Johor di landa banjir. Dah hampir 4 hari Johor ditimpa hujan lebat dan hari ini hujan turun tanpa henti sehari suntuk. Banjir kilat berlaku di mana-mana. Jalanraya sesak gila..macam-macam hal berlaku di jalanraya..motor tergolek, kereta terkandas dalam air, driver hilang pedoman cuba memotong sini sana tapi tetap tak boleh bergerak.
Aku antara mereka mereka yang sangkut kat jalanraya..berjam-jam lamanya..selalunya 20 minit dah boleh sampai opis, ini kali lebih dari 2 jam..baru sampai opis. Kawan yang naik bas pergi kerja..sampai 4 jam sangkut..kalau bas tu naik highway dan menuju utara, dah boleh sampai KL.
Tadi tengok berita TV3..pakar cuaca cakap hujan yang menimpa Johor sekarang ni..berlaku 100 tahun sekali..terpegun aku dengar..rupa-rupa bukannya musibah yang turun tapi rahmat sebenarnya..berapa kerat sangat orang boleh hidup lebih 100 tahun..jadi aku antara yang bernasib baik dapat merasai fenomena yang hanya berlaku 100 tahun sekali ini.
Hujan tanpa henti ini menyusahkan ramai manusia tapi aku juga yakin ada manusia yang melompat kegirangan menerima hujan 100 tahun ini…perigi kontang kembali bertakung, sungai kering kembali mengalir, kebun gersang kembali subur, daun kuning kembali menghijau, empangan kering kembali penuh..dan pada masa yang sama dewan orangramai jugak penuh dengan manusia yang kediamannya tenggelam, namun hidup ini adil, dalam susah pasti ada senang.
Hujan masih turun dengan lebat kat luar…aku bercita-cita untuk off handphone dan tidur sampai tengahari kalau esok pagi masih hujan lagi…biar client aku kecoh cari aku..aku tak mahu lagi baca suratkhabar kat tengah-tengah jalanraya sementara menunggu air surut..yang tak surut-surut pun.
1 comment:
Kuasa Allah siapa dapat meneka..biasanya pantai timur yg banjir. Ingat lagi masa kecik2 dulu pernah raya kat Parit Sulong dalam keadaan banjir..
Post a Comment