Saturday, February 09, 2008

cuti berlalu begitu sahaja...


budak ni tak puas hati tak dapat ikut abang dia berkubang


nabilah berkubang dengan sepupu dia


cikgu filzah tengah ajar anak saudaranya cara-cara bagi rabbit makan

aku sikit frust cuti raya cina ni..tak pergi mana-mana pun, ingat nak balik ipoh tengok emak abah tapi budget short sikit. Apabila adik ipar aku dan mak mertua cakap nak balik JB..maka aku pun stop buat apa-apa plan tunggu mereka sampai dulu baru susun plan semula.

sepupu nabilah kecoh nak pergi mandi waterfall..maka kami pun bergerak menuju ke air terjun gunung pulai...hujan baru lepas turun bila sampai kat waterfall tu..air keroh..sikit..tapi bolehle berkubang sekejap.

Pergi danga bay..main games sikit, tengok rabbit, jalan-jalan, makan-makan...itu aje.

BORINGNYA CUTI...SEBORING CERITA AKU NI!!!

Tapi bila di pikir-pikirkan balik..mungkin cuti kali ini menyeronokkan bagi anak-anak saudara aku..so maybe tidaklah seteruk mana..bukan semua kegembiraan itu milik kita, mungkin ianya perlu dikongsi bersama dan kali ini mungkin giliran anak-anak saudara aku bergembira dan bukan untuk aku..lain kali mungkin giliran aku pula!!

SYOKNYA CUTI..UNTUK ANAK-ANAK SAUDARA AKU!!!

3 comments:

HLiza said...

Okaylah tu..kami ni pi makan Sushi King aje..tu pun kena jeling sebab kat luar tu beratur ramai tunggu kami habis makan. Baik tak balik Ipoh..sesaknya macam kat Mekah. Nyesal rasanya keluar rumah.

Harajuku PearL said...

Boleh lah kan...layan anak anak buah pun best jugak kan...Minggu ni cuti raya cina anak sedara Pato yang si abang tunang..next weekend si adik pulak...Orang cuti raya cina sibuk collect ang pao and makan limau..kita sibuk carik riben, bunga dan benda benda yang sewaktu dengannya nak buat gubahan dulang pulak........Hmm buat agar agar bentuk tikus boleh tak???...

Pearl

Anonymous said...

tak nak try bela hamster? best tau...letak kat meja pejabat...boring2 tegoklah hamster tu melompat. Beli yang sepasang lagi best..tegok diorang bergurau senda, mesti hidup ni tak rasa bosan lansung.