Friday, December 29, 2006

anak saudara aku dah besar


Masa kau kat KL minggu lepas. aku bertemu dengan anak saudara aku. Anak pada kakak aku. Dia dah berumur 23 tahun dan seorang leftenan di TUDM. Kami mempunyai hubungan istimewa kerana aku melihat dia membesar depan mata aku..sebab aku duduk rumah emak dia. Aku yang bertanggungjawab menghantar dia ke sekolah tadika tiap-tiap pagi dan tunggu sampai dia balik tadika.

Dia sangat rapat dengan aku..sebab aku selalu lukis robot dan jet fighter untuk dia masa dia budak-budak. Dia obsess dengn jet fighter..tu pasal kerja dgn TUDM. Emak bapak dia bangga kerana dia antara leftenan termuda di TUDM.

Aku jarang sangat jumpa dia sekarang..mungkin 2, 3 kali selepas dia tamat SPM. Kerjayanya penuh rahsia..pergi kursus kat mana pun emak bapak tak tahu..macam spy pulak. Sekarang dia posting kat johor tapi sekali pun tak pernah jumpa aku tapi dia ada SMS aku sekali sekala.

Wednesday, December 27, 2006

cuti dah habis..duit pun dah nak habis..


1. macam filem ET..temu jari
2. 3 dara pingitan tolak kereta...tak jalan-jalan pun


1. "mama ada duit nak bayar ni"...."takpe nanti mama minta duit abah"
2. pakcik tu termenung, duit dia orang sebelah minta..makcik tu happy aje..


1. orang lain makan..aku kena jaga anak saudara
2. "nabilah nak 2 pinggan nasi lagi"


1. posing sebelum jalan-jalan
2. posing selepas jalan-jalan, penat


1. bestnya..pegang anak ikan jerung
2. besornye gigi makcik tu..macam jaws


ambik rambutan opah


lepak kat rumah tok

dah 3 hari aku mula kerja semula...akhir-akhir tahun ni kerja agak kurang, company banyak pokai..bayar bonus, krismas, company dinner, nak gong xi fa cai dan macam-macam lagi..so tak banyak company invest untuk advertisement..aku dapat jugak relax sikit.

Sepanjang cuti krismas tempoh hari..tak banyak benda yang dapat dibuat..aku balik ipoh sekejap tengok emak & abah..isteri aku sempat jenguk adik dia di jelapang. lepas tu balik semula ke KL, ziarah kakak aku lepas operation kat ampang puteri..kesian dia, jumpa adik-adik aku..donate apa yang patut.

Sempat pergi aquaria..beramai-ramai dengan adik-beradik isteri aku, okey jugak sebab nabilah happy. Sebelah malam pergi tengok teater alibaba di istana budaya, best jugak teater tersebut..kelakar.

Sekarang ni aku tengah kira duit-duit syiling aku yang tinggal..untuk pakai raya haji..aku ingat buat nasi goreng kampung aje raya ni, beras banyak lagi tu, duit aku dah habis..apa ada hal..yang penting happyyyy!!!alhamdullilah..nanti ada duit enjoy lagiii..

Thursday, December 21, 2006

yahooo..pegi KL


Esok..gua nak bawa famili gua jalan-jalan kat KL. Sempena hari krismas ni dapatlah cabut sekejap dari kerja-kerja. Client cakap jangan jalan jauh-jauh..nanti senang nak cari..boleh belah dengan diaorang. Tak tahu nak pergi mana lagi..KLCC..aquaria & petrosains kot..dah pergi tapi nak pergi lagi, anak aku nak tengok teater alibaba kat istana budaya..isteri aku sure nak shopping kat KLCC & Mid Valley.

Sebentar tadi emak aku kat ipoh telefon..dia risaukan pasal banjir kat johor. Dia risau tentang aku dan abang aku kat sini. Mungkin aku jengok emak aku sekejap kat ipoh..bagi dia senang hati sikit..tengok abah aku sekali.

Kerja-kerja aku pikul sekali..nanti boleh buat kat mana-mana..kerja memang tak habis-habis tapi nak kena enjoy jugak sekali sekala..balik dari percutian ini..yang pasti..AKU AKAN POKAI..YAHOOOOOO.. JANJI HEPPIIIII...DUIT BANYAK MANA PUN TAKKAN CUKUP!!!!

Tuesday, December 19, 2006

anugerah 100 tahun sekali...

Johor di landa banjir. Dah hampir 4 hari Johor ditimpa hujan lebat dan hari ini hujan turun tanpa henti sehari suntuk. Banjir kilat berlaku di mana-mana. Jalanraya sesak gila..macam-macam hal berlaku di jalanraya..motor tergolek, kereta terkandas dalam air, driver hilang pedoman cuba memotong sini sana tapi tetap tak boleh bergerak.

Aku antara mereka mereka yang sangkut kat jalanraya..berjam-jam lamanya..selalunya 20 minit dah boleh sampai opis, ini kali lebih dari 2 jam..baru sampai opis. Kawan yang naik bas pergi kerja..sampai 4 jam sangkut..kalau bas tu naik highway dan menuju utara, dah boleh sampai KL.

Tadi tengok berita TV3..pakar cuaca cakap hujan yang menimpa Johor sekarang ni..berlaku 100 tahun sekali..terpegun aku dengar..rupa-rupa bukannya musibah yang turun tapi rahmat sebenarnya..berapa kerat sangat orang boleh hidup lebih 100 tahun..jadi aku antara yang bernasib baik dapat merasai fenomena yang hanya berlaku 100 tahun sekali ini.

Hujan tanpa henti ini menyusahkan ramai manusia tapi aku juga yakin ada manusia yang melompat kegirangan menerima hujan 100 tahun ini…perigi kontang kembali bertakung, sungai kering kembali mengalir, kebun gersang kembali subur, daun kuning kembali menghijau, empangan kering kembali penuh..dan pada masa yang sama dewan orangramai jugak penuh dengan manusia yang kediamannya tenggelam, namun hidup ini adil, dalam susah pasti ada senang.

Hujan masih turun dengan lebat kat luar…aku bercita-cita untuk off handphone dan tidur sampai tengahari kalau esok pagi masih hujan lagi…biar client aku kecoh cari aku..aku tak mahu lagi baca suratkhabar kat tengah-tengah jalanraya sementara menunggu air surut..yang tak surut-surut pun.

Monday, December 18, 2006

abg ipar paling best & pesanan abah


Dua hari lepas..sabtu..adik isteri aku di Ipoh menyambut harijadinya yang….entah yang keberapa..tapi dah tua le…hehehe..aku sekeluarga jauh..jadi tak dapat menyambut bersama-samanya atau bagi apa-apa.

Aku utuskan sepotong dua doa semoga dia sihat & gembira….adik ipar aku ini mengucapkan terima kasih untuk doa tersebut..dan cakap aku abang iparnya yang paling best setakat ni…aku tersengih sambil berfikir..perli aku ni…memangle aku abang iparnya yang paling best..sebab setahu aku..dia mana ada abang ipar lain selain aku..disebelah adik-beradik dia le..sure aku paling best..paling teruk pun aku…sebab aku takde saingan.. walaupun rating aku 1 star tapi aku masih terbaik…kalau dia ada 2, 3 orang abang ipar, sure aku abang ipar paling cokia…aku selalu serabai.. janggut tak bercukur… sering berseluar jeans lusuh…dimana-mana sahaja..aku ada 2 seluar bukan jeans..satu untuk pakai meeting dgn VIP…satu untuk pakai hari jumaat..so bila aku solat jumaat..takle serabai sangat…

Cerita lain pulak..selepas aku mendirikan rumahtangga dengan isteri aku..abah aku tak henti-henti berpesan dan bertanya pada aku samada aku dah jumpa pak mentua aku..iaitu ayah kandung orang rumah aku..abah aku berpesan agar aku berjumpa dia dan menjalin hubungan yang baik dgn pak mentua aku ni..bertahun-tahun abah tanya soalan ini.

Selepas 13 tahun..abah aku dah berhenti bertanya hal ini..sebab aku dah berkunjung ke rumah pak mentua aku hari raya puasa yang lepas..sebelum ini aku ada terjumpa dengan pak mentua aku..tetapi hanya sempat bersalam dan bertanya khabar sahaja...dan mungkin aku masih belum kenal pak mentua aku betul-betul lagi…tapi at least..banyak perkara semakin okey..

Apa apa pun...aku masih abang ipar yang paling best…tak kira apa berlaku dalam dunia hari ini.

Tuesday, December 12, 2006

terlepas kapal terbang....


cita-cita nak holiday kat sarawak..hancussss..tiket habeh!! nabilah kecewa sikit..tapi bila cakap nak pergi KL..happy le dia..nabilah memang suka ke KL..berpuluh-puluh kali pergi pun takpe...mungkin nak pergi aquaria..aquaria lagi!

di KL saudara mara ramai..mungkin ziarah diaorang...

Nabilah..cuti sekolah tahun depan, abah bawa nabilah pergi sarawak ok!

Saturday, December 09, 2006

changes...


"It's been said that love forces people to change. That to be loved we must become what those who love us want us to be. Dutiful child, best friend, faithful lover, loyal protector - it must be difficult for people to remember that they're supposed to be all of those things. Especially if in their desperation to be loved they're forced to change into someone completely different."

Thursday, December 07, 2006

Sunday, December 03, 2006

you're not going anywhere....


mana mau pigi??

Seperti biasa aku akan datang ke office NST lewat pagi untuk mengambil job-job yang aku kena buat, pagi tu aku tengok boss NST tgh kasi memo kat sales team dia..lepas dia orang dapat memo tu..terdengar suara rungutan dari dia orang..rupa-rupanya dia orang tak dibenarkan cuti sepanjang cuti sekolah ni..tension semua orang..

Aku yang kebetulan ada kat situ pun dapat memo tu.....

aku : ooi apa ni? aku bukan staff NST..mana boleh dapat memo takleh cuti ni!!!?

boss : memangle kau bukan staff, tapi kalau sales team aku bawa balik jobs nanti siapa yang nak buat design kalau kau takde?..kau tu kan ke designer yang dilantik NST..nanti aku nak bagi sape buat?.. KL sure tak nak buat punye!

aku : aku pun nak holiday jugak!! aku tengah tension ni!!..hari tu artwork banyak salah!!

boss : habis aku nak cakap apa..ini arahan CEO..Datuk..

aku : nanti aku suruh bini aku call kau..

boss : aku nak cakap apa dengan dia?? haha haha

So nampak gayanye..aku boleh jalan-jalan lama sikit bila krismas aje..hari lain tak dapat le..sales team NST tu dijanjikan trip ke Paris kalau dapat hit target..macam mission imposible je aku tengok targetnye..berjuta-juta..tapi tak mustahil!! dia orang pun selalu dapat pegi overseas, aku aje yang tinggal!! nasib badan..tapi kalau dilihat dari sudut yang positif..MEREKA MASIH PERLUKAN AKU!! itu penting..untuk usahawan kecil macam aku..masih boleh cari makan.

Mungkin tiap-tiap hujung minggu aku bawa keluarga aku ke tempat special..tak le diaorang boring sgt sementara menunggu krismas tiba.