Aku dan isteri decided untuk tidak pergi holiday untuk cuti panjang kali ini. So kami sekeluarga hanya habiskan masa kat sekitar JB aje. Jalan-jalan, makan-makan dan belanja sikit-sikit sana sini.
Sempena tahun baru cina, orang rumah dan anak tunggal aku buat keputusan untuk bagi diri mereka ang pow dan dalam diam-diam pasti aku akan jadi penyumbang utama untuk ang pow mereka itu nanti. Sambil jalan-jalan kat JB tu, orang rumah sudah tangkap satu TV plasma 32'..pokai gua ni nanti...takpelah nanti boleh numpang sekaki tengok bola pakai TV besar dia tu..

angpau orangrumah
Nabilah pulak berkenan kat satu basikal, masuk yang ini dah 3 kali beli basikal untuk dia dalam tempoh setahun lebih..anak sorang takpele..

angpau nabilah
Oleh kerana basikal dia dah ada 3, Nabilah buat keputusan untuk sedekah satu basikalnya kepada best friend dia..tersengih aje kawan dia dapat basikal dari Nabilah.
Manakala bagi diri aku pulak..takde apa-apa. Aku habiskan cuti ini untuk menyiapkan semua kerja-kerja, invoice dan bil-bil client aku agar tak jadi macam tahun lepas..client tak mahu bayar sebab lambat hantar invoice..

angpau aku & lunch hari ni dan hari-hari mendatang
Tak kisahle apa yang isteri dan anak aku inginkan, aku mencari rezeki memang untuk mereka.