Tuesday, April 12, 2011

Friday, February 18, 2011

silat


kalau berani..masuk le

mamat ni kalau ajak gua gaduh...nak kena bawa 5-6 kawan jugak baru boleh fight!! hehehe

aktiviti hujung minggu


buah hati pengarang jantung


danga bay..

jalan-jalan kat JB..tak ada apa nak buat!

Sunday, February 13, 2011

suka hati gua la....



kerje takde..suka hati akule nak buat apa....

Tuesday, February 08, 2011

apa nak jadi...


kalau ada pokok getah..boleh jugak menoreh

Monday, January 31, 2011

koroje tak mandang...makan limau free aje


bisnes takde..baik aku tido..

gong xi fa cai = bisnis stop, 2, 3 minggu jugak nak recover ni...
hujan tak henti-henti = banjir sana sini


gangster-gangster kg pisang

Kawan-kawan sekolah aku buat small reunion masa raya cina ni kat ipoh..ramai yang balik ipoh raya cina ni, frust betul aku tak dapat join, dah dekat 30 tahun tak jumpa member member aku ni...dalam perancangan nak buat reunion mega, harap harap jadile.
Aku hairan macam mana kawan kawan aku banyak yang jadi orang...jadi inspektor polis ramai, doktor, pengarah sana sini, engineer, lawyer, duta, businessman berjaya, yang jadi tok imam pun ada....padahal semuanya kaki-kaki ponteng kelas dengan aku, tak pernah bawak buku pergi sekolah..asyik main bola aje!! (beg sekolah yg tergantung kat tengkuk aku tu mana ada buku...yang pastinya kebanyakkan beg kawan-kawan aku penuh dengan lukisan aku)
Allah maha berkuasa!!

Sunday, January 23, 2011

aku perlu melukis....


It may look a mess but you don’t understand my system

dah lama aku tak melukis..cukup sekadar menconteng tah apa apa kat atas kertas dah cukup bahagia bagi aku...aku ada masalah kalau tangan aku tak melukis..aku perlu melukis untuk mengecas semula diri aku yang penat ini...kat opis tak sempat nak lukis apa-apa....nasib baik kat meja aku di opis tu penuh dengan conteng conteng aku..semua itu terapi terbaik untuk aku..
aku suka photography..sebab masa aku belajar grafik dulu..ada kelas photography dan teknik cuci gambar dalam darkroom ..tetapi zaman digital ni mana ada org pakai darkroom lagi..kat facebook ada byk photographer group..foto-foto menarik, aku nak join org-org macam ini..tapi minat melukis aku lebih tebal dari photography!!
esok lusa nak curi-curi masa melukis...lantakle lukis apa pun

Wednesday, December 22, 2010

perjalanan...



aku banyak melakukan perjalanan sepanjang bulan disember ini..
aku ke putrajaya untuk meyelesaikan masalah kerja isteri aku..masalah itu selesai..good.
aku ke universal studios singapore untuk menemani keluarga adik perempuan aku..ok jugak trip ini
aku ke desaru..juga kerana adik aku nak ke sana..dia tak pernah sampai..ok jugak
aku ke melaka..menziarahi bapa mertua yang tak sihat...perjalanan ini mungkin lebih bermakna kalau bapa mertua aku sihat wal afiat..mungkin boleh bersembang dgn lebih ceria..tapi aku yakin bapa mertua aku akan sihat semula..cuma masa akan menentukannya..
lusa aku akan ke terengganu..untuk majlis akad nikah & perkahwinan adik isteri aku....mungkin lebih meriah kalau bapa isteri aku turut serta ke terengganu...tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..
minggu depan ke melaka lagi untuk majlis perkahwinan adik ipar aku kat melaka..aku berharap bapa isteri aku cukup sihat untuk hadir ke majlis ini..

perjalanan-perjalanan ini banyak mengajar aku tentang kehidupan, kekeluargaan & kasih sayang..

Monday, December 13, 2010

saat yang memilukan setiap kali nak travel..



kucing anak aku ni macam tau-tau bila nak kena tinggal lama-lama kat hostel kucing..kesian dia.."NAK IKUT, NAK IKUT" mungkin itu yang lilo kata setiap kali tengok nabilah bersiap..

Saturday, December 11, 2010

aktiviti cuti sekolah...setakat ini


hutan bandar, jb


universal studios, singapore..org rumah bila ambil gambor..


far far away castle, universal studios, singapore


puss in the boots..


universal studios, singapore


universal studios, singapore


universal studios, singapore


universal studios, singapore


universal studios, singapore




universal studios, singapore


jangan pandang belakang, sebana cove


sebana cove, desaru, johor


batu layar, desaru, johor


batu layar, desaru, johor


danga bay, jb


chor kue teow, chow kit, KL


chow kit, KL

Wednesday, June 16, 2010

pergi beijing...


lepak...


dalam flight balik..lepak & pokai


kat great wall of china


yahooo..dah climb great wall..berlagak aje lebih!!


menyentuh bumbung menara great wall


makcik tu nak ketuk kepala suami dia


summer palace beijing


summer palace beijing


dengan gitar steve vai..rock tuu..muka kena bengis sikit!!!


sibuk menolong org china tu buat tilam silk


pening kepala makcik tu pilih jade


hard rock cafe beijing


calligraphic air


birdnest stadium


forbidden city


tiananmen square

orang rumah ngan anak nak pergi holiday overseas..so berangkatlah aku satu keluarga ke Beijing, China.
Bandar Beijing menarik dan penuh sejarah yang berusia beribu tahun...barang-barang tidak semurah yang disangka, macam Malaysia jugak..tapi orang-orang kat Beijing tak friendly langsung, peniaga-peniaga semuanya macam gangster..macam ugut suruh beli barang dia aje..sebijik macam kat petaling street.

overall..Beijing best..orang rumah dah suruh simpan duit untuk pergi holiday lagi tahun depan....pokai akuuu

Wednesday, April 21, 2010

layan faizal tahir



hari ni layan konsert faizal tahir...minggu setiausaha punya show, happy semua makcik-makcik dan setiusaha-setiausaha yang dapat bergambar & bersalam dengan faizal tahir, aku dapat last minute invitation dari promoter...nak beli tiket mahal..RM350...so dapat tengok show free..aku pun layan aje.

konsert hebat..tapi masih tak cukup gagah kalau nak comparekan dengan konsert search & black dog bone..aku tgh tunggu konsert ramli sarip dalam masa terdekat ni.

sayang konsert double trouble search & wings kat kl..kalau tak sure layan punya!!!

Thursday, December 31, 2009

2009..memilukan

Tahun 2009 berjalan lancar..hinggalah ke minggu yang terakhir. Abang sulung aku di kedah di serang stroke.. berderai airmata aku bila adik aku telefon dan kemudian abang aku cuba bercakap dengan aku tetapi satu pun tuturnya aku tak faham. Selepas subuh aku ke Kedah bersama adik ipar aku..ambil abah aku di Ipoh. Menitis air mata abang aku bila aku dan abah sampai di hospital..tubuh tak boleh bergerak..bertutur sukar..abah aku memeluk erat abang aku. Kini dah 4 hari berlalu..keadaannya semakin pulih..dan kami sekeluarga yakin dia akan pulih sepenuhnya.

Satu malam aku kat Kedah..kemudian berpatah balik semula ke JB kerana orang rumah aku juga di hospital, aku terus ke hospital pukul 2 pagi bertemu dengan doktornya untuk taklimat rapi..semalam dia selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dalam perutnya..lebih 6 jam dia berada dalam bilik pembedahan..keadaannya semakin pulih tetapi sedikit demam. Pembedahan itu sukar kata doktornya kerana ketumbuhan itu telah membesar dan membiak serta mengancam rahimnya...isteri aku masih lemah tapi mengenali isteri aku lebih 24 tahun..dia seorang yang kuat. Tak semua ahli keluarga terdekat mengetahui penyakitnya dan pembedahan ini, mungkin dia tak mahu keluarganya risau. Aku lega pembedahan ini selesai..kerana aku tak sanggup melihat dia sering menitis air mata menahan sakit.

Doa tahun 2010....Isteriku tak menangis lagi dan abang aku boleh berjalan semula seperti biasa...Amin

Wednesday, November 04, 2009

konsert malam kenangan black dog bone


black dog bone live.....gempak


jatt..vokalis BDB..masih hebat!!


opening act..jay-jay

pergi layan konsert black dog bone anak beranak..nabilah komplain kenapa tak ada konsert bunkface ke hujan ke..ini konsert orang tua katanye.

orang rumah aku nampak enjoy konsert ini..siap beli kaset & bergambar dengan jatt lagi...dan nabilah pun enjoy jugak konsert tu..ajak balik tak mahu...nak tengok sampai habis. suara jatt masih hebat lagi walaupun menyanyikan lebih 25 lagu...tak pancit langsung.

bulan depan ada konsert khatijah ibrahim & ramli sarip...nak layan ke tak nak ni?

Friday, October 30, 2009

lagu paling best aku dengar



candy by paolo nutini....gempak habis..incredible, just incredible, stress killer no 1 for me!!

Wednesday, October 21, 2009

meraban


main event open house...makan sampai kenyang


staff nstp....target tak hit lagi..enjoy gila-gila


boss nstp yang pegang mikropon tu..tgh syok karaoke

semalam NSTP buat open house raya, bulan syawal dah habis..tapi masih raya lagi. ramai client-client nstp yang datang sampai tak cukup meja, aku tak pakai baju melayu seperti yang disarankan oleh NSTP kat aku..aku cakap aku tak mahu datang, tapi boss NSTP insist jugak..so aku datang ikut dress code aku sendiri tapi takle selekeh sangat.

open house ni..hanya best apabila semua tetamu dah balik..yang tinggal hanya staff NSTP aje, baru semua boleh enjoy..berkaraoke macam orang tak sedar diri. aku tengok aje, takut nak nyanyi.

pagi ni semua komplen makanan tak cukup..so pagi-pagi boss NSTP belanja semua orang breakfast.

aku dengar ura-ura NSTP nak offer aku sebagai permanent staff, boss design studio KL sound kat aku malam tadi, tapi aku angguk aje tanpa beri jawapan apa-apa. aku mungkin hilang separuh daripada income aku sekarang kalau aku join NSTP tapi benefit kow-kow punya..mungkin selepas Media Prima takeover selesai nanti aku akan tahu hala tuju karier aku.