Thursday, January 25, 2007

nak balik kampung...


dulu....

aku rindu kat kampung aku..emak abah aku.....

nobody made me angry..no more


come on..give your best, make me sad..

Keadaan agak tight lately..late payment & billing problems..tapi aku cuba sedaya upaya untuk memastikan masalah ini tidak menganggu kehidupan seharian aku. Aku mesti terus gembira demi memastikan anak aku terus gembira..orang rumah aku faham semua masalah-masalah kecil dalam hidup aku ini.

Sepanjang perjalanan hidup aku ini dah berkali-kali aku di timpa masalah. Selalunya masalah yang menimpa kehidupan seharian aku datangnya dari orang yang rapat dengan aku..keluarga & kawan-kawan.

Aku dah beberapa kali ditipu oleh kawan-kawan aku..kalau wang ringgit, dah berpuluh ribu kot..tapi bila aku renungkan semula..aku sering tersenyum sendiri kerana aku tak marah atau berkecil hati dengan mereka..kerana yang menipu & mengambil kesempatan adalah mereka dan bukannya aku.. aku anggap semua ini sebagai instalment untuk kehidupan yang lebih baik (bukan sempurna).

Masalah yang ditimbulkan keluarga..bukan masalah bagi aku, aku tak pernah mengeluh..boleh tolong aku tolong..no problemo!

Aku dah pernah merasa hidup susah bersama anak isteri aku..kais pagi makan pagi, naik turun bas, meminjam kereta orang, duit cukup-cukup untuk susu & pampers aje...jadi takde masalah yang dapat membuat aku sedih sekarang..hidup mesti diteruskan.

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Monday, January 22, 2007

nabilah jadi pengawas..


hari pertama seorang pengawas

Hari ini adalah hari yang bersejarah untuk anak tunggal aku Nabilah. Hari ini dia dilantik menjadi pengawas di sekolahnya.
Aku dan isteri berbangga tengok dia..dan kelakar juga..sebab dia excited sangat untuk kesekolah hari ini dengan uniform pengawasnya. Pukul 5 pagi dah bangun nak pergi sekolah..mama dia suruh tidur semula.

Dah beberapa hari Nabilah berharap dia dipilih menjadi pengawas..dia suruh atuk dia sembahyang hajat, doakan semoga dia jadi pengawas dan apabila dia tahu dia terpilih, kelam kabut telefon atuk dia, nak ucapkan terima kasih untuk doa-doa dari atuknya dan tidak sabar-sabar menyuruh aku belikan uniform pengawas dengan segera.

"Nabilah jadi pengawas sebab Nabilah nak jadi pandai macam mama"..itu kata dia pada aku..aku senyum aje sebab memang kenyataan, mamanya lebih pandai dari abahnya..."tapi abah lagi banyak duit dari mama" usik aku.."eleh" cebek nabilah.

Aku bahagia tengok satu-satunya anak aku ni gembira hari ini. Dialah harta aku paling berharga bukannya wang ringgit, rumah, kereta besar...

Wednesday, January 17, 2007

power struggle...


Semalam NST ada meeting..aku tengok ada BOSS besor turun dari KL...aku tak diminta hadir dalam meeting tersebut. Sekali sekala aku dipelawa juga meeting dgn orang-orang besor ni tapi kali ini aku tak diperlukan hadir so aku angkat kaki cabut.

Hari ini aku cuba merisik apa yang dibincangkan dalam meeting tersebut, mereka bincangkan tentang kenaikan pangkat dan satu nama telah dicanangkan untuk menjadi assistant pada boss JB yang ada sekarang.

Aku terperanjat juga dengar nama yang disebut untuk promotion tersebut..ada suara-suara halus kata dia tak layak sebab performance dan sales dia teruk. Aku sebagai orang luar hanya melihat sahaja apa yang berlaku dan tak akan terlibat dalam politik yang berlaku di pejabat NST ni. Aku pernah kerja di pejabat korporat yang jauh lebih besar dari NST dan 99.9% stafnya melayu..politiknya lebih hebat dan kotor..aku bertahan 4 tahun aje..kemudian aku angkat kaki..belah..senang hati.

Kesimpulannya..rezeki ditangan tuhan..layak tak layak hanya masa yang akan menentukannya..aku harap sahabat aku yang akan naik pangkat ni akan buktikan dia boleh buat kerja..sebab aku tengok hari ni..konflik dah bermula, dia mungkin kehilangan seorang dua kawan baiknya dan yang sedihnya mereka ini semua sahabat aku yang dah berpuluh tahun aku kenali.

Sunday, January 14, 2007

cikgu pendiam..


Hari ni..adik aku burhanuddin terbang ke sabah untuk menjalani kursus selama setahun utk jadi cikgu. Aku terpikir jugak macam mana dia nak ajar murid-murid dia nanti..sebab adik aku ni pendiam tahap kronik..sepatah ditanya sepatah dia jawab..memandang dia akan ajar matematik nanti..takde masalah kot..suruh aje murid-murid salin apa yang ditulis kat papan hitam.

Adik aku ni tak banyak cakap dengan abang2 & kakak2 dia..tapi dengan aku dia lain sikit..sebab dia agak nak berbual jugak. Emak aku pun selalu cakap..burhan hanya bercakap dengan abang adan dia aje. Mungkin style aku lain dari adik-beradik lain..aku tak macam orang lain..aku lebih macam seorang kawan daripada seorang abang..mungkin penampilan aku rugged sikit, pendidikan aku yang tak terror sgt macam dia orang dia orang yang pergi overseas buat dia selesa ceritakan apa saje dengan aku tentang lagu, bola, kereta dia, motor dia, study dia..cuma bab makwe aje dia diam sikit..emak aku cakap makwe dia buat medic kat overseas..selalu call dia kat rumah.

Emak juga cakap..burhan di rumah sebijik macam aku..dia nak pakai baju aku, tuala aku...aku juga selalu bagi dia macam-macam handphone, jam, jeans & t shirt levis, kasut dah berlambak-lambak aku bagi, digital camera..tu pasal dia ngam dgn aku kot.

Abang aku cakap..jadi cikgu tak boleh kaya tapi kaya bukan matlamat kehidupan, kaya itu bonus dari Allah..mungkin tak kaya tapi aku percaya kehidupan dia akan lebih senang & tenang.

Friday, January 05, 2007

lebih mencabar..


Aku dapat merasakan tahun 2007 ini penting dalam business aku. Sejak NSTP diambil alih oleh pengurusan baru..kedudukan syarikat aku dalam NSTP agak mencabar juga. Aku mesti memenangi hati pengurusan baru dengan kualiti kerja yang lebih baik. Sebelum ini aku mempunyai hubungan baik dengan top management di KL tetapi sekarang mereka semua telah tiada.

Hari ini boss NST di JB..bagi aku satu bad news..KL reluctant nak bayar claims aku tahun lepas sebab lambat hantar invoice..hampir 40k duit aku sangkut disitu...banyak tuuu... Aku tengah fikir apa nak buat tapi aku tak mahu gaduh. Aku nak berniaga lama. Tapi kalau diaorang decide tak mahu bayar juga..aku mungkin kena terima hakikat itu..sebab aku pun salah jugak..lambat hantar bills.

So mission..tahun ini..better quality artwork..nak convincekan orang KL yang aku adalah yang terbaik. antara yang terbaik. MALAYSIA BOLEH!!! boleh apa ye?

Thursday, January 04, 2007

2007 menjenguk..


Sudah masuk 4 hari ke tahun 2007, tahun 2006 adalah tahun yang penuh kedukaan..adik bongsu aku meninggal dunia, abah & emak pulak tak sihat..namun begitu ada juga sedikit senyuman di tahun 2006 itu..aku bertemu (selalunya terserempak aje) bapa mentua aku & keluarganya..selepas 13 tahun mendirikan rumahtangga.

Tahun 2007 ini..aku mendoakan kebahagiaan pada keluarga aku, mungkin masuk rumah baru pada hujung tahun ini, harap-harap business masih berjalan lancar, abah & emak sihat wal'afiat dan lebih gembira, adik-beradik aku sihat & happy.

Aku juga berangan-angan nak siapkan beberapa lukisan untuk rumah baru aku nanti..kalau lukisan aku lawa..aku gantung kat ruang tamu..kalau tak lawa sangat aku gantung kat bilik opis aku aje.

Selamat tahun baru pada sesiapa yang membaca blog aku ni.