Monday, September 05, 2011

raya datang lagi! versi 2011

Hari raya tahun ini disambut sederhana tetapi meriah. Raya pertama kat rumah mertua dan menziarahi saudara mara kat Batu Pahat. Raya kedua balik ipoh, meriah sebab 2 orang abang aku pun baru tiba dari kampung isteri masing-masing, bukan mudah untuk kami bertiga berjumpa serentak. Abang sulong aku yang kena stroke pun nampak sihat walaupun slow sikit. Abah emak nampak sihat dan gembira. Anak-anak saudara semua happy aje...bawa abah ziarah kubur di Taiping, pastu pekena mee udang kat kuala sepetang...abah ceria bercerita zaman kanak-kanak dia kat kuala sepetang (port weld), berjalan kaki dari matang ke port weld...jauh tu!!, walaupun cerita tu dah berulang kali abah cerita tapi kami bertiga layan aje, kasi abah happy. Overall raya tahun ni ceria dan meriah!


blue hari raya..


gambar keluarga pertama, selepas 49 tahun abang sulong aku dilahirkan


atok sedang melayan cucu cucunya..


hari raya cara lama..


anak anak abah dah tua...semua pakai jeans! aidil fitri western style!