Sunday, July 08, 2007

aku penat..


sampai bila aku boleh tahan buat kerja sampai pagi-pagi buta ni..kerja aku banyak bertimbun-timbun setiap hari, bukan aku komplain sebab semua itu rezeki yang esa untuk anak isteri aku dan orang-orang lain jugak. Aku cuma nak komplain sebab aku penat..isteri aku faham aku penat tapi apa yang dia boleh buat!

aku tak merungut tentang rezeki,
malahan aku bersyukur..tapi aku penat
aku tak minta simpati sesiapa,
aku faham kerja aku, akulah kena buat..tapi aku penat
aku tak harapkan bantuan,
aku boleh selesaikan semuanya..cuma aku penat

aku penat dengan kehidupan aku..tapi kalau aku pilih tak mahu penat, bermakna semua orang sekeliling aku pulak yang penat..siapa nak kasi anak isteri aku makan, kereta-kereta tu siapa nak bayor..pendidikan anak aku macam mana?

aku penat, tapi tak apalah asalkan keluarga aku tak penat,
asalkan anak aku gembira dan isteriku tersenyum.

aku cuma nak bagi tahu dunia ini..aku penat, itu aje..
aku tak meminta-minta apa-apa dari sesiapa
malahan aku bersyukur dengan kepenatan ini,
Ya Allah teruskan anugerah penat ini pada aku,
sekiranya penat ini membuat keluargaku lebih bahagia dan
dapatku hulurkan sedikit rezeki kepada orang-orang tua ku

2 comments:

HLiza said...

Selagi celik mata..keja..keja..keja..

panjang langkah said...

ni sajak ke artikel...

rilek bro..penat masyuk takpe..jangan tak masyuk..kalau banyak sangat sub la kat member-member...

gua pun penat bro..tapi tak masyuk..camno tu..