JB sekejap..Alhamdulillah abah dah makin sihat..dah boleh travel.

Cuti sekolah hujung bulan mei pun dah hampir tiba..mungkin balik ipoh mungkin tak..emak takde, mungkin balik tengok abah dan ziarah adik orang rumah aku yang baru tambah ahli keluarga.

Dah bersih sikit blog aku....sempat singgah sekejap.