Monday, December 18, 2006
abg ipar paling best & pesanan abah
Dua hari lepas..sabtu..adik isteri aku di Ipoh menyambut harijadinya yang….entah yang keberapa..tapi dah tua le…hehehe..aku sekeluarga jauh..jadi tak dapat menyambut bersama-samanya atau bagi apa-apa.
Aku utuskan sepotong dua doa semoga dia sihat & gembira….adik ipar aku ini mengucapkan terima kasih untuk doa tersebut..dan cakap aku abang iparnya yang paling best setakat ni…aku tersengih sambil berfikir..perli aku ni…memangle aku abang iparnya yang paling best..sebab setahu aku..dia mana ada abang ipar lain selain aku..disebelah adik-beradik dia le..sure aku paling best..paling teruk pun aku…sebab aku takde saingan.. walaupun rating aku 1 star tapi aku masih terbaik…kalau dia ada 2, 3 orang abang ipar, sure aku abang ipar paling cokia…aku selalu serabai.. janggut tak bercukur… sering berseluar jeans lusuh…dimana-mana sahaja..aku ada 2 seluar bukan jeans..satu untuk pakai meeting dgn VIP…satu untuk pakai hari jumaat..so bila aku solat jumaat..takle serabai sangat…
Cerita lain pulak..selepas aku mendirikan rumahtangga dengan isteri aku..abah aku tak henti-henti berpesan dan bertanya pada aku samada aku dah jumpa pak mentua aku..iaitu ayah kandung orang rumah aku..abah aku berpesan agar aku berjumpa dia dan menjalin hubungan yang baik dgn pak mentua aku ni..bertahun-tahun abah tanya soalan ini.
Selepas 13 tahun..abah aku dah berhenti bertanya hal ini..sebab aku dah berkunjung ke rumah pak mentua aku hari raya puasa yang lepas..sebelum ini aku ada terjumpa dengan pak mentua aku..tetapi hanya sempat bersalam dan bertanya khabar sahaja...dan mungkin aku masih belum kenal pak mentua aku betul-betul lagi…tapi at least..banyak perkara semakin okey..
Apa apa pun...aku masih abang ipar yang paling best…tak kira apa berlaku dalam dunia hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Apalak sorang aje abg ipar..ada lagi kat belah satu lagi tu.. ramailah! He he cun jugak gambo tu, thanks!
:D oh, so this is the talented abg ipar :D
liza....tak tahu lu banyak abg ipar..title abg ipar paling best gua tergugat already..
nadiah..selamat datang ke blog saya! tq for the compliment...but my story not so great like my SIL..liza should be a writer like you by now.
Post a Comment