seminggu tak buat apa-apa, makan tido makan tido makan tido. aku dah sound siang-siang kat boss nstp..aku tak akan tengok email aku sehinggalah hari isnin..22hb okt.jadi tak ada gunanya emailkan aku apa-apa kerja..sebab aku tak akan buat apa-apa.
hari raya dah berlalu..ada duka dan suka..tak kisah apa berlaku yang penting emak happy. ITU YANG PALING PENTING. abah memang sentiasa happy! tambah happy bila aku dan abang-abang aku belikan dia handphone baru. asyik telefon anak-anak dia aje..baru sebentar tadi dia call aku lagi..nak tanya apa kabor.
aku tidor di KL on the way balik johor, jalan-jalan kat ikea..sambil-sambil cari idea nak design rumah macam mana. macam-macam nak buat...tapi pulus ada sikit short..buat mana yang penting dulu..dapur, grill, lampu dan seterusnya perlahan-perlahan...cuti sekolah mungkin pindah!!
esok kerja...ahhhh tension gua!
4 comments:
Oh lamanya tak pegi Ikea..bolehlah pegi 1 Nov ni, kebetulan ada meeting..bukan beli apa pun..saja lepas stress. Ni pun tengah stress ni sebab esok kerja,oh tidak!
selamat hari raya.maaf zahir batin.ni pun tengah sibuk dengan exam. lepas raye terus exam.
monday blues, kan best setiap hari adalah cuti, tp tiap2 hari dpt gaji...fuhhh...tu bahaya kan, drug dealer pun kena keje...huhu
stress ...ada orang gelabah dengan stress..ada orang senyum bila stress..ada orang hari-hari stress..
tapi stress yang gerakkan kita..
kita juga yang buat stress tu..
Post a Comment