Thursday, February 08, 2007

orang melayu mesti miskin...

Seorang sahabat telah membeli kereta mewah..second-hand, tapi harganya hampir 150k. Apabila dia memandu kereta tersebut ke tempat kerja..meletuple office dia. Semua ikan-ikan besar terasa seolah-olah ditampar-tampar muka mereka, bagai dikoyak rabak ego mereka, terkejut beruk semuanya...maka dia dihujani beribu soalan..

Dia disoal siasat..seolah-olah dia telah melakukan jenayah besar...kerana dia eksekutif gaji 3k dan isterinya tidak bekerja.

Setelah keadaan agak reda..aku menghampiri dia & cuba menyelami perasaan dia.

"Kenapa semua orang kecoh-kecoh?" tanya aku

"Sebab aku orang melayu, kita orang melayu ni tak boleh kaya, yang boleh kaya hanya orang ci....kalau orang ci.... pakai kereta besar..takpe..tapi kalau aku orang melayu tak boleh!! orang melayu mesti miskin, tak layak pakai kereta besar" jawab kawan aku penuh sinis.

Aku hairan..kenapa dipersoalkan pilihan cara hidup dia..setengah orang suka beli rumah bertingkat tapi ala kadar bila bab berkereta dan begitu juga sebaliknya. Kawan aku memilih kereta besar dan rumah sederhana..apa bezanya dan ada yang bernasib baik boleh memiliki kedua-duanya.

Setelah 12 tahun berkerja..aku rasa dia layak merasa sedikit kesenangan dan memberi kegembiraan kepada anak isterinya.

Persoalan paling besar ialah kenapa kita orang melayu bila bergaya sikit, orang melayu kita juga yang gelisah..orang lain takpe...

2 comments:

HLiza said...

Melayu..Melayu..mmg tak habis2 dgn PHD. Macam kamilah..org kat ofis cik abang tu kecoh kenapa boleh sewa rumah mahal2..padahal kalau compare dgn KL kira murahlah tu. Keta kenapa boleh dua ..padahal satu tu keta company. Takkan we all nak buat banner bagitau suma org tu.

Harajuku PearL said...

biasalah ye...kita selalu dengar Macam mana melayu nak maju...tapi they are still doing the CRAB attitute - bila ada orang naik sikit, ditarik balik kawan tu ke bawah...tsk tsk tsk...

Bosan betul dengan attitude ni

Pato & Pearl