Monday, August 13, 2012

selamat hari jadi..

entah berapa umurnya.. dah banyak le kot.. TAPI ISTERIKU MASIH MENAWAN!

Tuesday, March 06, 2012

jadile!!! ini pun ok apa!!...


Kawan kawan aku semua sengih memanjang, sambil bertanya sesama mereka “kau dapat berapa bulan?, “berapa ribu masuk”, "income tax tolak berapa?”…jawapan-jawapan yang aku dengar pulak. “ bolehlah!”, “tolak income tax banyak!”, aku punya 5 figures tolak income tax….respon dari bos”.., “tak sampai 3 bulan pun..(sedih sikit akak ni…mata nampak berair).
Manusia yang kerja macam aku ni mana ada bonus hujung tahun!.ada kerja ada gaji.. kadang banyak kadang sikit, kadang ada kadang takde..setiap sen adalah bonus untuk aku & keluarga, aku bersyukur…sebab di luar sana masih banyak lagi manusia yang kais pagi makan pagi…yang pergi kerja jalan kaki..berpanas & berhujan.
Semalam aku dapat Imac 27-inch dari NSTKL…aku ok aje..sebab aku bukan pekerja tetap company ni..aku hanya seorang buruh kasar yang menumpang cari makan kat situ melalui syarikat ciput aku tapi pemberian ini menunjukkan mereka seolah-olah menghargai kerja-kerja yang aku buat kat situ. Kira BONUS untuk aku le ni kot!!

Wednesday, January 04, 2012

unifi sudah sampai kat lorong belakang rumah gua....



hari ni pasang unifi kat rumah....double laju or maybe triple laju dari streamyx kot...
nabilah layan youtube kat TV aje...semua lagu korea..
aku pasang unifi supaya cepat aku email/adportal artwork ke KL...
tapi nampak gayanya nabilah yang lebih beruntung..semua benda dia conquer!!

Friday, December 23, 2011

we're very proud of you..



abah & mama sangat berbangga dengan keputusan PMR nabilah...abah lebih berbangga kerana nabilah adalah anak abah dan abah tahu nabilah telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam peperiksaan PMR nabilah...nanti SPM kita bawa balik lagi banyak 'A' ok!...pastu nabilah boleh study oversea..abah & mama boleh pergi holiday selalu sambil melawat nabilah..hehehehe..we love you!!

Monday, October 10, 2011

Monday, October 03, 2011

angry bird? i dont think so...this is one very happy angry bird.


makcik ni tak henti henti gosok angry bird dia!..turun jugak color ni nanti!!!


yellow angry bird...this is not my car!!


3 tahun lagi..kereta ni nabilah punya!! itu kata anak aku

Monday, September 05, 2011

raya datang lagi! versi 2011

Hari raya tahun ini disambut sederhana tetapi meriah. Raya pertama kat rumah mertua dan menziarahi saudara mara kat Batu Pahat. Raya kedua balik ipoh, meriah sebab 2 orang abang aku pun baru tiba dari kampung isteri masing-masing, bukan mudah untuk kami bertiga berjumpa serentak. Abang sulong aku yang kena stroke pun nampak sihat walaupun slow sikit. Abah emak nampak sihat dan gembira. Anak-anak saudara semua happy aje...bawa abah ziarah kubur di Taiping, pastu pekena mee udang kat kuala sepetang...abah ceria bercerita zaman kanak-kanak dia kat kuala sepetang (port weld), berjalan kaki dari matang ke port weld...jauh tu!!, walaupun cerita tu dah berulang kali abah cerita tapi kami bertiga layan aje, kasi abah happy. Overall raya tahun ni ceria dan meriah!


blue hari raya..


gambar keluarga pertama, selepas 49 tahun abang sulong aku dilahirkan


atok sedang melayan cucu cucunya..


hari raya cara lama..


anak anak abah dah tua...semua pakai jeans! aidil fitri western style!

Thursday, August 25, 2011

asyik ngantuk aje..


gaya macam puasa!!

mengantuk.....

Friday, August 12, 2011

merah & marah..


orang rumah dengan sofa barunya..merah


nabilah dengan ipad barunya..cover merah


lilo dengan renungan marahnya..pasal tak belikan dia apa-apa

Aku pun tak beli apa-apa untuk raya ni macam lilo jugak, cuma sepasang baju melayu aje..itu memang standard, dapat baju melayu baru sepasang kira oklah untuk aku. Tahun ni raya JB dulu..dah masuk 4 5 tahun aku raya JB dulu..kesian kat orang rumah, kalau aku raya ipoh dulu..mesti lama sebab jauh dan jarang balik, nanti bila balik JB semula adik beradik dia dah takde..mood raya pun dah kurang..so aku selalu raya kat JB dulu..bagi dia happy sikit...nabilah pun suka collect duit raya dengan pakcik & makcik dia.

Dah masuk 12 hari berpuasa...terawih masih ok, setakat ini masih boleh buat..alhamdulillah..hujung minggu buat bubur lambuk kat surau pastu sedekah kat orang ramai, itu aktiviti paling best, bila tengok orang datang ambil bubur lambuk..semua senyum aje ambil bubur free..

Esok hari sabtu..nak pergi cari tudung dengan kasut raya nabilah, nak cari makanan atau tempat berbuka best best sikit sebab esok birthday orang rumah.

Menghitung hari nak raya....dengar lagu raya paling best masa ni!

SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
pada sesiapa yang baca blog ni.
MAAF & AMPUN DIPINTA, HALALKAN MAKAN MINUM...





Saturday, June 04, 2011

gila-gila sikit..


isteri aku memang macam ni (yang kat belakang tu)...itu yang buat dia best!!

cuti sekolah ni tak pergi mana-mana..tension!! ada office mate pergi holiday ke london!! double tension!!

Tuesday, April 12, 2011

Friday, February 18, 2011

silat


kalau berani..masuk le

mamat ni kalau ajak gua gaduh...nak kena bawa 5-6 kawan jugak baru boleh fight!! hehehe

aktiviti hujung minggu


buah hati pengarang jantung


danga bay..

jalan-jalan kat JB..tak ada apa nak buat!

Sunday, February 13, 2011

suka hati gua la....



kerje takde..suka hati akule nak buat apa....

Tuesday, February 08, 2011

apa nak jadi...


kalau ada pokok getah..boleh jugak menoreh

Monday, January 31, 2011

koroje tak mandang...makan limau free aje


bisnes takde..baik aku tido..

gong xi fa cai = bisnis stop, 2, 3 minggu jugak nak recover ni...
hujan tak henti-henti = banjir sana sini


gangster-gangster kg pisang

Kawan-kawan sekolah aku buat small reunion masa raya cina ni kat ipoh..ramai yang balik ipoh raya cina ni, frust betul aku tak dapat join, dah dekat 30 tahun tak jumpa member member aku ni...dalam perancangan nak buat reunion mega, harap harap jadile.
Aku hairan macam mana kawan kawan aku banyak yang jadi orang...jadi inspektor polis ramai, doktor, pengarah sana sini, engineer, lawyer, duta, businessman berjaya, yang jadi tok imam pun ada....padahal semuanya kaki-kaki ponteng kelas dengan aku, tak pernah bawak buku pergi sekolah..asyik main bola aje!! (beg sekolah yg tergantung kat tengkuk aku tu mana ada buku...yang pastinya kebanyakkan beg kawan-kawan aku penuh dengan lukisan aku)
Allah maha berkuasa!!

Sunday, January 23, 2011

aku perlu melukis....


It may look a mess but you don’t understand my system

dah lama aku tak melukis..cukup sekadar menconteng tah apa apa kat atas kertas dah cukup bahagia bagi aku...aku ada masalah kalau tangan aku tak melukis..aku perlu melukis untuk mengecas semula diri aku yang penat ini...kat opis tak sempat nak lukis apa-apa....nasib baik kat meja aku di opis tu penuh dengan conteng conteng aku..semua itu terapi terbaik untuk aku..
aku suka photography..sebab masa aku belajar grafik dulu..ada kelas photography dan teknik cuci gambar dalam darkroom ..tetapi zaman digital ni mana ada org pakai darkroom lagi..kat facebook ada byk photographer group..foto-foto menarik, aku nak join org-org macam ini..tapi minat melukis aku lebih tebal dari photography!!
esok lusa nak curi-curi masa melukis...lantakle lukis apa pun

Wednesday, December 22, 2010

perjalanan...



aku banyak melakukan perjalanan sepanjang bulan disember ini..
aku ke putrajaya untuk meyelesaikan masalah kerja isteri aku..masalah itu selesai..good.
aku ke universal studios singapore untuk menemani keluarga adik perempuan aku..ok jugak trip ini
aku ke desaru..juga kerana adik aku nak ke sana..dia tak pernah sampai..ok jugak
aku ke melaka..menziarahi bapa mertua yang tak sihat...perjalanan ini mungkin lebih bermakna kalau bapa mertua aku sihat wal afiat..mungkin boleh bersembang dgn lebih ceria..tapi aku yakin bapa mertua aku akan sihat semula..cuma masa akan menentukannya..
lusa aku akan ke terengganu..untuk majlis akad nikah & perkahwinan adik isteri aku....mungkin lebih meriah kalau bapa isteri aku turut serta ke terengganu...tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..
minggu depan ke melaka lagi untuk majlis perkahwinan adik ipar aku kat melaka..aku berharap bapa isteri aku cukup sihat untuk hadir ke majlis ini..

perjalanan-perjalanan ini banyak mengajar aku tentang kehidupan, kekeluargaan & kasih sayang..

Monday, December 13, 2010

saat yang memilukan setiap kali nak travel..



kucing anak aku ni macam tau-tau bila nak kena tinggal lama-lama kat hostel kucing..kesian dia.."NAK IKUT, NAK IKUT" mungkin itu yang lilo kata setiap kali tengok nabilah bersiap..

Saturday, December 11, 2010

aktiviti cuti sekolah...setakat ini


hutan bandar, jb


universal studios, singapore..org rumah bila ambil gambor..


far far away castle, universal studios, singapore


puss in the boots..


universal studios, singapore


universal studios, singapore


universal studios, singapore


universal studios, singapore


universal studios, singapore




universal studios, singapore


jangan pandang belakang, sebana cove


sebana cove, desaru, johor


batu layar, desaru, johor


batu layar, desaru, johor


danga bay, jb


chor kue teow, chow kit, KL


chow kit, KL