Thursday, August 25, 2011
Friday, August 12, 2011
merah & marah..
orang rumah dengan sofa barunya..merah
nabilah dengan ipad barunya..cover merah
lilo dengan renungan marahnya..pasal tak belikan dia apa-apa
Aku pun tak beli apa-apa untuk raya ni macam lilo jugak, cuma sepasang baju melayu aje..itu memang standard, dapat baju melayu baru sepasang kira oklah untuk aku. Tahun ni raya JB dulu..dah masuk 4 5 tahun aku raya JB dulu..kesian kat orang rumah, kalau aku raya ipoh dulu..mesti lama sebab jauh dan jarang balik, nanti bila balik JB semula adik beradik dia dah takde..mood raya pun dah kurang..so aku selalu raya kat JB dulu..bagi dia happy sikit...nabilah pun suka collect duit raya dengan pakcik & makcik dia.
Dah masuk 12 hari berpuasa...terawih masih ok, setakat ini masih boleh buat..alhamdulillah..hujung minggu buat bubur lambuk kat surau pastu sedekah kat orang ramai, itu aktiviti paling best, bila tengok orang datang ambil bubur lambuk..semua senyum aje ambil bubur free..
Esok hari sabtu..nak pergi cari tudung dengan kasut raya nabilah, nak cari makanan atau tempat berbuka best best sikit sebab esok birthday orang rumah.
Menghitung hari nak raya....dengar lagu raya paling best masa ni!
SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
pada sesiapa yang baca blog ni.
MAAF & AMPUN DIPINTA, HALALKAN MAKAN MINUM...
Subscribe to:
Posts (Atom)