Thursday, December 31, 2009

2009..memilukan

Tahun 2009 berjalan lancar..hinggalah ke minggu yang terakhir. Abang sulung aku di kedah di serang stroke.. berderai airmata aku bila adik aku telefon dan kemudian abang aku cuba bercakap dengan aku tetapi satu pun tuturnya aku tak faham. Selepas subuh aku ke Kedah bersama adik ipar aku..ambil abah aku di Ipoh. Menitis air mata abang aku bila aku dan abah sampai di hospital..tubuh tak boleh bergerak..bertutur sukar..abah aku memeluk erat abang aku. Kini dah 4 hari berlalu..keadaannya semakin pulih..dan kami sekeluarga yakin dia akan pulih sepenuhnya.

Satu malam aku kat Kedah..kemudian berpatah balik semula ke JB kerana orang rumah aku juga di hospital, aku terus ke hospital pukul 2 pagi bertemu dengan doktornya untuk taklimat rapi..semalam dia selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dalam perutnya..lebih 6 jam dia berada dalam bilik pembedahan..keadaannya semakin pulih tetapi sedikit demam. Pembedahan itu sukar kata doktornya kerana ketumbuhan itu telah membesar dan membiak serta mengancam rahimnya...isteri aku masih lemah tapi mengenali isteri aku lebih 24 tahun..dia seorang yang kuat. Tak semua ahli keluarga terdekat mengetahui penyakitnya dan pembedahan ini, mungkin dia tak mahu keluarganya risau. Aku lega pembedahan ini selesai..kerana aku tak sanggup melihat dia sering menitis air mata menahan sakit.

Doa tahun 2010....Isteriku tak menangis lagi dan abang aku boleh berjalan semula seperti biasa...Amin

Wednesday, November 04, 2009

konsert malam kenangan black dog bone


black dog bone live.....gempak


jatt..vokalis BDB..masih hebat!!


opening act..jay-jay

pergi layan konsert black dog bone anak beranak..nabilah komplain kenapa tak ada konsert bunkface ke hujan ke..ini konsert orang tua katanye.

orang rumah aku nampak enjoy konsert ini..siap beli kaset & bergambar dengan jatt lagi...dan nabilah pun enjoy jugak konsert tu..ajak balik tak mahu...nak tengok sampai habis. suara jatt masih hebat lagi walaupun menyanyikan lebih 25 lagu...tak pancit langsung.

bulan depan ada konsert khatijah ibrahim & ramli sarip...nak layan ke tak nak ni?

Friday, October 30, 2009

lagu paling best aku dengar



candy by paolo nutini....gempak habis..incredible, just incredible, stress killer no 1 for me!!

Wednesday, October 21, 2009

meraban


main event open house...makan sampai kenyang


staff nstp....target tak hit lagi..enjoy gila-gila


boss nstp yang pegang mikropon tu..tgh syok karaoke

semalam NSTP buat open house raya, bulan syawal dah habis..tapi masih raya lagi. ramai client-client nstp yang datang sampai tak cukup meja, aku tak pakai baju melayu seperti yang disarankan oleh NSTP kat aku..aku cakap aku tak mahu datang, tapi boss NSTP insist jugak..so aku datang ikut dress code aku sendiri tapi takle selekeh sangat.

open house ni..hanya best apabila semua tetamu dah balik..yang tinggal hanya staff NSTP aje, baru semua boleh enjoy..berkaraoke macam orang tak sedar diri. aku tengok aje, takut nak nyanyi.

pagi ni semua komplen makanan tak cukup..so pagi-pagi boss NSTP belanja semua orang breakfast.

aku dengar ura-ura NSTP nak offer aku sebagai permanent staff, boss design studio KL sound kat aku malam tadi, tapi aku angguk aje tanpa beri jawapan apa-apa. aku mungkin hilang separuh daripada income aku sekarang kalau aku join NSTP tapi benefit kow-kow punya..mungkin selepas Media Prima takeover selesai nanti aku akan tahu hala tuju karier aku.

marhaban


tengah syok marhaban


marhaban tak seberapa..makan kow kow punya


moga-moga tahun depan surau siap..amin


pelapis kumpulan marhaban

sepanjang bulan syawal lepas..penduduk taman setia tropika agak sibuk dengan program marhaban. kumpulan marhaban bergerak hampir 4 kali seminggu..agak penat jugak sebab siang kerja, lepas maghrib marhaban mula..selepas selesai balik nak buat kerja lagi..tapi program ini agak berbaloi jugak kerana disamping mengumpul dana pembinaan surau kat taman aku ni..dapat jugak berkenalan dengan orang-orang yang baru pindah kat sini.

kebanyakan muslimin muslimat kat taman ni..agak loaded-loaded jugak..kereta gempak-gempak....so aku duduk jauh-jauh, agak segan aku nak berbual panjang dengan mereka...aku bisnes ikan bilis aje.

hampir RM14,000 duit tabung dikumpul sepanjang marhaban ni..gedebak gedebuk dah hampir RM120,000 dana surau dikumpul..insya allah..tahun depan surau boleh siap..senang nak solat jemaah sikit (kalau rajin le..hehehehe).

Wednesday, August 12, 2009

birthday..



sekiranya manusia ditakdirkan untuk hidup lebih dari sekali di atas muka bumi ini...wanita ini tetap menjadi pilihan aku untuk jadi pasangan hidup...biarpun beratus kali.

selamat hari jadi sayang.

Friday, August 07, 2009

sehari dua ni...



ini yang aku alami sekarang..dah hampir 4 hari. jumpa doktor. Kurang tidor itulah nama penyakitnya. Ubat penyakit ni diberi nama TIDOR!!!

Monday, August 03, 2009

less is more...



Business is good lately; I been very busy. Last week one advertising agency asks me to do artwork for them. Yesterday the agency told me theirs client like my work very much and now they want to use my service again for next big project...I told them maybe I do it maybe not…I always put NSTP in front of everybody else. I need to see what these things might do to my schedule.

One person from other publication called me. Offering the same thing what NSTP is offering me now…again I say maybe yes maybe no. I have 9 wonderful years with NSTP. I love every minute of the relationship. Everybody is my best friend now...even the bosses in KL get along just fine with me and they loves my cheap bills very much! So I got no reason to walk away. I made enough money with them. Maybe I can make more money somewhere else. But I wake up every morning feeling good, so why change that for more money.

Things might be different in the future, but right now I'm not planning any alteration in my relationship with NSTP.

I am looking forward for another 9 more years and maybe beyond that. Insyallah!!

Abah aku selalu cakap “banyak habis, sikit cukup”..cuba renung-renungkan.

Tuesday, July 28, 2009

Devil from puerto rico..



He hit his sales target once or twice every 12 months. Among the last one to arrive to the office. Every time the big boss came down from KL..he will get his face wet from the scream he get from his boss. .but still they can’t do anything to change his attitude.
He got a smile that seems to jammed on his face doesn’t matter what happen around him. You can scream, curse and yell anything you want in his face..still you cannot get rid of that smile. Once I heard the boss say “ I gave up. I @#&^* right on his face and still he smiling..like I was not there”.
He got one game nobody can beat him..the PR game, his PR skills saved his ass countless of times..every time he got himself into trouble..even the boss melted when he explains things, why the target was not achieved, why the client was angry…etc.
He spent his time in the office surfing the net..looking for latest trick how to pick up girls…he doesn’t have the brad pitt look but one thing for sure he got plenty of others thing to offer when come to ladies…especially sweet words.
I always consider him as one of my best friend...I always call him “one cent no use salesman” and he just smile away and reply “one cent no use artist”.
He never gets the job done..but nobody knows how to hate him..maybe the devilish smiles and that magic words got something to do with it.

We live only once so why wasting our time worrying. His philosophy in life.

My friend kamal. (his mother from Puerto Rico..that explains the title)

Sunday, July 26, 2009

apasal makcik ni asyik tersengih aje?


orang rumah dapat notebook baru, itupun setelah aku berjaya menjual notebook lama dia..so tak le banyak sangat nak keluar duit untuk ambil yang ini..HP pavilion DV2..grahic cantik..saiz pun tak besar sangat, sesuai dengan taste makcik tu!!

tak kisah le..janji dia happy..

siapa tak sayang bini ooooiiii.....

Wednesday, July 08, 2009

akhirnya.....


Akhirnya dapat jugak aku tangkap benda ni...nabilah happy sebab dia dapat ibook G4 lama aku, dia dah tolak tepi eeepc dia. sekarang ni orang rumah pulak sibuk nak minta tukar notebook dia..heheehe lambatle sikit, budget dah susut.

Monday, June 22, 2009

aktiviti musim cuti sekolah


kat genting...memanah


bagi monyet makan..macam berani berani takut aje..


cikgu filzah & anaknya pantang nampak cokelat..


kat bkt melawati, kuala selangor...nabilah..kena kepit kepala dengan abah dia..


kat genting...makcik ni kalau jalan-jalan memang manja sikit..sebab nanti nak minta duit..

cuti sekolah tiba lagi...jalan-jalan cari makan ajele jawabnya.

Sunday, May 10, 2009

ROCKKKK.....JANGAN TAK ROCK!!!





Malam minggu terhebat tahun 2009 untuk aku…pergi tengok konsert SEARCH.
Mungkin ini konsert rock yang terakhir aku tengok dalam hidup aku dan mungkin ini juga concert tour SEARCH yang terakhir..dah semput Amy nyanyi lebih 15 lagu LIVE tanpa henti.

Setiap lagu yang disampaikan..seolah olah membawa aku kembali semula 20 tahun ke belakang. Lagu Isi dan kulit dah berusia lebih 20 tahun!!! Ramai jugak yang aku tengok datang dukung anak kecil, mungkin anak mungkin cucu…janji ROCK!!! Ada jugak warga emas yang berseluar londeh..janji ROCK!! Ada yang bawak bini tapi bila SEARCH start nyanyi..lepas tangan bini..dia terkinja-kinja bini duduk diam-diam...janji ROCK!!

SEARCH..GREATEST ROCK BAND IN MALAYSIA.

Aku balik rumah sambil tersengih sorang-sorang….hilang semua sakit pinggang..sakit tengkuk..semua tension mension.

Esok pagi semua sakit-sakit & tension aku akan datang semula…tapi kalau ada Konsert SEARCH lagi..semua sakit sakit ni hilang sendiri!!!

Wednesday, January 28, 2009

harapan...


apa berbagai benda yang aku harapkan tercapai dalam seminggu dua ni...

1. DAPAT PAYMENT DARI NST....AKU TENGAH SENGKEK
2. RENEW ROADTAX MPV....NAK KENA DAPAT PAYMENT DULU JUGAK
3. PERGI HOLIDAY..NAK TUNGGU PAYMENT JUGAK
4. BELI KEMEJA KERJA....TUNGGU PAYMENT LAGI
5. BELI NOTEBOOK BARU...NOTEBOOK SEKARANG NAK BAGI NABILAH
6. TUKAR TAYAR KERETA..TAYAR DAH BOTAK
7. DLL.....PDA, MAKAN-MAKAN,

nampak macam banyak jugak senarai ni tetapi sebenar hanya satu....
OOOOI BAYARLE DUIT AKU!!!!

Thursday, January 22, 2009

orang tua buang tabiat


esok hari jumaat...penghulu segala hari ini telah diistiharkan sebagai hari 'jamming' kat opis NST ni. apa benda yang dah rasuk brother-brother kat NST ni..tiba-tiba gila nak jamming.."rumah kata pergi kubur kata mari" tetapi jiwa tiba-tiba muda semula. kat opis sibuk tengok youtube draughty, david cook..nak hafal lagu, note-note muzik...

aku masih belum berkesempatan join diaorang jamming..walaupun diajak beribu kali..aku lambat sikit nak join.malas dah balik rumah nak keluar balik....tetapi pemuzik-pemuzik tua ni memang berbakat sebab dah biasa main muzik masa muda...semua lagu-lagu rock lama..deep purple, eagles, sweet charity....salah sorang brother tu nama dia hassan..so aku suruh dia orang letak nama band dia orang "MEET UNCLE HASSAN"..kelakar, kelakar.

dah 22 hari masuk tahun 2009..aku dapat rasakan bisnes awal-awal tahun ni slow sikit..mungkin sebab nak raya cina kot..orang tak belanja buat advertising...hopefully sebulan dua nanti pickup balik.

nabilah dah tingkatan 1..dia gembira dengan sekolah barunya...setelah membuat permohonan....rayuan demi rayuan di pejabat pendidikan....nabilah akhirnya mendapat tempat di sekolah "premier" di JB..kebanyakan kawan-kawan baru dia result UPSR 5A....dia 3A2B aje..hopefully dia boleh compete dengan budak-budak pandai ni.

esok rasa macam nak join jamming...tapi tengokle dulu...aku penat!!