Wednesday, October 11, 2006

hari raya.....regular day for regular folk


Aku cuba mengimbau semula hari-hari raya aku yg lepas..strangely takde apa-apa pun indah yang terlintas di kepala aku..zaman kanak-kanak aku tak indah, dtg dari broken family..takde apa yang best..ibubapa berpisah semasa aku masih kecil lagi..aku & abang-abang aku stay dengan abah, aku tak kenal emak kandung aku sehingga aku berumur 10 tahun..aku lari apabila emak aku dtg semula mencari aku..aku tak kenal dia mcm nak aku nak dekat dia..emak tiri aku..terlalu perit untuk diceritakan disini..aku hanya berani duduk rumah kalau abah aku ada...abah aku amat penyayang pd anak-anaknya..tapi dia kena keluar jugak utk cari rezeki...tapi itu semua cerita lama..aku dah lama maafkan emak tiri aku.

Hari raya aku semakin okey...bila aku meningkat dewasa..dah duduk dengan emak kandung aku dan semakin indah dan ceria bila berumahtangga dan mempunyai cahayamata...raya tahun ini aku sambut kat senai..kalau ikutkan giliran tahun ini aku balik raya kat ipoh dulu..kampung aku..tapi orang rumah nak raya kat senai dulu..aku tak ada masalah..boleh aje. Aku dah beritahu orang tua aku kat ipoh, mereka tak kisah asalkan aku balik..lambat atau cepat tak kisah.

Biasanya kalau aku balik ipoh..aku di rumah emak aku, lepas sembahyang raya..pergi pulak ke rumah abah..rumah mereka dekat-dekat jadi tak ada masalah utk aku pergi. Tak tahu apa plan aku pada hari raya ni, abah aku kat ipoh ajak pergi tengok sekolah pondok kat utara, dia cakap nak belajar agama..so mungkin itulah yang aku dan abang-abang aku akan buat nanti.

Emak..biasa aje, masak aje kerja dia....yang pasti rumah dia akan porak peranda dikerjakan oleh cucu-cucunya...

Untuk adik-adik ipar aku yang kadang-kadang singgah membaca blog aku..selamat hari raya pada anda semua dan keluarga..terima kasih for everything...orang rumah aku walaupun tak bersuara tapi aku tahu dia gembira apabila dia baca blog adik-adiknya..senyuman dan reaksi matanya aku faham..anda semua mungkin melengkapkan hidupnya.

raya..jangan tak raya....

4 comments:

abe jol said...

alamak..nak kena sedih-sedih ke..macam orang tua la plak...(ada member bagitau ..hidup dah memang susah, buat apa nk ingat lagi cerita susah)..apa pun selamat hari raya..maaf zahir batin..macam ni le pertama kali kita bermaafan yek..dgn kak fizah pun sama kot..waa..nk kena sedih ke..

oldrockers said...

tak perlu sedih abe..wa kekadang teringat zaman dulu..untuk dijadikan panduan hari ni..raya tetap raya..jalan terussss..

HLiza said...

Waa.. nak sedih jugak! Raya ni kena stay kat Ipoh sampai raya kelima. Lepas tu baru boleh balik kampung!

Anonymous said...

Sejak 1st time ayu tahu pasal kak filzah, ayu terbayang yang satu hari nanti dia akan menyertai kami adik beradik bermaafan dengan abah di pagi raya.Tapi mungkin tinggi sangat impian ayu tu..biasalah budak-budak masa tu.