Wednesday, February 21, 2007

ang pow & cuti tahun baru cina

Hari ini keadaan dijalanraya dah balik asal..sesak tapi banyak kedai masih belum beroperasi lagi. Sepanjang 5 hari lepas, jalan lenggang aje..best giler.

Aku dan isteri decided untuk tidak pergi holiday untuk cuti panjang kali ini. So kami sekeluarga hanya habiskan masa kat sekitar JB aje. Jalan-jalan, makan-makan dan belanja sikit-sikit sana sini.

Sempena tahun baru cina, orang rumah dan anak tunggal aku buat keputusan untuk bagi diri mereka ang pow dan dalam diam-diam pasti aku akan jadi penyumbang utama untuk ang pow mereka itu nanti. Sambil jalan-jalan kat JB tu, orang rumah sudah tangkap satu TV plasma 32'..pokai gua ni nanti...takpelah nanti boleh numpang sekaki tengok bola pakai TV besar dia tu..


angpau orangrumah

Nabilah pulak berkenan kat satu basikal, masuk yang ini dah 3 kali beli basikal untuk dia dalam tempoh setahun lebih..anak sorang takpele..


angpau nabilah

Oleh kerana basikal dia dah ada 3, Nabilah buat keputusan untuk sedekah satu basikalnya kepada best friend dia..tersengih aje kawan dia dapat basikal dari Nabilah.

Manakala bagi diri aku pulak..takde apa-apa. Aku habiskan cuti ini untuk menyiapkan semua kerja-kerja, invoice dan bil-bil client aku agar tak jadi macam tahun lepas..client tak mahu bayar sebab lambat hantar invoice..


angpau aku & lunch hari ni dan hari-hari mendatang

Tak kisahle apa yang isteri dan anak aku inginkan, aku mencari rezeki memang untuk mereka.

Thursday, February 08, 2007

teman setia



Lilo..itu nama kucing anak aku nabilah...tapi Lilo tak berapa ngam dengan nabilah..sebab nabilah bergurau kasar dengan dia.

Lilo sentiasa setia menemani aku sampai dinihari bila aku siapkan artwork aku. Lilo akan tidur terlentang diatas kertas-kertas aku yang berselerak di lantai dan tak bergerak sehingga aku selesai bekerja. Sekali sekala aku cuba berbual dengan Lilo..semua pertanyaan aku dibalas dengan bunyi meow..aku tak faham, dia pun tak faham.

Lilo adalah kucing ketiga kami..yang pertama Kitty..mati dilanggar kereta..oleh aku..orang rumah aku menangis, aku tak perasan dia tidur bawah tayar. Kucing kedua Stitch..dicuri orang..anak aku pulak menangis.

Harap-harap Lilo boleh hidup lama......

orang melayu mesti miskin...

Seorang sahabat telah membeli kereta mewah..second-hand, tapi harganya hampir 150k. Apabila dia memandu kereta tersebut ke tempat kerja..meletuple office dia. Semua ikan-ikan besar terasa seolah-olah ditampar-tampar muka mereka, bagai dikoyak rabak ego mereka, terkejut beruk semuanya...maka dia dihujani beribu soalan..

Dia disoal siasat..seolah-olah dia telah melakukan jenayah besar...kerana dia eksekutif gaji 3k dan isterinya tidak bekerja.

Setelah keadaan agak reda..aku menghampiri dia & cuba menyelami perasaan dia.

"Kenapa semua orang kecoh-kecoh?" tanya aku

"Sebab aku orang melayu, kita orang melayu ni tak boleh kaya, yang boleh kaya hanya orang ci....kalau orang ci.... pakai kereta besar..takpe..tapi kalau aku orang melayu tak boleh!! orang melayu mesti miskin, tak layak pakai kereta besar" jawab kawan aku penuh sinis.

Aku hairan..kenapa dipersoalkan pilihan cara hidup dia..setengah orang suka beli rumah bertingkat tapi ala kadar bila bab berkereta dan begitu juga sebaliknya. Kawan aku memilih kereta besar dan rumah sederhana..apa bezanya dan ada yang bernasib baik boleh memiliki kedua-duanya.

Setelah 12 tahun berkerja..aku rasa dia layak merasa sedikit kesenangan dan memberi kegembiraan kepada anak isterinya.

Persoalan paling besar ialah kenapa kita orang melayu bila bergaya sikit, orang melayu kita juga yang gelisah..orang lain takpe...

Friday, February 02, 2007

buat bisnes lain..



Abang aku menasihatkan aku supaya mengembangkan bisnes aku ke bidang lain pulak, just in case anything happen to my advertising business ni! Dia bercakap mengenai trading barang dari China..Aku dengar aje semua rancangan dia sambil memikir apa bisnes lain aku nak buat. Abang aku takde masalah nak berniaga overseas, Kebanyakkan masa dia travelling overseas buat bisnes, aku bisnes kecil-kecilan aje.

Semua nasihat dia masuk akal jugak, aku kena be prepare untuk benda-benda yang tak dijangka, sekarang ni orang tengah suka, esok lusa belum tentu lagi. Aku takde masalah kalau nak berniaga kecil-kecilan, jual barang sana sini tetapi dalam scale yang besar-besar ni yang aku cuak sikit..pengalaman takde, bukan macam dia.

Mungkin aku expand aje business advertising ni diam-diam, ambil jobs lain jugak, bukan cencentrate kat satu big client aje, semalam company lama offer aku semula kerja selepas 12 tahun aku tinggalkan company itu..how much do you want? katanye, hari ini seorang sahabat offer aku projek..semua ini aku tolak demi nak jaga hati client aku yang besar ini.

Esok..nak sambung fikir lagi....fikir tak perlu duit, nak start business yang perlu duit!

Thursday, February 01, 2007

bila isteri aku ketawa...


abah kalau tidur bawah tangga ni pun..okey jugak mama


sesuai buat opis abah ni..dah ada tempat duduk ni!!


tukar lantai lain..boleh tak abah?


TV nak besor ni..boleh tak abah?


buat dapur atas siling..boleh tak abah?


corner ni nabilah punye tau..

Hujung minggu lepas aku sekeluarga pegi tengok rumah aku yang tak siap lagi..rumah tu bulan september baru boleh masuk. Orang rumah aku dah plan macam-macam benda untuk pokaikan poket suaminya ini. Aku anggukkan aje.

Aku tak kisah apa apa pun, ada wang semua bisa di atur, kalau pokai apa benda yang boleh dibuat?..aku tak kisah benda lain..janji office aku ada unsur-unsur luarbiasa & simbolik..itu cukup untuk aku. Design dapur, kabinet, furniture itu terserah kat dia..lain-lain pun terserah kat dia...aku aje yang terpaksa serah duit kat dia!!

Takpe..asalkan isteri aku happy dan ketawa..

Bila isteri aku ketawa semua resahku hilang!!

Thursday, January 25, 2007

nak balik kampung...


dulu....

aku rindu kat kampung aku..emak abah aku.....

nobody made me angry..no more


come on..give your best, make me sad..

Keadaan agak tight lately..late payment & billing problems..tapi aku cuba sedaya upaya untuk memastikan masalah ini tidak menganggu kehidupan seharian aku. Aku mesti terus gembira demi memastikan anak aku terus gembira..orang rumah aku faham semua masalah-masalah kecil dalam hidup aku ini.

Sepanjang perjalanan hidup aku ini dah berkali-kali aku di timpa masalah. Selalunya masalah yang menimpa kehidupan seharian aku datangnya dari orang yang rapat dengan aku..keluarga & kawan-kawan.

Aku dah beberapa kali ditipu oleh kawan-kawan aku..kalau wang ringgit, dah berpuluh ribu kot..tapi bila aku renungkan semula..aku sering tersenyum sendiri kerana aku tak marah atau berkecil hati dengan mereka..kerana yang menipu & mengambil kesempatan adalah mereka dan bukannya aku.. aku anggap semua ini sebagai instalment untuk kehidupan yang lebih baik (bukan sempurna).

Masalah yang ditimbulkan keluarga..bukan masalah bagi aku, aku tak pernah mengeluh..boleh tolong aku tolong..no problemo!

Aku dah pernah merasa hidup susah bersama anak isteri aku..kais pagi makan pagi, naik turun bas, meminjam kereta orang, duit cukup-cukup untuk susu & pampers aje...jadi takde masalah yang dapat membuat aku sedih sekarang..hidup mesti diteruskan.

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Monday, January 22, 2007

nabilah jadi pengawas..


hari pertama seorang pengawas

Hari ini adalah hari yang bersejarah untuk anak tunggal aku Nabilah. Hari ini dia dilantik menjadi pengawas di sekolahnya.
Aku dan isteri berbangga tengok dia..dan kelakar juga..sebab dia excited sangat untuk kesekolah hari ini dengan uniform pengawasnya. Pukul 5 pagi dah bangun nak pergi sekolah..mama dia suruh tidur semula.

Dah beberapa hari Nabilah berharap dia dipilih menjadi pengawas..dia suruh atuk dia sembahyang hajat, doakan semoga dia jadi pengawas dan apabila dia tahu dia terpilih, kelam kabut telefon atuk dia, nak ucapkan terima kasih untuk doa-doa dari atuknya dan tidak sabar-sabar menyuruh aku belikan uniform pengawas dengan segera.

"Nabilah jadi pengawas sebab Nabilah nak jadi pandai macam mama"..itu kata dia pada aku..aku senyum aje sebab memang kenyataan, mamanya lebih pandai dari abahnya..."tapi abah lagi banyak duit dari mama" usik aku.."eleh" cebek nabilah.

Aku bahagia tengok satu-satunya anak aku ni gembira hari ini. Dialah harta aku paling berharga bukannya wang ringgit, rumah, kereta besar...

Wednesday, January 17, 2007

power struggle...


Semalam NST ada meeting..aku tengok ada BOSS besor turun dari KL...aku tak diminta hadir dalam meeting tersebut. Sekali sekala aku dipelawa juga meeting dgn orang-orang besor ni tapi kali ini aku tak diperlukan hadir so aku angkat kaki cabut.

Hari ini aku cuba merisik apa yang dibincangkan dalam meeting tersebut, mereka bincangkan tentang kenaikan pangkat dan satu nama telah dicanangkan untuk menjadi assistant pada boss JB yang ada sekarang.

Aku terperanjat juga dengar nama yang disebut untuk promotion tersebut..ada suara-suara halus kata dia tak layak sebab performance dan sales dia teruk. Aku sebagai orang luar hanya melihat sahaja apa yang berlaku dan tak akan terlibat dalam politik yang berlaku di pejabat NST ni. Aku pernah kerja di pejabat korporat yang jauh lebih besar dari NST dan 99.9% stafnya melayu..politiknya lebih hebat dan kotor..aku bertahan 4 tahun aje..kemudian aku angkat kaki..belah..senang hati.

Kesimpulannya..rezeki ditangan tuhan..layak tak layak hanya masa yang akan menentukannya..aku harap sahabat aku yang akan naik pangkat ni akan buktikan dia boleh buat kerja..sebab aku tengok hari ni..konflik dah bermula, dia mungkin kehilangan seorang dua kawan baiknya dan yang sedihnya mereka ini semua sahabat aku yang dah berpuluh tahun aku kenali.

Sunday, January 14, 2007

cikgu pendiam..


Hari ni..adik aku burhanuddin terbang ke sabah untuk menjalani kursus selama setahun utk jadi cikgu. Aku terpikir jugak macam mana dia nak ajar murid-murid dia nanti..sebab adik aku ni pendiam tahap kronik..sepatah ditanya sepatah dia jawab..memandang dia akan ajar matematik nanti..takde masalah kot..suruh aje murid-murid salin apa yang ditulis kat papan hitam.

Adik aku ni tak banyak cakap dengan abang2 & kakak2 dia..tapi dengan aku dia lain sikit..sebab dia agak nak berbual jugak. Emak aku pun selalu cakap..burhan hanya bercakap dengan abang adan dia aje. Mungkin style aku lain dari adik-beradik lain..aku tak macam orang lain..aku lebih macam seorang kawan daripada seorang abang..mungkin penampilan aku rugged sikit, pendidikan aku yang tak terror sgt macam dia orang dia orang yang pergi overseas buat dia selesa ceritakan apa saje dengan aku tentang lagu, bola, kereta dia, motor dia, study dia..cuma bab makwe aje dia diam sikit..emak aku cakap makwe dia buat medic kat overseas..selalu call dia kat rumah.

Emak juga cakap..burhan di rumah sebijik macam aku..dia nak pakai baju aku, tuala aku...aku juga selalu bagi dia macam-macam handphone, jam, jeans & t shirt levis, kasut dah berlambak-lambak aku bagi, digital camera..tu pasal dia ngam dgn aku kot.

Abang aku cakap..jadi cikgu tak boleh kaya tapi kaya bukan matlamat kehidupan, kaya itu bonus dari Allah..mungkin tak kaya tapi aku percaya kehidupan dia akan lebih senang & tenang.

Friday, January 05, 2007

lebih mencabar..


Aku dapat merasakan tahun 2007 ini penting dalam business aku. Sejak NSTP diambil alih oleh pengurusan baru..kedudukan syarikat aku dalam NSTP agak mencabar juga. Aku mesti memenangi hati pengurusan baru dengan kualiti kerja yang lebih baik. Sebelum ini aku mempunyai hubungan baik dengan top management di KL tetapi sekarang mereka semua telah tiada.

Hari ini boss NST di JB..bagi aku satu bad news..KL reluctant nak bayar claims aku tahun lepas sebab lambat hantar invoice..hampir 40k duit aku sangkut disitu...banyak tuuu... Aku tengah fikir apa nak buat tapi aku tak mahu gaduh. Aku nak berniaga lama. Tapi kalau diaorang decide tak mahu bayar juga..aku mungkin kena terima hakikat itu..sebab aku pun salah jugak..lambat hantar bills.

So mission..tahun ini..better quality artwork..nak convincekan orang KL yang aku adalah yang terbaik. antara yang terbaik. MALAYSIA BOLEH!!! boleh apa ye?

Thursday, January 04, 2007

2007 menjenguk..


Sudah masuk 4 hari ke tahun 2007, tahun 2006 adalah tahun yang penuh kedukaan..adik bongsu aku meninggal dunia, abah & emak pulak tak sihat..namun begitu ada juga sedikit senyuman di tahun 2006 itu..aku bertemu (selalunya terserempak aje) bapa mentua aku & keluarganya..selepas 13 tahun mendirikan rumahtangga.

Tahun 2007 ini..aku mendoakan kebahagiaan pada keluarga aku, mungkin masuk rumah baru pada hujung tahun ini, harap-harap business masih berjalan lancar, abah & emak sihat wal'afiat dan lebih gembira, adik-beradik aku sihat & happy.

Aku juga berangan-angan nak siapkan beberapa lukisan untuk rumah baru aku nanti..kalau lukisan aku lawa..aku gantung kat ruang tamu..kalau tak lawa sangat aku gantung kat bilik opis aku aje.

Selamat tahun baru pada sesiapa yang membaca blog aku ni.

Friday, December 29, 2006

anak saudara aku dah besar


Masa kau kat KL minggu lepas. aku bertemu dengan anak saudara aku. Anak pada kakak aku. Dia dah berumur 23 tahun dan seorang leftenan di TUDM. Kami mempunyai hubungan istimewa kerana aku melihat dia membesar depan mata aku..sebab aku duduk rumah emak dia. Aku yang bertanggungjawab menghantar dia ke sekolah tadika tiap-tiap pagi dan tunggu sampai dia balik tadika.

Dia sangat rapat dengan aku..sebab aku selalu lukis robot dan jet fighter untuk dia masa dia budak-budak. Dia obsess dengn jet fighter..tu pasal kerja dgn TUDM. Emak bapak dia bangga kerana dia antara leftenan termuda di TUDM.

Aku jarang sangat jumpa dia sekarang..mungkin 2, 3 kali selepas dia tamat SPM. Kerjayanya penuh rahsia..pergi kursus kat mana pun emak bapak tak tahu..macam spy pulak. Sekarang dia posting kat johor tapi sekali pun tak pernah jumpa aku tapi dia ada SMS aku sekali sekala.

Wednesday, December 27, 2006

cuti dah habis..duit pun dah nak habis..


1. macam filem ET..temu jari
2. 3 dara pingitan tolak kereta...tak jalan-jalan pun


1. "mama ada duit nak bayar ni"...."takpe nanti mama minta duit abah"
2. pakcik tu termenung, duit dia orang sebelah minta..makcik tu happy aje..


1. orang lain makan..aku kena jaga anak saudara
2. "nabilah nak 2 pinggan nasi lagi"


1. posing sebelum jalan-jalan
2. posing selepas jalan-jalan, penat


1. bestnya..pegang anak ikan jerung
2. besornye gigi makcik tu..macam jaws


ambik rambutan opah


lepak kat rumah tok

dah 3 hari aku mula kerja semula...akhir-akhir tahun ni kerja agak kurang, company banyak pokai..bayar bonus, krismas, company dinner, nak gong xi fa cai dan macam-macam lagi..so tak banyak company invest untuk advertisement..aku dapat jugak relax sikit.

Sepanjang cuti krismas tempoh hari..tak banyak benda yang dapat dibuat..aku balik ipoh sekejap tengok emak & abah..isteri aku sempat jenguk adik dia di jelapang. lepas tu balik semula ke KL, ziarah kakak aku lepas operation kat ampang puteri..kesian dia, jumpa adik-adik aku..donate apa yang patut.

Sempat pergi aquaria..beramai-ramai dengan adik-beradik isteri aku, okey jugak sebab nabilah happy. Sebelah malam pergi tengok teater alibaba di istana budaya, best jugak teater tersebut..kelakar.

Sekarang ni aku tengah kira duit-duit syiling aku yang tinggal..untuk pakai raya haji..aku ingat buat nasi goreng kampung aje raya ni, beras banyak lagi tu, duit aku dah habis..apa ada hal..yang penting happyyyy!!!alhamdullilah..nanti ada duit enjoy lagiii..

Thursday, December 21, 2006

yahooo..pegi KL


Esok..gua nak bawa famili gua jalan-jalan kat KL. Sempena hari krismas ni dapatlah cabut sekejap dari kerja-kerja. Client cakap jangan jalan jauh-jauh..nanti senang nak cari..boleh belah dengan diaorang. Tak tahu nak pergi mana lagi..KLCC..aquaria & petrosains kot..dah pergi tapi nak pergi lagi, anak aku nak tengok teater alibaba kat istana budaya..isteri aku sure nak shopping kat KLCC & Mid Valley.

Sebentar tadi emak aku kat ipoh telefon..dia risaukan pasal banjir kat johor. Dia risau tentang aku dan abang aku kat sini. Mungkin aku jengok emak aku sekejap kat ipoh..bagi dia senang hati sikit..tengok abah aku sekali.

Kerja-kerja aku pikul sekali..nanti boleh buat kat mana-mana..kerja memang tak habis-habis tapi nak kena enjoy jugak sekali sekala..balik dari percutian ini..yang pasti..AKU AKAN POKAI..YAHOOOOOO.. JANJI HEPPIIIII...DUIT BANYAK MANA PUN TAKKAN CUKUP!!!!

Tuesday, December 19, 2006

anugerah 100 tahun sekali...

Johor di landa banjir. Dah hampir 4 hari Johor ditimpa hujan lebat dan hari ini hujan turun tanpa henti sehari suntuk. Banjir kilat berlaku di mana-mana. Jalanraya sesak gila..macam-macam hal berlaku di jalanraya..motor tergolek, kereta terkandas dalam air, driver hilang pedoman cuba memotong sini sana tapi tetap tak boleh bergerak.

Aku antara mereka mereka yang sangkut kat jalanraya..berjam-jam lamanya..selalunya 20 minit dah boleh sampai opis, ini kali lebih dari 2 jam..baru sampai opis. Kawan yang naik bas pergi kerja..sampai 4 jam sangkut..kalau bas tu naik highway dan menuju utara, dah boleh sampai KL.

Tadi tengok berita TV3..pakar cuaca cakap hujan yang menimpa Johor sekarang ni..berlaku 100 tahun sekali..terpegun aku dengar..rupa-rupa bukannya musibah yang turun tapi rahmat sebenarnya..berapa kerat sangat orang boleh hidup lebih 100 tahun..jadi aku antara yang bernasib baik dapat merasai fenomena yang hanya berlaku 100 tahun sekali ini.

Hujan tanpa henti ini menyusahkan ramai manusia tapi aku juga yakin ada manusia yang melompat kegirangan menerima hujan 100 tahun ini…perigi kontang kembali bertakung, sungai kering kembali mengalir, kebun gersang kembali subur, daun kuning kembali menghijau, empangan kering kembali penuh..dan pada masa yang sama dewan orangramai jugak penuh dengan manusia yang kediamannya tenggelam, namun hidup ini adil, dalam susah pasti ada senang.

Hujan masih turun dengan lebat kat luar…aku bercita-cita untuk off handphone dan tidur sampai tengahari kalau esok pagi masih hujan lagi…biar client aku kecoh cari aku..aku tak mahu lagi baca suratkhabar kat tengah-tengah jalanraya sementara menunggu air surut..yang tak surut-surut pun.

Monday, December 18, 2006

abg ipar paling best & pesanan abah


Dua hari lepas..sabtu..adik isteri aku di Ipoh menyambut harijadinya yang….entah yang keberapa..tapi dah tua le…hehehe..aku sekeluarga jauh..jadi tak dapat menyambut bersama-samanya atau bagi apa-apa.

Aku utuskan sepotong dua doa semoga dia sihat & gembira….adik ipar aku ini mengucapkan terima kasih untuk doa tersebut..dan cakap aku abang iparnya yang paling best setakat ni…aku tersengih sambil berfikir..perli aku ni…memangle aku abang iparnya yang paling best..sebab setahu aku..dia mana ada abang ipar lain selain aku..disebelah adik-beradik dia le..sure aku paling best..paling teruk pun aku…sebab aku takde saingan.. walaupun rating aku 1 star tapi aku masih terbaik…kalau dia ada 2, 3 orang abang ipar, sure aku abang ipar paling cokia…aku selalu serabai.. janggut tak bercukur… sering berseluar jeans lusuh…dimana-mana sahaja..aku ada 2 seluar bukan jeans..satu untuk pakai meeting dgn VIP…satu untuk pakai hari jumaat..so bila aku solat jumaat..takle serabai sangat…

Cerita lain pulak..selepas aku mendirikan rumahtangga dengan isteri aku..abah aku tak henti-henti berpesan dan bertanya pada aku samada aku dah jumpa pak mentua aku..iaitu ayah kandung orang rumah aku..abah aku berpesan agar aku berjumpa dia dan menjalin hubungan yang baik dgn pak mentua aku ni..bertahun-tahun abah tanya soalan ini.

Selepas 13 tahun..abah aku dah berhenti bertanya hal ini..sebab aku dah berkunjung ke rumah pak mentua aku hari raya puasa yang lepas..sebelum ini aku ada terjumpa dengan pak mentua aku..tetapi hanya sempat bersalam dan bertanya khabar sahaja...dan mungkin aku masih belum kenal pak mentua aku betul-betul lagi…tapi at least..banyak perkara semakin okey..

Apa apa pun...aku masih abang ipar yang paling best…tak kira apa berlaku dalam dunia hari ini.

Tuesday, December 12, 2006

terlepas kapal terbang....


cita-cita nak holiday kat sarawak..hancussss..tiket habeh!! nabilah kecewa sikit..tapi bila cakap nak pergi KL..happy le dia..nabilah memang suka ke KL..berpuluh-puluh kali pergi pun takpe...mungkin nak pergi aquaria..aquaria lagi!

di KL saudara mara ramai..mungkin ziarah diaorang...

Nabilah..cuti sekolah tahun depan, abah bawa nabilah pergi sarawak ok!

Saturday, December 09, 2006

changes...


"It's been said that love forces people to change. That to be loved we must become what those who love us want us to be. Dutiful child, best friend, faithful lover, loyal protector - it must be difficult for people to remember that they're supposed to be all of those things. Especially if in their desperation to be loved they're forced to change into someone completely different."

Thursday, December 07, 2006