Wednesday, September 06, 2006

i need my arts to stay alive....


aku agak busy kebelakangan ini..banyak artwork yang perlu disettlekan...rezeki!! i'm not complaining..tapi lately aku suka tengok-tengok blog dan dah mula join sekaki..so aku curi-curi masa untuk menulis dalam blog aku..yang aku rasa cuma 2 orang manusia aje yang baca iaitu abe zul & aku..kadang-kadang aku paksa wife aku baca blog aku..sengih aje wife aku tu..(ketawa dalam hati tgk gaya tulisan aku agaknye)

kerja advertising aku tak pernah beri aku masalah..dah lebih 17 tahun aku buat benda ni..idea bukan masalah bagi aku..idea sentiasa ada di kepala...sebelum aku present artwork kat clients..aku pastikan yang aku sendiri suka kat artwork aku..sebab kalau kita rasa kerja kita menarik..90% client juga akan rasa begitu..kalau diri sendiri tak puas hati macam mana nak present..

motivasi utama aku terus buat kerja DTP ni kerana ini sumber rezeki utama aku..tapi hati aku meronta-ronta nak buat kerja-kerja fine arts..tangan dah kejong lama tak lukis..asyik design pakai komputer aje..aku nak cari kelas fine arts..belajor stroke entah apa-apa & guna color-color yang tak masuk di akal dan drawing style yang ada magik..aku nak hias rumah dengan artwork-artwork merepek aku...aaahh aku rasa hidup semula!!!

1 comment:

abe jol said...

aku faham apa kau rasa...boleh ke ikan hidup tanpa air..artis hidup tanpa arts..

artwork ( DTP or design job) untuk cari makan tak sama dengan expression on canvas..

bila kat living hall kau dah ada painting yang kau lukis sendiri ..mesti macam orang becinta..hari-hari kau akan layan feeling..