Tuesday, May 08, 2007

berhabuk blog gua..

laa..dah bersawang blog gua...dah naik berhabuk blog ni..maklumle dah lama tak jenguk, asyik memerhatikan dari jauh aje.
Tak banyak perkara yang menarik berlaku untuk diceritakan dalam blog ini. Hampir 50 hari tak menulis kat blog aku ni. Kebanyakkan masa terluang..terutama weekend, aku & keluarga pergi menonton wayang aje..sekarang ni pun tengah banyak cerita-cerita menarik kat panggung. Terbaru spiderman 3..hujung bulan nanti Pirates of the Caribbean pulak..best tu..

Kerja-kerja aku berjalan lancar, walaupun ada selisih faham sana sini, itu normal...masalah bil aku juga dah selesai..client setuju nak bayar..walaupun ada rugi sikit..baik ada dari takde..

Hujung bulan mei..emak nak pergi umrah dengan abang aku yang kat johor ni..dengan isteri dan anak dia yang dapat 12A masa SPM baru-baru ini.. abang aku happy anak dia keluar surat khabar..among top student sekolah dia! aku pokai sikit sebab anak saudara aku ni minta ganjaran RM ratus-ratus dari aku..aku bagi aje. Anak-anak abang aku yang lain mungkin duduk dgn aku sementara emak ayah diaorang takde.

Abah juga sempat datang ke JB semasa konvokesyen adik perempuan aku kat UTM skudai, sempat bawa abah pusing-pusing JB sekejap..Alhamdulillah abah dah makin sihat..dah boleh travel.

Cuti sekolah hujung bulan mei pun dah hampir tiba..mungkin balik ipoh mungkin tak..emak takde, mungkin balik tengok abah dan ziarah adik orang rumah aku yang baru tambah ahli keluarga.

Dah bersih sikit blog aku....sempat singgah sekejap.

4 comments:

HLiza said...

Eee bestnye dapat byk tengok wayang. Dah ada baby ni tak dapek le den nak tengok wayang lagi. Nanti dtg jelapang jangan tak datang!

Anonymous said...

woooooooooooooo...mmmmmmmmmmg berhabuk dah blog nih, nasiblah tak dilupakan oleh tuannya, waaaa bestnya dpt tgok wayang, tgoklah citer "jgn pndg belakang"..haha. Tak sabarlah nk pindah melaka...

panjang langkah said...

dah besawang takpe..ni gua punya blog dah tak boleh guna lagi..lagi haru..kena buat baru..

Harajuku PearL said...

tak pe, biar blog berabuk tapi ingat pada blog tetap ada..haha boleh gitu...Spiderman best, Pirates of C tu kalau tak tengok Part 1 definitely will go blur...

P&P