Tuesday, October 30, 2007

missed calls....


abah..50 tahun dahulu..

kebelakangan aku terima banyak missed calls kat mobile aku, dan missed call ni aku tahu dari siapa..abah aku! untuk seseorang yang berumur 75 tahun mendapat handphone buat pertama kali dalam hidup dia..sudah pasti handphone tu macam teman baru bagi dia..maka handphone tu tak lekang dalam pegangan dia..tekan sana tekan sini..nak explore!!

nombor yang ada dalam handphone abah aku..hanya no aku dan abang-abang aku dan adik aku..semalam buat pertama kali aku dapat SMS dari abah aku..tapi kandungannya empty! aku call dia semula tanya apahal, dia ketawa aje.."saje nak tak tanya kabor" katanye sambil ketawa kecil..dia kata dia gembira sejak ada handphone sendiri..boleh call anak-anak dia selalu. Semasa arwah adik aku masih ada, abah tak perlu handphone sebab adik aku tukang jawab handphone untuk dia.

aku lega sebab abah gembira sekarang..aku cakap aku nak pindah rumah tak lama lagi..dia excited nak datang..dia kata dia "nak duduk seminggu kat rumah adan"..rumah abang-abang aku yang lain dia nak duduk sehari aje..aku suruh dia duduk seberapa lama yang dia mahu..dia senyum aje.

aku dapat rasakan..esok mungkin ada missed call lagi..

panjang umur abah..SMS dia masuk handset aku lagi!!! dah dekat pukul 12 mlm ni! adios!! nak call abah kejap.

3 comments:

HLiza said...

Seronotnye tengok mak bapa kita seronok. Bolehlah SMS dia selalu..Handsome gak dia masa muda ye..

Anonymous said...

seronok, mmg seronok, kalu kita tengok orang yang kita sayang ni bahagia

comel said...

Tokwan dulu handsome sekarangpun handsome jugak...