Monday, August 13, 2007
netball...
barian pemain...
bersama pingat kemenangan
nombor 3...itulah tempat yang diduduki oleh nabilah & rakan-rakannya dalam pertandingan netball bawah 12 tahun..inter-school yang tamat semalam, not bad for a team yang practice hanya sebulan sahaja..cikgu dia cakap semua player itu akan dikekalkan untuk next year..hopefully nabilah akan terus main netball ni sebab nampak dia ada jugak bakat untuk main game ini.
Abah & mama nabilah tak miss satu game pun yang dia main..dan mamanya menjerit di tepi padang lebih kuat daripada cikgu dia!!
Thursday, August 02, 2007
mat rempit
KL office hantar seorang kolej student untuk buat praktikal di JB office. Boss JB office letak mamat ni dibawah supervision aku..walaupun aku bukan staff di office itu, mereka minta aku tolong tunjuk ajarkan apa-apa yang patut kat mamat ni.
Aku tengok lengan mamat ni penuh dengan parut-parut..
aku : mana dapat parut tu?
mamat : race!
aku : haram ke halal?
mamat : dua-dua!
aku : mat rempit?
mamat : ya!
aku : banyak menang race?
mamat : banyak!
mat rempit rupas-rupanya budak praktikal ni..keluarga dia hantar dia study untuk menjauhkan dia dari dunia rempit..tapi budak ini sangat berbakat dalam dunia racing motor ni, kadang-kadang dia dibayar untuk perlumbaan sebenar di litar-litar lumba.
aku : banyak dapat duit?
mamat : dah simpan hampir 30 ribu hasil lumba!
aku : banyak tu..kenapa tak terus lumba..profesional..betul-betul!
mamat : tengah tunggu offer dari petronas.
aku : kalau dapat pergi ke?
mamat : kakak tak bagi..
Dah hampir 2 minggu dia kat Office JB ni..creativity dia agak kurang sikit, tapi aku tak ambil port sangat sebab dia baru sangat..first time dia rasa pengalaman bekerja, macam aku jugak dulu ..aku tak tahu samada dia minat atau tak dalam bidang design ni, sebab selalunya budak design ni memang semulajadi berbakat.
Kebanyakan artwork & design yang dia buat, client reject..kadang-kadang kesian jugak aku tengok muka dia bila kerja-kerja dia kena reject. Untuk tidak mematahkan semangat dia..aku suruh dia buat original design tapi aku touch up sikit bagi cun lagi, at least dia boleh rasa bangga sebab itu idea asal dia.
Aku dapat rasakan dia tak akan kekal lama dalam bidang design ini, dengan bakat yang terhad dan minat yang mendalam dalam sukan motor..aku pasti dia kan buat sesuatu yang berkaitan dengan motor jugak..mungkin buka bengkel atau jadi racer.
Apa-apa pun dalam masa 6 bulan dia praktikal ni..aku nak bekalkan dia sedikit ilmu untuk bekalan dia balik kolej semula nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)