aku breakfast bersama seorang sahabat pagi ni...dia dah kerja hampir 15 tahun dalam company yang sama, "Aku tak ada cita-cita nak naik pangkat, aku tak kisah semua itu" itu katanya pada aku..aku diam aje bila dengan dia cakap macam tu.."aku tak mahu..nanti nak kena pergi meeting sana-sini' sambungnya lagi. Aku diam lagi, sambil berfikir..bukankah naik pangkat tu bagus..dapat lebih duit..untuk dia untuk keluarga dan mungkin untuk orang lain jugak.
Macam mana seorang bapa membuktikan kasih sayang pada anak-anaknya...perlukah berada di sisi anaknya setiap masa walaupun serba kekurangan atau menyediakan segala kemudahan untuk anak-anak tapi masa bersama mereka..terhad.
aku masih tengah dok berfikir ni...betulkah tindakan yang kawan aku buat ni? adakah dia pentingkan diri sendiri atau pentingkan keluarganya?
Wednesday, February 13, 2008
Monday, February 11, 2008
I dont work during holiday....

A salesperson decided not to answer or make any call during CNY break. One day before the long break arrive this salesperson got a phone call from one client ready to spend big money on advertisement…more than 30k. She can’t close the deal before the holiday because the client needs an approval from the big boss, on the way down from hongkong. The client did remind the salesperson to call on her on Thursday..the Chinese New Year day.
She decided not to call the client on the CNY day because she want to enjoy her holiday and don’t want to do any dealing during this holiday period. This client (Chinese gal) doesn’t mind doing business during CNY day. When nobody calls and another alternative came along, this client decided to go for it and close the deal with another person from another company…who don’t have problem working during holidays.
Monday..everybody was very surprise with the lost account. because everything was ready and in order..I already did the artwork for the client, although it was a last minute design but the client seems happy with the design. The other company make more than 40k from this client. Salesperson in charge of this account doesn’t say much because she knew it was her mistake the company lost the deal. Luckily the boss in very good mood and considering her young age and lack of experience so no ‘maki hamun’ for her.
I wonder why she did not make the call during her holiday. The call probably takes about 10 minutes from her 96 hours break. With all the technology..handphone..internet…email..still it takes a person to make something happen.
I’m a bit upset because I did everything I could for her..all the last minute work for nothing but I think she learn a lot from this experience. I always work during holiday because I need to put food on my table everyday.
Saturday, February 09, 2008
cuti berlalu begitu sahaja...

budak ni tak puas hati tak dapat ikut abang dia berkubang

nabilah berkubang dengan sepupu dia

cikgu filzah tengah ajar anak saudaranya cara-cara bagi rabbit makan
aku sikit frust cuti raya cina ni..tak pergi mana-mana pun, ingat nak balik ipoh tengok emak abah tapi budget short sikit. Apabila adik ipar aku dan mak mertua cakap nak balik JB..maka aku pun stop buat apa-apa plan tunggu mereka sampai dulu baru susun plan semula.
sepupu nabilah kecoh nak pergi mandi waterfall..maka kami pun bergerak menuju ke air terjun gunung pulai...hujan baru lepas turun bila sampai kat waterfall tu..air keroh..sikit..tapi bolehle berkubang sekejap.
Pergi danga bay..main games sikit, tengok rabbit, jalan-jalan, makan-makan...itu aje.
BORINGNYA CUTI...SEBORING CERITA AKU NI!!!
Tapi bila di pikir-pikirkan balik..mungkin cuti kali ini menyeronokkan bagi anak-anak saudara aku..so maybe tidaklah seteruk mana..bukan semua kegembiraan itu milik kita, mungkin ianya perlu dikongsi bersama dan kali ini mungkin giliran anak-anak saudara aku bergembira dan bukan untuk aku..lain kali mungkin giliran aku pula!!
SYOKNYA CUTI..UNTUK ANAK-ANAK SAUDARA AKU!!!
Tuesday, January 29, 2008
Setelah sebulan di tahun 2008

banyaknye homework..baik tidor kejap

takde kerja kosong pun..boring sekolah
Tahun 2008 dah hampir berusia sebulan. Aku bersyukur dengan perubahan yang berlaku pada tahun ini, antaranya berpindah ke rumah baru..rumah besar tapi duduk 4 orang aje..aku, isteri, nabilah dan adik ipar sorang..penat naik turun tangga..rumah pun masih kosong lagi, sofa takde, meja makan takde..macam-macam takde.
Business masih macam tu jugak..NSTP extend kontrak company aku..so boleh cari makan lagi kat situ..aku dapat banyak offer untuk buat kerja sana sini..tapi priority aku kat NSTP..so aku pejam mata aje kat offer tu..tak perlu tamak, yang penting aku nak slow down sikit tahun ni..badan dah sakit-sakit.
Thursday, November 29, 2007
Tuesday, November 27, 2007
missing...
Saturday, November 17, 2007
dah sembuh...sekejap
Wednesday, November 14, 2007
Thursday, November 08, 2007
aku perlu holiday..

spending the whole day..well almost..mengadap komputer aku..plenty need to be done..banyak kerja yang dihantar melalui email, kalau aku buat dunno aje email aku..sure hari ini aku akan lebih gembira. Aku tahu kalau aku check email aku sure ada kerja yang dihantar oleh client aku.
Nabilah tak happy sebab tak jalan-jalan mana-mana, mama dia tak happy sebab tak dapat pergi tengok rumah baru. Aku tak happy jugak tapi apa pilihan yang aku ada, kalau aku tak siapkan sekarang..nanti weekend nak kena buat jugak!!
aku mengidam untuk pergi holiday..next payment aku dapat (sekarang tengah pokai) aku nak pergi holiday..tidur semalam kat mana-mana hotel pun jadilah..dapat holiday dekat-dekat pun jadilah..kepala tengah pening.
hopefully next week dapat payment.
hantu kerja kat belakang aku tu bila nak belah!!
Tuesday, October 30, 2007
missed calls....

abah..50 tahun dahulu..
kebelakangan aku terima banyak missed calls kat mobile aku, dan missed call ni aku tahu dari siapa..abah aku! untuk seseorang yang berumur 75 tahun mendapat handphone buat pertama kali dalam hidup dia..sudah pasti handphone tu macam teman baru bagi dia..maka handphone tu tak lekang dalam pegangan dia..tekan sana tekan sini..nak explore!!
nombor yang ada dalam handphone abah aku..hanya no aku dan abang-abang aku dan adik aku..semalam buat pertama kali aku dapat SMS dari abah aku..tapi kandungannya empty! aku call dia semula tanya apahal, dia ketawa aje.."saje nak tak tanya kabor" katanye sambil ketawa kecil..dia kata dia gembira sejak ada handphone sendiri..boleh call anak-anak dia selalu. Semasa arwah adik aku masih ada, abah tak perlu handphone sebab adik aku tukang jawab handphone untuk dia.
aku lega sebab abah gembira sekarang..aku cakap aku nak pindah rumah tak lama lagi..dia excited nak datang..dia kata dia "nak duduk seminggu kat rumah adan"..rumah abang-abang aku yang lain dia nak duduk sehari aje..aku suruh dia duduk seberapa lama yang dia mahu..dia senyum aje.
aku dapat rasakan..esok mungkin ada missed call lagi..
panjang umur abah..SMS dia masuk handset aku lagi!!! dah dekat pukul 12 mlm ni! adios!! nak call abah kejap.
Sunday, October 21, 2007
esok kerja..
seminggu tak buat apa-apa, makan tido makan tido makan tido. aku dah sound siang-siang kat boss nstp..aku tak akan tengok email aku sehinggalah hari isnin..22hb okt.jadi tak ada gunanya emailkan aku apa-apa kerja..sebab aku tak akan buat apa-apa.
hari raya dah berlalu..ada duka dan suka..tak kisah apa berlaku yang penting emak happy. ITU YANG PALING PENTING. abah memang sentiasa happy! tambah happy bila aku dan abang-abang aku belikan dia handphone baru. asyik telefon anak-anak dia aje..baru sebentar tadi dia call aku lagi..nak tanya apa kabor.
aku tidor di KL on the way balik johor, jalan-jalan kat ikea..sambil-sambil cari idea nak design rumah macam mana. macam-macam nak buat...tapi pulus ada sikit short..buat mana yang penting dulu..dapur, grill, lampu dan seterusnya perlahan-perlahan...cuti sekolah mungkin pindah!!
esok kerja...ahhhh tension gua!
hari raya dah berlalu..ada duka dan suka..tak kisah apa berlaku yang penting emak happy. ITU YANG PALING PENTING. abah memang sentiasa happy! tambah happy bila aku dan abang-abang aku belikan dia handphone baru. asyik telefon anak-anak dia aje..baru sebentar tadi dia call aku lagi..nak tanya apa kabor.
aku tidor di KL on the way balik johor, jalan-jalan kat ikea..sambil-sambil cari idea nak design rumah macam mana. macam-macam nak buat...tapi pulus ada sikit short..buat mana yang penting dulu..dapur, grill, lampu dan seterusnya perlahan-perlahan...cuti sekolah mungkin pindah!!
esok kerja...ahhhh tension gua!
Thursday, October 18, 2007
sad & happy aidil fitri..
a week before hari raya my wife youngest brother involved in nasty motorcycle accident..mat rempit hit him so bad that he almost lose part of his right leg..doctors not totally confident he can use his right leg again. To see my wife crying worry sick about her brother just not the ideal way to celebrate hari raya. Things got worse after the operation..the infection get so bad, daging kaki busuk! we immediately refer him to a specialist..he went through another operation yesterday..and things are looking good again..for now at least!
back at my hometown..ipoh..things are not running smoothly either, everybody seem to have issues but nobody dare say anything..nobody want to break emak heart. hopefully this problem can go away quietly..but i doubt it..if this situation dont change soon..come next hari raya..somebody will be missing.
but being with abah, always a joyful experience, seeing him recovered for the trauma of losing his youngest son always a good things. jalan-jalan with abah to his hometown taiping (after visiting his father and brother grave) with my two older brothers always his proudest moment, just the four of us!! seeing his two eldest son successful in their life make him so proud, he cant stop talking about them, im not doing that badly either, hopefully i made him proud too.
semoga emak & abah panjang umur & sihat walafiat..dan raya tahun depan lebih best, INSYALLAH.
Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Batin
back at my hometown..ipoh..things are not running smoothly either, everybody seem to have issues but nobody dare say anything..nobody want to break emak heart. hopefully this problem can go away quietly..but i doubt it..if this situation dont change soon..come next hari raya..somebody will be missing.
but being with abah, always a joyful experience, seeing him recovered for the trauma of losing his youngest son always a good things. jalan-jalan with abah to his hometown taiping (after visiting his father and brother grave) with my two older brothers always his proudest moment, just the four of us!! seeing his two eldest son successful in their life make him so proud, he cant stop talking about them, im not doing that badly either, hopefully i made him proud too.
semoga emak & abah panjang umur & sihat walafiat..dan raya tahun depan lebih best, INSYALLAH.
Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Batin
Monday, September 24, 2007
menulis semula....

puasa tahun depan aku nak jual apa..?
Dah lama aku tak singgah kat blog aku, lebih dari sebulan aku tak tulis apa-apa kat blog ini. Ada orang kata blog aku dah berabuk..jadi dengan susah payah aku bersihkan jugak apa yang termampu blog aku ni, dah berkilat sikit..lagi pun dah dekat raya ni..elok jugak aku kemas sikit sikit blog aku ni..tinggalkan kerja-kerja lain aku kejap.
Sepanjang bulan Ramadhan ni, kerja aku masih berjalan seperti biasa..a lot to be done before hari raya punye holiday. Selalu bulan puasa ni kerja memang banyak sebab semua orang nak buat ad, promotion macam-macam..bukan murah pun barang-barang cuma peniaga nak ambil kesempatan musim perayaan. Aku tanya kat satu tauke kedai baju tu..berapa banyak business musim perayaan ni contribute kat business dia..lebih 30% dari business sepanjang tahun katanya. Banyak tu. patut dia bergantung sgt pada business musim raya ni.
Kawan aku pulak seorang tauke kurma kata..business sebulan ramadhan ni akan cover pendapatannya setahun, jadi dia pulun betul betul business bulan puasa ni dan 11 bulan yang lain business main-main aje katanya. Aku betul betul miss niaga bulan ramadhan ni, Kalau dah duit berlebih nanti..aku nak break business grafik sebulan..dan buat niaga lain pada bulan ramadhan.
Dah nak masuk 2 minggu orang islam berpuasa..so selamat berpuasa pada semua..harap tak terlambat ucapan ini.
Monday, August 13, 2007
netball...

barian pemain...

bersama pingat kemenangan
nombor 3...itulah tempat yang diduduki oleh nabilah & rakan-rakannya dalam pertandingan netball bawah 12 tahun..inter-school yang tamat semalam, not bad for a team yang practice hanya sebulan sahaja..cikgu dia cakap semua player itu akan dikekalkan untuk next year..hopefully nabilah akan terus main netball ni sebab nampak dia ada jugak bakat untuk main game ini.
Abah & mama nabilah tak miss satu game pun yang dia main..dan mamanya menjerit di tepi padang lebih kuat daripada cikgu dia!!
Thursday, August 02, 2007
mat rempit

KL office hantar seorang kolej student untuk buat praktikal di JB office. Boss JB office letak mamat ni dibawah supervision aku..walaupun aku bukan staff di office itu, mereka minta aku tolong tunjuk ajarkan apa-apa yang patut kat mamat ni.
Aku tengok lengan mamat ni penuh dengan parut-parut..
aku : mana dapat parut tu?
mamat : race!
aku : haram ke halal?
mamat : dua-dua!
aku : mat rempit?
mamat : ya!
aku : banyak menang race?
mamat : banyak!
mat rempit rupas-rupanya budak praktikal ni..keluarga dia hantar dia study untuk menjauhkan dia dari dunia rempit..tapi budak ini sangat berbakat dalam dunia racing motor ni, kadang-kadang dia dibayar untuk perlumbaan sebenar di litar-litar lumba.
aku : banyak dapat duit?
mamat : dah simpan hampir 30 ribu hasil lumba!
aku : banyak tu..kenapa tak terus lumba..profesional..betul-betul!
mamat : tengah tunggu offer dari petronas.
aku : kalau dapat pergi ke?
mamat : kakak tak bagi..
Dah hampir 2 minggu dia kat Office JB ni..creativity dia agak kurang sikit, tapi aku tak ambil port sangat sebab dia baru sangat..first time dia rasa pengalaman bekerja, macam aku jugak dulu ..aku tak tahu samada dia minat atau tak dalam bidang design ni, sebab selalunya budak design ni memang semulajadi berbakat.
Kebanyakan artwork & design yang dia buat, client reject..kadang-kadang kesian jugak aku tengok muka dia bila kerja-kerja dia kena reject. Untuk tidak mematahkan semangat dia..aku suruh dia buat original design tapi aku touch up sikit bagi cun lagi, at least dia boleh rasa bangga sebab itu idea asal dia.
Aku dapat rasakan dia tak akan kekal lama dalam bidang design ini, dengan bakat yang terhad dan minat yang mendalam dalam sukan motor..aku pasti dia kan buat sesuatu yang berkaitan dengan motor jugak..mungkin buka bengkel atau jadi racer.
Apa-apa pun dalam masa 6 bulan dia praktikal ni..aku nak bekalkan dia sedikit ilmu untuk bekalan dia balik kolej semula nanti.
Tuesday, July 31, 2007
Konvo
tolong pegang ijazah orang aje..
Isteri aku...belajar sampai dinihari untuk mengejar cita-citanya..dia tak perlu buat semua ini..dia ada pekerjaan yang baik dan kalau dia duduk diam-diam pun tak jadi masalah..tetapi dia mempunyai semangat yang kuat dan kalau dia nak capai sesuatu, dia pastikan ia berjaya. Aku kenal isteri aku..tak pernah give up!!
Pada 28hb Julai 2007, semua susah payahnya membuahkan hasil..dia dapat ijazah yang dikejarkannya..dan anak aku nabilah melihat dengan rasa gembira emaknya mengambil ijazah tersebut..bukan semua anak dapat tengok emak bapak diaorang ambil ijazah. Isteri aku jauh lebih bijaksana dari aku..itu aku akui & aku berharap nabilah berbangga dengan emaknya sebagaimana aku berbangga...
Mungkin 3-4 tahun lagi..mungkin ada konvo lagi untuk isteri aku..sebab dia nak sambung master pulak!!
Wednesday, July 18, 2007
netball transformers...

Nabilah get into sleep mode easily nowadays, this is because she have a netball practice to attend to every evening and she come home really really burned out. The coach selected her to represent her school in netball although she didn't attend the selection session. Maybe her size and height got the school coach attention.
She never play netball once in her life and suddenly..pooff! you the important member of the team. I can think hundreds of other reason why the coach picked her but skill and speed surely not one of the reason. I got the feeling, nabilah was pick for special mission, maybe like kill the opponent goalscorer, break the other team playmaker leg, accidentally run over the opponent coach so no instruction can be given and other special project...
Nabilah seems to enjoy her netball very much..good for her, not always she got a opportunity to involve in sport activities at her school..hopefully this will do a world of good to her. I watched her training everyday..and from far far away she did remind me of megatron leader of decepticons.
Tuesday, July 10, 2007

macama mana 2 orang sahabat yang sama-sama menuntut di universiti yang sama, mempunyai karier yang sama & tempat kerja yang sama..begitu memusuhi antara satu sama lain?
kedua-dua manusia ini sahabat aku..jadi aku selalu cuba untuk tidak menyentuh hal-hal sensitif yang boleh membuat dia orang marah kat aku, semua ini berlaku pasal gaji..sorang dapat lebih sorang lagi bengang..apa benda le!! tapi yang kelakarnya pulak..yang gaji kecil tu, pangkatnya lebih besar..lagi tension dia.
satu lagi hal, ada seorang manusia meminta pertolongan dari aku, aku tak keberatan nak bagi tapi yang paling aku hairan bila dia kata "kalau nak bagi duit, bagi aje tapi jangan cuba nak nasihat dia tentang kehidupan, apa yang baik dan apa yang buruk" aku bagi jugak duit itu, tapi aku berharap dia berubah dan tahu apa dia keperluan dan apa dia perhiasan..apa guna hidup bergaya kalau hidup meminta-minta sana dan sini..
aku doakan 3 manusia ini berubah dan memperolehi kejayaan.
Sunday, July 08, 2007
aku penat..

sampai bila aku boleh tahan buat kerja sampai pagi-pagi buta ni..kerja aku banyak bertimbun-timbun setiap hari, bukan aku komplain sebab semua itu rezeki yang esa untuk anak isteri aku dan orang-orang lain jugak. Aku cuma nak komplain sebab aku penat..isteri aku faham aku penat tapi apa yang dia boleh buat!
aku tak merungut tentang rezeki,
malahan aku bersyukur..tapi aku penat
aku tak minta simpati sesiapa,
aku faham kerja aku, akulah kena buat..tapi aku penat
aku tak harapkan bantuan,
aku boleh selesaikan semuanya..cuma aku penat
aku penat dengan kehidupan aku..tapi kalau aku pilih tak mahu penat, bermakna semua orang sekeliling aku pulak yang penat..siapa nak kasi anak isteri aku makan, kereta-kereta tu siapa nak bayor..pendidikan anak aku macam mana?
aku penat, tapi tak apalah asalkan keluarga aku tak penat,
asalkan anak aku gembira dan isteriku tersenyum.
aku cuma nak bagi tahu dunia ini..aku penat, itu aje..
aku tak meminta-minta apa-apa dari sesiapa
malahan aku bersyukur dengan kepenatan ini,
Ya Allah teruskan anugerah penat ini pada aku,
sekiranya penat ini membuat keluargaku lebih bahagia dan
dapatku hulurkan sedikit rezeki kepada orang-orang tua ku
Subscribe to:
Posts (Atom)




