Friday, August 25, 2006

hati abah remuk


2 bulan yang lepas..adik bongsuku meninggal dunia..adik bongsu aku ini adalah buah hati pengarang jantung kepada abah..apabila abah pencen dari kerja gomennya..adik bongsuku lahir kedunia..maka dia adalah teman abah di rumah menghabiskan sisa-sisa hari tuanye..selama 17 tahun abah menatangnya seperti minyak yang penuh..pemergian adikku telah meragut segala kegembiraan dan ketawa riang dari orang tuaku..lebih dari sebulan abah tidak menjamah apa-apa makanan..keadaan tersebut menyebabkan abah hilang segala tenaga dan kekuatan untuk melakukan apa-apa..abah hilang semangat untuk hidup..abah sering berkata adikku bertukar nyawa dengannya kerana terlalu menyayangi diri abah..airmata abah masih menitis setiap kali nama adikku disebut...aku dan abang-abangku sering pulang menjenguk abah walaupun kami jauh beratus batu dari abah..sedikit demi sedikit abah mula memahami bahawa masih ada anak-anaknya yang menyayangi diri abah..kini abah sudah mula mahu menjamah makanan dan beransur sihat....alhamdulillah

1 comment:

abe jol said...

kekadang kita lupa bagaimana orang tua kita berkorban..bila sampai masa kita..baru kita tau ..dan masa itu kita jadi makin sayang pada mereka..