Wednesday, June 27, 2007
macam mana nak tidor ni
jam dah pukul 2 suku pagi lebih sikit, aku baru settle buat kerja-kerja aku..masalahnya sekarang ialah aku baru aje pekena satu tin red bull..jadi bijik mata ni dah terbeliak tak boleh tidur..ingat nak tengok TV..tapi takde yang interesting.
Besok pagi-pagi buta aku nak pegi income tax..ahh tension takleh tidur tapi nasib baik aku baru beli kaset SEARCH tadi..lagu-lagu lama diaorang..syok jugak layan kepala. Aku masih ada 2, 3 kerja lagi tapi deadline lama lagi..biarla dulu, buat kerja last-last minute ni lagi thrill..kelam kabut semacam tapi quality still maintain..nanti client merajuk!!
Ok gua nak pegi try test tengok..pejam mata sekali lagi..kalau boleh..gua tidurleee..zzzzzzzzzzzzz
Sunday, June 24, 2007
rumah vs kereta
yahhoooo..kereta gua dah cat..selepas sepuluh bulan gua memandu kereta proton waja bertempel simen merah, akibat dicium tanpa izin oleh bas kilang..sejak seminggu lebih yang lepas..kereta gua dah cun semula. Aku cat kereta warna hitam..macam perdana V6..kawang-kawang semua kata cun..macam keta baru. La ni aku tengah plan nak masuk sport rim pulak..lepas tu nak tukar seat pulak..lepas tu nak tinted pulak..lepas tu dok termenung duit habis..kwangkwangkwang..
Minggu lepas aku dah buat appointment dengan cina tayar..nak tukar sport rim..17" punya, selepas aku pulang dari kedai tayar..aku pergi tengok rumah yang aku beli kat kempas tu..sambil-sambil berbual dengan orang finance developer tu..dia orang kata masa nak ambil kunci rumah bulan sembilan nanti..ada interest 2-3 ribu ringgit nak kena bayar, alamak itu budget sport rim aku tu..dengan fikiran bercelaru aku melangkah pulang sambil berkata..rumah lebih penting..sport rim boleh tunggu..so terbelangkailah sport rim aku..takpe bulan depan gua return semula kedai sport rim!!!
Baru tadi aku & keluarga jalan-jalan tengok lampu untuk rumah baru...mahu telan 2-3 ribu lagi duit aku ni, gone my car leather seat budget..aku angguk aje mana-mana lampu yang orang rumah aku suka..pastu tengok dapur pulak..phewwww..confirm habih semua budget modified kereta gua ni!!!..
Buat masa ini aku mengerti...rumah lebih penting dari waja gua..tapi bila dah settle semua esok...kereta ku akan kubikin segalanyaaaa...susah-susah sangat aku beli aje BMW 3 series secondhand...lagi pokai guaaaaa...hheheheehheeee..orang rumah aku takleh komplain sgt sebab aku dah belikan dia kereta besor..
Subscribe to:
Posts (Atom)