Thursday, January 22, 2009

orang tua buang tabiat


esok hari jumaat...penghulu segala hari ini telah diistiharkan sebagai hari 'jamming' kat opis NST ni. apa benda yang dah rasuk brother-brother kat NST ni..tiba-tiba gila nak jamming.."rumah kata pergi kubur kata mari" tetapi jiwa tiba-tiba muda semula. kat opis sibuk tengok youtube draughty, david cook..nak hafal lagu, note-note muzik...

aku masih belum berkesempatan join diaorang jamming..walaupun diajak beribu kali..aku lambat sikit nak join.malas dah balik rumah nak keluar balik....tetapi pemuzik-pemuzik tua ni memang berbakat sebab dah biasa main muzik masa muda...semua lagu-lagu rock lama..deep purple, eagles, sweet charity....salah sorang brother tu nama dia hassan..so aku suruh dia orang letak nama band dia orang "MEET UNCLE HASSAN"..kelakar, kelakar.

dah 22 hari masuk tahun 2009..aku dapat rasakan bisnes awal-awal tahun ni slow sikit..mungkin sebab nak raya cina kot..orang tak belanja buat advertising...hopefully sebulan dua nanti pickup balik.

nabilah dah tingkatan 1..dia gembira dengan sekolah barunya...setelah membuat permohonan....rayuan demi rayuan di pejabat pendidikan....nabilah akhirnya mendapat tempat di sekolah "premier" di JB..kebanyakan kawan-kawan baru dia result UPSR 5A....dia 3A2B aje..hopefully dia boleh compete dengan budak-budak pandai ni.

esok rasa macam nak join jamming...tapi tengokle dulu...aku penat!!

2 comments:

HLiza said...

Biasanya macam tulah..lagi tua lagi nak buat benda2 merepek..he he he. Jamming tu kira okay lagi..nak join jgnle malu2..

Anonymous said...

nabila masuk SIGS ye? perh okaylah tu..