Wednesday, November 01, 2006
kerja..tapi mood raya
Dah 3 hari aku mula kerja semula selepas cuti raya yang panjang...motivasi masih kurang, buat kerja pun slow sikit...nak kena pick up balik speed kerja aku...kesan nasi impit masih ada kot.
Raya tahun ini..antara yang terbaik, emak abah sihat..walaupun tak ramai adik-beradik aku balik raya tapi suasana masih meriah..aku singgah dan dapat berjumpa dengan adik beradik aku kat taiping dan KL..walaupun tak dapat jumpa semua tapi thats ok!! masing-masing ada tanggungjawab & keluarga...dapat juga lepak dengan kawan-kawan sebelum balik semula ke JB.
Raya tahun ni juga...dapat beraya dengan keluarga orang rumah aku di sebelah abahnya..di melaka dan ipoh, perhubungan bertambah baik dan mesra..hopefully lepas ni boleh jumpa lagi. Plan nak ajak keluarga abahnya makan-makan minum-minum kat umbai..ikan bakar..tapi langit gelap semacam..kilat petir macam bunga api..so cancel..lain kali kot.
Abah mertua aku & sebahagian keluarganya juga sempat beraya di rumah kami di senai..aku happy, isteri aku happy & anak aku juga happy...so senang cerita semua happy le..kami cuba memberi layanan yang terbaik sebagaimana abah & keluarganya memberi yang terbaik semasa menerima kunjungan kami di melaka.. dan di ipoh emak aku gembira berkunjung ke rumah adik orang rumah aku..syok cerita pasal mawi..kat metro mawi kena hentam aje!
Staff kat NST sibuk suruh aku buat open house..depa nak datang raya & pungut duit raya untuk anak-anak depa, ahhhh nak kena buat ni...anak murid orang rumah aku jugak sibuk nak beraya.
Nak sambung buat kerja..ahhh malasnyeeeee....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Thanks to abang Adan, kak Iza dan Nabilah for being part of my happiness this Raya. Liatnya rasa nak kerja balik Isnin ni.. boss asyik telefon macam tak paham2 org tengah raya. He he..soto best bolehlah buat rumah terbuka besar-besaran! Kalau berbas-bas tetamu datang..catering aje!
tahun depan jangan lupa datang lagi...bawa semua orang
sesungguhnya malas itu indah...
sesungguhnya malas itu indah...
apasal ada kucing tuuuuu?
Post a Comment