Hari ini keadaan dijalanraya dah balik asal..sesak tapi banyak kedai masih belum beroperasi lagi. Sepanjang 5 hari lepas, jalan lenggang aje..best giler.
Aku dan isteri decided untuk tidak pergi holiday untuk cuti panjang kali ini. So kami sekeluarga hanya habiskan masa kat sekitar JB aje. Jalan-jalan, makan-makan dan belanja sikit-sikit sana sini.
Sempena tahun baru cina, orang rumah dan anak tunggal aku buat keputusan untuk bagi diri mereka ang pow dan dalam diam-diam pasti aku akan jadi penyumbang utama untuk ang pow mereka itu nanti. Sambil jalan-jalan kat JB tu, orang rumah sudah tangkap satu TV plasma 32'..pokai gua ni nanti...takpelah nanti boleh numpang sekaki tengok bola pakai TV besar dia tu..
angpau orangrumah
Nabilah pulak berkenan kat satu basikal, masuk yang ini dah 3 kali beli basikal untuk dia dalam tempoh setahun lebih..anak sorang takpele..
angpau nabilah
Oleh kerana basikal dia dah ada 3, Nabilah buat keputusan untuk sedekah satu basikalnya kepada best friend dia..tersengih aje kawan dia dapat basikal dari Nabilah.
Manakala bagi diri aku pulak..takde apa-apa. Aku habiskan cuti ini untuk menyiapkan semua kerja-kerja, invoice dan bil-bil client aku agar tak jadi macam tahun lepas..client tak mahu bayar sebab lambat hantar invoice..
angpau aku & lunch hari ni dan hari-hari mendatang
Tak kisahle apa yang isteri dan anak aku inginkan, aku mencari rezeki memang untuk mereka.
6 comments:
wahhh ang pow happiness tu...eh kitaorang pun suka mamee lah..dulu 20 sen aje..sekarang brapa ah??
Pato & Pearl
Bagus nyer ketua keluarga cam nih.....
barangsiapa yang menggembirakan hati isteri nya di dunia nescaya akan dianugerahkan oleh Allah 99 bidadari yg diperbuat dari marjan dan luk-luk dengan isteri didunia nya menjadi ketua...
barangsiapa yang menggembirakan hati anak perempuannya nescaya akan anaknya itu kelak akan dijadikan tabir dari sinar neraka yang terik....
my new blog
http://oneovertwo.blogsome.com
p/s: your blog won't allow blogsome owner to give comments
He he, angpow untuk adik-adik ipar takde ke?
pato&pearl..mamee tu masih lagi 20 sen..my favourite junkfood
casa de la syurga...soon i will be at your blog, tq for the huraian tentang kebaikan & ganjaran..
liza..orang cina cakap kalau tahun baru sudah lepas tak elok kasi angpow..takde ong..ehehe
Raya Cina 15 harile..keh keh keh..!
Post a Comment