Monday, October 09, 2006

blogging is not good for my health?


Dalam setahun ada 365 hari..dan sekurang-kurang 300 lebih daripada hari-hari itu aku tidor lewat pagi sebab buat kerja-kerja grafik aku..kerja macam aku ni memang syok buat tengah malam buta..idea mencurah-curah.

Sekarang ni aku ada satu lagi benda nak buat...tak ada paksaan untuk aku buat kerja ni..entah kenapa tiba-tiba benda ni macam dapat membantu aku mereleasekan tension-tension dlm kerja aku..aku gunakan sedikit dari masa terluang aku untuk buat kerja baru aku ini..kerjanye tak susah sangat tapi beri kepuasan yang tak kurang hebatnya..bunyi macam drug pulak!..itulah blogging namanya.

Aku tulis apa-apa sahaja yang terlintas di kepala di dalam ruang blog aku...kalau takde orang baca..no problem! aku baca sendiri..aku senyum sendiri..kalau ada orang baca..pun no problem...

Aku dapat rasakan bahwa blogging ni memberi kesan yang baik pada aku..kepala aku lebih ringan dari masalah..kalau tension kerja..aku stop kejap utk baca blog..lega kepala..sambung kerja semula.

Aku dapat rasakan blog juga memberi kesan pada orang rumah aku, dia kadang-kadang baca blog adik-adiknya..sedikit sebanyak dia tahu apa yg berlaku dalam kehidupan adik-adiknya..

Bagi aku..blog rocks!!

3 comments:

HLiza said...

Tak tahulah camne boringnya hidup ni kalau satu hari nanti tak boleh blogging.

abe jol said...

blogg rocks...(sambil bayangkan muka ramli sarip)..cemana nak masuk muzik yek..dah try x boleh laa..

Anonymous said...

ya betul..ayu pun dah ketagih blogging ni, samapai satu tahap dulu, bila bangun je fikir apa nak blog, giler masa tuh. Skang ni baru slow, tapi masa slow ni..masuk pula orang2 yg ayu sayang hehe..tak boleh slow juga..hehe.