Tuesday, July 31, 2007
Konvo
tolong pegang ijazah orang aje..
Isteri aku...belajar sampai dinihari untuk mengejar cita-citanya..dia tak perlu buat semua ini..dia ada pekerjaan yang baik dan kalau dia duduk diam-diam pun tak jadi masalah..tetapi dia mempunyai semangat yang kuat dan kalau dia nak capai sesuatu, dia pastikan ia berjaya. Aku kenal isteri aku..tak pernah give up!!
Pada 28hb Julai 2007, semua susah payahnya membuahkan hasil..dia dapat ijazah yang dikejarkannya..dan anak aku nabilah melihat dengan rasa gembira emaknya mengambil ijazah tersebut..bukan semua anak dapat tengok emak bapak diaorang ambil ijazah. Isteri aku jauh lebih bijaksana dari aku..itu aku akui & aku berharap nabilah berbangga dengan emaknya sebagaimana aku berbangga...
Mungkin 3-4 tahun lagi..mungkin ada konvo lagi untuk isteri aku..sebab dia nak sambung master pulak!!
Wednesday, July 18, 2007
netball transformers...
Nabilah get into sleep mode easily nowadays, this is because she have a netball practice to attend to every evening and she come home really really burned out. The coach selected her to represent her school in netball although she didn't attend the selection session. Maybe her size and height got the school coach attention.
She never play netball once in her life and suddenly..pooff! you the important member of the team. I can think hundreds of other reason why the coach picked her but skill and speed surely not one of the reason. I got the feeling, nabilah was pick for special mission, maybe like kill the opponent goalscorer, break the other team playmaker leg, accidentally run over the opponent coach so no instruction can be given and other special project...
Nabilah seems to enjoy her netball very much..good for her, not always she got a opportunity to involve in sport activities at her school..hopefully this will do a world of good to her. I watched her training everyday..and from far far away she did remind me of megatron leader of decepticons.
Tuesday, July 10, 2007
macama mana 2 orang sahabat yang sama-sama menuntut di universiti yang sama, mempunyai karier yang sama & tempat kerja yang sama..begitu memusuhi antara satu sama lain?
kedua-dua manusia ini sahabat aku..jadi aku selalu cuba untuk tidak menyentuh hal-hal sensitif yang boleh membuat dia orang marah kat aku, semua ini berlaku pasal gaji..sorang dapat lebih sorang lagi bengang..apa benda le!! tapi yang kelakarnya pulak..yang gaji kecil tu, pangkatnya lebih besar..lagi tension dia.
satu lagi hal, ada seorang manusia meminta pertolongan dari aku, aku tak keberatan nak bagi tapi yang paling aku hairan bila dia kata "kalau nak bagi duit, bagi aje tapi jangan cuba nak nasihat dia tentang kehidupan, apa yang baik dan apa yang buruk" aku bagi jugak duit itu, tapi aku berharap dia berubah dan tahu apa dia keperluan dan apa dia perhiasan..apa guna hidup bergaya kalau hidup meminta-minta sana dan sini..
aku doakan 3 manusia ini berubah dan memperolehi kejayaan.
Sunday, July 08, 2007
aku penat..
sampai bila aku boleh tahan buat kerja sampai pagi-pagi buta ni..kerja aku banyak bertimbun-timbun setiap hari, bukan aku komplain sebab semua itu rezeki yang esa untuk anak isteri aku dan orang-orang lain jugak. Aku cuma nak komplain sebab aku penat..isteri aku faham aku penat tapi apa yang dia boleh buat!
aku tak merungut tentang rezeki,
malahan aku bersyukur..tapi aku penat
aku tak minta simpati sesiapa,
aku faham kerja aku, akulah kena buat..tapi aku penat
aku tak harapkan bantuan,
aku boleh selesaikan semuanya..cuma aku penat
aku penat dengan kehidupan aku..tapi kalau aku pilih tak mahu penat, bermakna semua orang sekeliling aku pulak yang penat..siapa nak kasi anak isteri aku makan, kereta-kereta tu siapa nak bayor..pendidikan anak aku macam mana?
aku penat, tapi tak apalah asalkan keluarga aku tak penat,
asalkan anak aku gembira dan isteriku tersenyum.
aku cuma nak bagi tahu dunia ini..aku penat, itu aje..
aku tak meminta-minta apa-apa dari sesiapa
malahan aku bersyukur dengan kepenatan ini,
Ya Allah teruskan anugerah penat ini pada aku,
sekiranya penat ini membuat keluargaku lebih bahagia dan
dapatku hulurkan sedikit rezeki kepada orang-orang tua ku
Subscribe to:
Posts (Atom)