Monday, October 16, 2006

Jangan cuti lama-lama...


Minggu depan cuti…at least dpt jugak aku tenangkan fikiran sekejap..namun begitu client aku dah standby dengan macam-macam job untuk aku settlekan walaupun aku cakap aku nak balik kampung..lepak.

Jangan cuti lama-lama….itu yang boss nst tu cakap kat aku..walaupun bunyi macam takde apa-apa..tapi dalam business ianya bunyi macam satu ugutan pada aku…so kena make sure semua kerja-kerja aku settle walaupun aku berada di kampung.

Aku rasa raya tahun ni pasti okey..anak aku happy..isteri aku seem happy..orang tua aku juga sound happy..aku juga happy…adik-beradik aku mungkin ada beberapa isu yang perlu dikongsi bersama dan diselesaikan bersama...biasalah tu.

So aku looking forward untuk balik kampung dengan gambira walaupun diiringi dengan kerja yang berlambak-lambak.

Wednesday, October 11, 2006

hari raya.....regular day for regular folk


Aku cuba mengimbau semula hari-hari raya aku yg lepas..strangely takde apa-apa pun indah yang terlintas di kepala aku..zaman kanak-kanak aku tak indah, dtg dari broken family..takde apa yang best..ibubapa berpisah semasa aku masih kecil lagi..aku & abang-abang aku stay dengan abah, aku tak kenal emak kandung aku sehingga aku berumur 10 tahun..aku lari apabila emak aku dtg semula mencari aku..aku tak kenal dia mcm nak aku nak dekat dia..emak tiri aku..terlalu perit untuk diceritakan disini..aku hanya berani duduk rumah kalau abah aku ada...abah aku amat penyayang pd anak-anaknya..tapi dia kena keluar jugak utk cari rezeki...tapi itu semua cerita lama..aku dah lama maafkan emak tiri aku.

Hari raya aku semakin okey...bila aku meningkat dewasa..dah duduk dengan emak kandung aku dan semakin indah dan ceria bila berumahtangga dan mempunyai cahayamata...raya tahun ini aku sambut kat senai..kalau ikutkan giliran tahun ini aku balik raya kat ipoh dulu..kampung aku..tapi orang rumah nak raya kat senai dulu..aku tak ada masalah..boleh aje. Aku dah beritahu orang tua aku kat ipoh, mereka tak kisah asalkan aku balik..lambat atau cepat tak kisah.

Biasanya kalau aku balik ipoh..aku di rumah emak aku, lepas sembahyang raya..pergi pulak ke rumah abah..rumah mereka dekat-dekat jadi tak ada masalah utk aku pergi. Tak tahu apa plan aku pada hari raya ni, abah aku kat ipoh ajak pergi tengok sekolah pondok kat utara, dia cakap nak belajar agama..so mungkin itulah yang aku dan abang-abang aku akan buat nanti.

Emak..biasa aje, masak aje kerja dia....yang pasti rumah dia akan porak peranda dikerjakan oleh cucu-cucunya...

Untuk adik-adik ipar aku yang kadang-kadang singgah membaca blog aku..selamat hari raya pada anda semua dan keluarga..terima kasih for everything...orang rumah aku walaupun tak bersuara tapi aku tahu dia gembira apabila dia baca blog adik-adiknya..senyuman dan reaksi matanya aku faham..anda semua mungkin melengkapkan hidupnya.

raya..jangan tak raya....

Monday, October 09, 2006

blogging is not good for my health?


Dalam setahun ada 365 hari..dan sekurang-kurang 300 lebih daripada hari-hari itu aku tidor lewat pagi sebab buat kerja-kerja grafik aku..kerja macam aku ni memang syok buat tengah malam buta..idea mencurah-curah.

Sekarang ni aku ada satu lagi benda nak buat...tak ada paksaan untuk aku buat kerja ni..entah kenapa tiba-tiba benda ni macam dapat membantu aku mereleasekan tension-tension dlm kerja aku..aku gunakan sedikit dari masa terluang aku untuk buat kerja baru aku ini..kerjanye tak susah sangat tapi beri kepuasan yang tak kurang hebatnya..bunyi macam drug pulak!..itulah blogging namanya.

Aku tulis apa-apa sahaja yang terlintas di kepala di dalam ruang blog aku...kalau takde orang baca..no problem! aku baca sendiri..aku senyum sendiri..kalau ada orang baca..pun no problem...

Aku dapat rasakan bahwa blogging ni memberi kesan yang baik pada aku..kepala aku lebih ringan dari masalah..kalau tension kerja..aku stop kejap utk baca blog..lega kepala..sambung kerja semula.

Aku dapat rasakan blog juga memberi kesan pada orang rumah aku, dia kadang-kadang baca blog adik-adiknya..sedikit sebanyak dia tahu apa yg berlaku dalam kehidupan adik-adiknya..

Bagi aku..blog rocks!!

Sunday, October 08, 2006

mari mari..murah murah..barang baik ni encikkkk..

Aku ada cita-cita untuk mengembangkan lagi company aku yang kecil molek ni..ada proper office, ada 2-3 orang designer, better company structure..ada clerk dll le, sekarang ni aku buka opis kat rumah dan selalunya aku spend half a day kat opis NST...kalau aku dapat banyak job.. aku sub kat kawan-kawan. Ada kawan-kawan aku yang punya bisnes yg proper, tapi dunia art & design ni hard to say, unless you got a big accounts macam petronas, shell, syarikat rokok ke, corporate co ke..baru boleh survive, aku tengok byk advertising co. struggling terutama di KL.

Aku memang suka berniaga..art & design always be my first choice sebab memang itu bidang aku, tapi bila tiba bulan ramadan ni aku sebenarnya gian nak buat benda lain, aku pernah berniaga kurma, kuih muih, serunding...kerja-kerja grafik buat jugak...tapi berniaga bulan ramadan buat jugak..3-4 tahun aku berniaga bulan ramadan..pernah untung & rugi beribu ringgit..sebab takde pengalaman..tapi okey sbb aku gembira...dah lama ku tak berniaga bulan ramadan..kecewa sikit!! mungkin tahun depan.

Berbalik pd cerita adveritising co aku tadi..seorang top management NST pernah cakap pada aku.."you taking a very big risks if you want to expand your company..because NST preferred small agency to do all the graphics work outside KL"..macam mana aku nak jawab tu..NST pay me good money untuk buat kerja-kerja grafik dia..so aku takleh ambil risiko ini..nanti kena terminate pulak..NST adalah klien aku yg terbesar..aku ada buat kerja-kerja lain..tapi priority aku remains to NST.

Jadi buat masa ini..cita-cita nak kembangkan syarikat aku pendamkan.

Friday, October 06, 2006

i'm gettin' older?


Aku peminat setia pada lagu-lagu rock...genre muzik ini..tak pernah lekang dari diri aku..muzik terbaik bagi aku semestinya irama yang datang dari sweet charity, deep purple, iron maiden, gun n roses, search, rusty blade, whitesnake, black sabbath, metallica dll yang boleh diterima kepala. Bila ke kedai muzik CD pilihan aku mesti lagu-lagu macam ni...kumpulan rock yg baru-baru ni tak pernah menarik minat aku..

tetapi setahun dua ini..dah ada muzik-muzik lain yang dapat menembusi tembok kepala rock aku ini..aku dah boleh melayan lagu-lagu broery, iwan fals, james blunt, joe cocker dan muzik paling best untuk menemani aku lewat malam bila buat kerja ialah petikan instrumental gitar classic latin...syahdu..itu tandanya aku dah tua kata member-member rock aku yg masih rock..aku mengangguk tanda setuju..anak isteri aku takleh tahan kalau naik kereta dgn aku..sebab mesti pasang cd broery, lagu apa ni? asyik broery aje!..pasang le lagu lain...rungut anak aku...

Aku rasa pendapat kawan-kawan aku ada benarnya..aku rasa jiwa aku dah berdamai dengan dunia..tidak lagi marah pd alam, tidak lagi memberontak macam semua org lain tak betul, CD rock masih bersepah di atas meja kerja aku...tapi dah mula ditemani oleh CD CD ballad dan entah apa-apa lagi..tapi lagu favourite aku masih "one" (live version) by metallica.

Aku terima hakikat memang aku dah semakin tua..pilihan muzik aku sekarang adalah salah satu tanda-tanda tersebut...tapi rock tetap "special"

Thursday, October 05, 2006

hanya satu...satunya


Dia diperkenalkan oleh makciknya kepada aku..makciknya cakap "adan, bawalah filzah jalan-jalan tengok KL", ketika itu dia baru tamat SPM dan sedang menunggu keputusan SPMnya..aku pula sedang bekerja sementara di KL..."okey!" jawab aku..tempat pertama aku bawa dia ialah makan-makan di hotel Pan Pacific di PWTC KL..kopak duit aku, tak banyak cakap masa tu, maklumle tak berapa kenal sangat...lepas dating tu, tak payah suruh lagi, kami pandai-pandai jalan sendiri kat KL tu..

Selepas result SPM keluar..dia sambung belajar di Shah Alam..aku pula sambung belajar buat grafik kat tempat lain...aku ada motor honda buruk..so sekali-sekala bolehle pegi Shah Alam jumpa dia..hubungan aku dgn dia okey dan sangat bahagia..tapi keluarga dia marah sangat dia berkawan dengan aku, maklumle aku grafik designer yang asyik kepokaian & kerja tah apa-apa,..tapi kami terus juga berkawan..selepas hampir 7 tahun ber'kawan'..dia tanya aku bila nak kawin.."alamak kena kahwin ke?" tanya aku..okey!!..jadi aku terpaksa juga jumpa keluarga dia..sebelum ni tak pernah jumpa emak bapak dia, orang tak suka...tapi masa itu aku dah ada kerja yang baik di perbadanan johor...jadi mungkin hati emak dia sejuk sikit..kami bertunang 6 bulan dan kemudian bernikah.

Kami ada banyak kenangan indah semasa zaman bercinta dulu..tapi paling best ialah bila kami ditahan polis masa naik motor bersama..aku lesen L, kelam kabut aku suruh awek aku terjun motor..kelakar.. dia terjun..polis senyum aje tengok aku "siapa punya beg duit dalam bakul motor kau ni?! awek encik! jawab aku..okey aku boleh lepaskan kau tapi kau pegi cari awek lain satu untuk aku..kata polis tu!..aku senyum aje.."okey..jalan" kata polis...lega aku..

Bulan ramadan juga ada kenangan lucu..masa tu berbuka puasa kat mall di depan pwtc KL, lauk aku simple aje..tapi awek punya lauk siap ada udang galah besor..sotong..macam-macam..bila time bayar aku takde duit..berderai duit siling bila aku keluarkan isi perut wallet aku..ngam-ngam duit..masam muka aku sekejap..kami sering bercerita peristiwa ini bila tiba musim puasa dan kami akan ketawa bersama-sama..ahh happynyeee

Sekarang kami dah hidup bahagia sebagai suami isteri lebih 13 tahun..aku masih ingat kali pertama aku tengok muka dia...amat cantik..sampai hari ini aku masih punya perasaan itu..dia tak pernah meninggi suara pada aku..dan aku amat menyayangi dirinya..isteri aku tak pernah merasa kasih sayang seorang ayah dan mungkin itu menyebabkan hubungan kami sangat istimewa..aku curahkan sepenuh kasih sayang aku padanya.

Tuesday, October 03, 2006

puasa....raya......


Dah sepuluh hari umat Islam berpuasa..anak aku nabilah asyik terperap dalam bilik aje dengan air-con 24 jam pasang..orang rumah pulak sibuk dengan tugasannya di sekolah..kena jaga budak-budak periksa PMR..so seminggu dua ni kena makan lauk kedai..kalau tidak orang rumah akan masak kat rumah.

Hari pertama puasa, beli lauk-pauk kat bazar ramadan tapi bila terkena kuih muih keras macam batu..lauk pun semacam aje..tak pegi bazar ramadan lagi..masalah utama bulan ramadhan ni ialah tidur...aku tengok kawan-kawan asyik berdengkur aje kat opis..tapi aku byk kerja jadi tidor bukan agenda utama..apa-apa pun SELAMAT BERPUASA..walaupun lewat sikit ucapan ini...

RAYA DAH DEKAT..YAHOOOOOO..terkenang zaman budak-budak..hehehehehe

Monday, October 02, 2006

new artist on the block..

i was mad like crazy last week..because somebody or some boys rather has choose my car to show their abilties as an artist..drawing (scratches..deep one) was found on my car bonnet and doors..and this boys use steel as their chosen medium...now the arts are permanent on my car..unless of cause i send my car for repaint..now that will cost me few hundreds dollar..i knew this was done by some school kids waiting for theirs scholl bus in front of my house..my car parked in front of my gate..my porch not big enough to park both my cars inside..feeling like punching those kids, i was a naughty boy before but never did i ruin other people property.

i felt like talking to the boy parents..but i knew this is not a good idea..every parents will try to prove their children innocent and this could lead to not so nice yelling..so i just let all this out of my head..maybe after few days this scratches will grow on me and i just might like it..the problem is the drawing represent the symbol of nazi..now..who the hell will fall in love with NAZI...

maybe next year i paint my car...if i got moneyla!

Monday, September 25, 2006

Orang rumah tersenyum....

tersenyum lebar selepas berjaya merampas keretapi arang di muzium

Orang rumah aku..senyum kemudian ketawa..bila adik-adiknya dah kenal siapa aku & baca blog aku..semasa aku mula create blog ini..aku bilang kat dia..aku nak grafikkan foto-foto dlm blog ini..supaya kalau kebetulan adik-adiknya singgah nanti..tidakle mereka tahu ini blog abang ipar mereka..kalau nak komen apa-apa tidak le segan nanti...
tapi adiknya kat ipoh tu, boleh cam pulak senyum lebar kakaknya itu dalam foto yang aku modified tu...CSI kot dia tu..pecah tembelang gua!!

Kepada adik-adik ipar aku..selamat datang ke blog abang ipar korang yang kurang infomasi ni...to abe zul (ami)..sori tak kenalkan diri..saje nak berbalas komen macam seorang kawan..nanti kalau jumpa, gua belanja lu makan..

Orang rumah aku masih lagi tersenyum ...

Monday, September 18, 2006

hujan emas di negara orang...


denmark..the first foreign country i put my foot onto..(singapore dont count..selalu pegi)..nice country coz a lot of artistic statues everywhere..di tepi-tepi jalan macam-macam persembahan oleh seniman jalanan..i was there for 7 days..to do a multimedia/3D presentation..mat-mat salleh quite impressed dengan presentation tersebut sebab diaorang ingat malaysia takde teknologi & expert untuk buat 3D & animasi.. kurang ajor punye mat salleh.

seminar itu sepatutnya 7 hari..tapi di hari pertama aje kerja aku dah selesai..so aku ngan kawan aku quite busy planning utk merayau kat negara lain pulak..sweden paling hampir dan murah..so kami ke malmo..seminar tah ke mana aku tah ke mana...ingat nak pegi jerman tapi mahal dan jauh...paris mahal, london mahal..duit takde..great experience..hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri..

Tuesday, September 12, 2006

11/9....SALAH SIAPA?

busy busy busy


I've been very busy lately, hardly any time for me to update my blog, also have to attend a family discussion at KL, but i finished all my artwork on time...ngantuk sikit!!

My daughter busy with her hari merdeka competition..lagu patriotik, pakaian beragam, basikal tercantik..

Also have to take care of hari raya preparation..new dress, new shoes, new everything..i have nothing to complain about hari raya preparation..this is the happiest day of my daughter..every father will understood this..tak kisah kalau bapak pakai singlet pagoda asalkan anak bini happy bergaya..

Wednesday, September 06, 2006

i need my arts to stay alive....


aku agak busy kebelakangan ini..banyak artwork yang perlu disettlekan...rezeki!! i'm not complaining..tapi lately aku suka tengok-tengok blog dan dah mula join sekaki..so aku curi-curi masa untuk menulis dalam blog aku..yang aku rasa cuma 2 orang manusia aje yang baca iaitu abe zul & aku..kadang-kadang aku paksa wife aku baca blog aku..sengih aje wife aku tu..(ketawa dalam hati tgk gaya tulisan aku agaknye)

kerja advertising aku tak pernah beri aku masalah..dah lebih 17 tahun aku buat benda ni..idea bukan masalah bagi aku..idea sentiasa ada di kepala...sebelum aku present artwork kat clients..aku pastikan yang aku sendiri suka kat artwork aku..sebab kalau kita rasa kerja kita menarik..90% client juga akan rasa begitu..kalau diri sendiri tak puas hati macam mana nak present..

motivasi utama aku terus buat kerja DTP ni kerana ini sumber rezeki utama aku..tapi hati aku meronta-ronta nak buat kerja-kerja fine arts..tangan dah kejong lama tak lukis..asyik design pakai komputer aje..aku nak cari kelas fine arts..belajor stroke entah apa-apa & guna color-color yang tak masuk di akal dan drawing style yang ada magik..aku nak hias rumah dengan artwork-artwork merepek aku...aaahh aku rasa hidup semula!!!

Monday, September 04, 2006

aku pelukis..bukan penulis


melukis..itu ajelah yang aku tahu dalam kehidupan ini, dizaman kanak-kanak aku..aku tak perlukan nasi, lauk, kicap, sayur dan entah apa-apa lagi le...yang aku perlukan ialah pensil dan kertas..aku tak perlu makanan..terjerit terlolonglah emak aku suruh aku makan..makanle jugak takut emak aku bedal...tamat persekolahan seluruh ahli keluarga aku suruh belajar grafik..mana boleh jadi doktor..aku dapat bayangkan kalau aku jadi doktor..sure uniform putih aku ada drawing kat belakang..aku bukan pelajar pintar..cukup makan punya student, mana nak pintar kalau dah asyik menconteng semua buku latihan aku, meja aku, beg sekolah aku, semua benda ada lukisan aku...abah aku cakap masa aku dilahirkan, uri aku ditanam dengan sebatang pensil dan kertas..itu pasal aku jadi macam ni..

aku dah melukis seluruh hidup aku..sekarang ni aku tgh syok menulis di blog ini..entah apa-apa le cerita aku..tapi tak kisah asal aku ada ruang untuk menulis..release tension gue..takde orang baca, takde masalah..esok lusa aku akan tulis lagi untuk aku baca sendiri..hehehehe..gila ke aku ni?

Friday, September 01, 2006

black merdeka day..


accident..on merdeka night...i took my wife, daughter & SIL..pergi jalan-jalan cari makan..hujan turun agak lebat malam tu..so i drive slowly and very very carefully..entah macam mana..just my luck, i guess..tengah syok memandu..tiba-tiba sebuah bas kilang sudah sodok pintu kereta aku..dummm..rabak pintu kereta aku...so next morning..on merdeka day..dok kat workshop welding kereta...dah repaired and touch up tapi still need a new paint job..so tommorow nak bawa pi kedai cat..spray kereta..anyway takpa..my family ok..kereta tak ok..takde hal....
RM1000 melayang cat kereta...tapi aku masih boleh senyum, anak bini aku okey

Tuesday, August 29, 2006

my life is brilliant...


dilahirkan pada 18 Oktober 1996...macam magic bila anak dalam dakapanku..keluargaku telah lengkap..hampir 10 tahun telah berlalu..dia adalah satu-satu anak kami..kami beri hampir semua yang dipinta olehnya...keluargaku mungkin kecil tapi aku bersyukur kepada Allah..tiada apa lagi yang aku inginkan....Alhamdulillah

Sunday, August 27, 2006

work & wife


My weekend will never be a same again...since i started my own advertising company..i found it very difficult for me to have a quiet weekend for my family and me to enjoy..even on holidays where i suppose to drop everything and let loose..there always something to do..it's all started when my country was hit by a economy recession...business suck.

A lot of company have to close shop..most of the company have to let their staff go with little compesation..i was one of those unlucky ones..with the compesation money i got..i started a small company with couple of my best friends..a graphic designer & accountant..we tried to make this company a sucessful one..but it's a hard struggle, finding a project very difficult..and when the pressure getting to much to handle, both of my partners left to find a job with steady income...pressure from their family are just too much to ignore..

I'm very determined to make things work..i just go and do whatever i can to make a living..my wife is a big inspiration in my struggle..she never complain about anything..i got my car repossess by a bank...housing loan was not paid for a whole year...lucky for me..a friend introduce me to this singapore client..since that day i have been servicing this singapore company..things are improving but not very much and in 2001 i got my big break when i bump into a old friend which later introduced me to a newspaper company..news straits times..since that day..life have been generous..right now i'm doing my bit to repaid all the sacrifice made by my wife during hard times..it's have been almost 9 years now since i first started..i will always remember all the hardship..a singaporean friend and especially my wife..i love you dear..forever and ever...

Friday, August 25, 2006

hati abah remuk


2 bulan yang lepas..adik bongsuku meninggal dunia..adik bongsu aku ini adalah buah hati pengarang jantung kepada abah..apabila abah pencen dari kerja gomennya..adik bongsuku lahir kedunia..maka dia adalah teman abah di rumah menghabiskan sisa-sisa hari tuanye..selama 17 tahun abah menatangnya seperti minyak yang penuh..pemergian adikku telah meragut segala kegembiraan dan ketawa riang dari orang tuaku..lebih dari sebulan abah tidak menjamah apa-apa makanan..keadaan tersebut menyebabkan abah hilang segala tenaga dan kekuatan untuk melakukan apa-apa..abah hilang semangat untuk hidup..abah sering berkata adikku bertukar nyawa dengannya kerana terlalu menyayangi diri abah..airmata abah masih menitis setiap kali nama adikku disebut...aku dan abang-abangku sering pulang menjenguk abah walaupun kami jauh beratus batu dari abah..sedikit demi sedikit abah mula memahami bahawa masih ada anak-anaknya yang menyayangi diri abah..kini abah sudah mula mahu menjamah makanan dan beransur sihat....alhamdulillah