Thursday, December 31, 2009

2009..memilukan

Tahun 2009 berjalan lancar..hinggalah ke minggu yang terakhir. Abang sulung aku di kedah di serang stroke.. berderai airmata aku bila adik aku telefon dan kemudian abang aku cuba bercakap dengan aku tetapi satu pun tuturnya aku tak faham. Selepas subuh aku ke Kedah bersama adik ipar aku..ambil abah aku di Ipoh. Menitis air mata abang aku bila aku dan abah sampai di hospital..tubuh tak boleh bergerak..bertutur sukar..abah aku memeluk erat abang aku. Kini dah 4 hari berlalu..keadaannya semakin pulih..dan kami sekeluarga yakin dia akan pulih sepenuhnya.

Satu malam aku kat Kedah..kemudian berpatah balik semula ke JB kerana orang rumah aku juga di hospital, aku terus ke hospital pukul 2 pagi bertemu dengan doktornya untuk taklimat rapi..semalam dia selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dalam perutnya..lebih 6 jam dia berada dalam bilik pembedahan..keadaannya semakin pulih tetapi sedikit demam. Pembedahan itu sukar kata doktornya kerana ketumbuhan itu telah membesar dan membiak serta mengancam rahimnya...isteri aku masih lemah tapi mengenali isteri aku lebih 24 tahun..dia seorang yang kuat. Tak semua ahli keluarga terdekat mengetahui penyakitnya dan pembedahan ini, mungkin dia tak mahu keluarganya risau. Aku lega pembedahan ini selesai..kerana aku tak sanggup melihat dia sering menitis air mata menahan sakit.

Doa tahun 2010....Isteriku tak menangis lagi dan abang aku boleh berjalan semula seperti biasa...Amin